Tuesday 29 December 2015

Bila Cuai Dalam Membeli Barang !

Assalamualaikum w.b.t.. Perkara macam tersalah beli susu anak ni dah dua kali terjadi pada Eraz sendiri.. Sekali dulu di tempat lain, tapi hari ini berlaku lagi tapi di tempat lain pulak.. Tak salah kan sesiapa sebab memang salah diri sendiri sebab nak cepat.. Sangat-sangat mengejar masa.. Sempat belek satu susu di depan tu yang umur 1-3 Tahun then terus ambil empat pek terus dan terus pergi ambil barang lain dan bayar.. Ini la jadi kalau pergi beli sorang-sorang dan waktu lunch break.. Hehe.. 

Sebenarnya semalam lagi pergi cari susu Zara yang dah habis stok.. Tapi di satu tempat tu kehabisan stok juga.. So tahan sehingga hari ini.. Memang keluar lewat 5 ke 10 minit dari lunch hour dan terus ke tempat tujuan.. Sangat yakin yang bila susunan di depan tu betul then sehinggalah belakang pun betul, so main ambil empat pek dan terus letak dalam bakul.. Lepas tu pergi beli satu dua barang lagi yang memang ada dalam list dan tahu tempat letakknya.. 


First time juga beli daun Daun Saderi di situ dan dengan yakin tak perlu timbang la kot macam beli bawang atau yang lain-lain tu.. Haha.. Sekali bila dan beratur panjang dan tiba waktu nak membayar, "Abe, yang ini tak timbang lagi.." Alamak.. Mampu jawab, "Hok Aloh!".. Hehe.. Dah malas nak g pergi timbang semula dan mula beratur panjang lagi.. Tapi disebabkan perlu juga daun saderi tu, so keluar dari segi, ambil kereta dan pergi kedai satu lagi.. Beli kat situ dan timbang dulu sebelum ke kaunter..

Berbalik kepada susu tadi, dalam empat pek tu, satu je tersalah ambil yang umur 3-6 tahun.. Masa duk bayar-bayar tu, sempat la snap satu gambar suka-suka.. Lepas snap, terus masukkan handphone dalam poket.. Bila dah gerak nak balik office, berhenti kat traffic light, ternampak gambar macam dibawah ni, terus kata, "Alahai.. Salah beli susu rupanya.." Salah satunya salah umur mungkin.. Sampai office, terus check yang lain, memang confirm satu nya salah ambil.. So apa nak buat dengan susu tu? Hehe..


Kalau sebelum ini, pertama kali berlaku salah beli susu ni, Eraz bawa ke office dan berikan kepada salah seorang staf yang ada di pejabat.. Sebab anak dia minum susu tu dan umur lebih dari 3 tahu.. Tapi kali ni? Anak dia dah tak minum susu tu.. Dan keputusan akhir? simpan je la dulu.. Nak tengok expired susu tu bila.. Mana tahu sempat tunggu Zara masuk umur 3 tahun.. Hehe..

Wife tak berapa sihat sebab tu tak dapat join sekali shopping tadi.. Selalu kalau waktu kerja dan lunch break, kami pergi sama-sama.. Apa-apa berharap lepas ni diri sendiri akan lebih berhati-hati.. Kalau tak, rugi la bajet bulan tu kan.. Kos sara hidup sekarang ni memang mahal-mahal.. Nasib..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.