Thursday, 31 December 2015

9 Tips Untuk Ibu Bapa Bakal Hantar Anak Ke Tadika


Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ramai yang di antara kita yang akan mula menghantar anak ke tadika.. Alhamdulillah, macam Eraz sendiri pun, Zara akan mula ke tadika tak lama lagi.. Jadi kalau ada masa je, cari la artikel-artikel yang sesuai untuk dibaca sebagai panduan, tips dan persediaan menghantar anak ke tadika.. Bagi yang anak-anak yang biasa berada di nursery dari umur beberapa bulan, mungkin tak de masalah sangat.. Tapi..

Tak semestinya bila dah biasa kat nursery, kita perlu ambil mudah kan.. Keadaan dan suasana antara nursery dan tadika adalah berbeza.. Tapi kena pandai-pandai la ibu bapa menyesuaikan diri dan anak untuk masuk ke fasa seterusnya.. Bagi Eraz, memang tak sabar nak hantar anak ke tadika terpilih sebab sekarang pun sudah nampak dia sudah mula pandai bilang nombor, ingin mengenal warna, baca alif ba ta dan lain-lain.. 

Memang ibu atau papa boleh ajar tapi bila dah tiba masanya, perlu la jugak menghantar anak ke tadika untuk mendapat pendidikan yang formal mengikut umur mereka kan.. So langkah seterusnya sebelum hantar Zara ke tadika, nak kena ajar dan latih dia untuk tidak memakai pampers kan.. Tapi ada tadika untuk boleh latih tapi lebih baik kita sebagai ibu bapa cuba sendiri kan.. Caranya? Boleh rujuk entri INI.. Ok! Untuk tips untuk ibu bapa hantar anak ke tadika untuk kali pertama, berdasarkan rujukan INI, korang boleh baca di bawah :

1. Berbual dan bercerita. Jika anak anda sekarang berumur 3 tahun dan bakal memasuki tadika pada umur 4 tahun di tahun hadapan, mulalah berbual-bual dengannya tentang alam persekolah. Dedahkannya tentang bentuk dan suasana sekolah dan apa yang bakal dia hadapi di sekolah kelak.

2. Pilih bersama. Anda pasti ingin membuat tinjauan tadika yang terbaik di internet atau berjalan-jalan di sekitar perumahan. Bawa anak bersama untuk memilih tadika yang sesuai untuk anak. Apabila anda sudah mempunyai pilihan, nyatakan pilihan itu kepada anak dan katakan kepadanya mengapa anda memilih tadika tersebut.

3. Bawa melawat. Ketika anda hendak mendaftar atau pun mengetahui lebih lanjut tentang sekolah yang telah dipilih, bawalah anak bersama ke sekolah tersebut. Mohon kebenaran pengetua untuk membawa anak meninjau keadaan tadika tersebut dan beri kebebasan kepada anak untuk bertanya. Tunjukkan kelas, tempat bermain, tandas, papan putih, buku dan lain-lain kepada anak. Semoga dia mendapat gambaran yang lebih jelas tentang tadika tersebut.

4. Ceritakan pengalaman anda dahulu. Ceritakan kepada anak tentang pengalaman anda bersekolah dahulu. Kongsikan kenangan manis dan bina sifat-sifat positif dalam diri anak supaya dia dapat rasakan bahawa sekolah itu adalah tempat yang seronok dan selamat.

5. Biasakan anak berdikari. Apabila bermula alam persekolahan maka bermulalah juga episod hidup tanpa ibu dan ayah di sisi. Sesekali tinggalkan anak kepada orang yang dikenali dan katakan kepadanya bahawa anda akan kembali. Inilah yang akan berlaku semasa anak anda mula bersekolah. Kepada yang baru melangkah ke alam persekolahan, ditinggalkan ibu adalah sesuatu yang ditakuti. Berikan kata-kata jaminan dan semangat kepada anak. Katakan kepadanya bahawa anda sayang kepadanya dan akan kembali mengambilnya.

6. Latihan ke tandas. Latihan ini sangat penting. Ke tandas adalah satu keperluan dan cikgu pasti tidak menang tangan untuk menemani anak anda ke tandas. Terangkan kepada anak tentang keselamatan ketika ke tandas dan berada di tandas. Begitu juga bagaiman menjaga kebersihan tandas.

7. Beli barang sekolah bersama. Bawa anak membeli barangan sekolah seperti beg dan alat tulis bersama. Berikan dia sedikit kebebasan untuk memilih warna yang dia suka.

8. Ibu ayah mesti positif. Bukan anak sahaja yang mesti bersedia, ibu dan ayah juga mesti positif menerima perubahan bahawa anak anda sudah besar dan kini tiba masa untuk mereka bersekolah. Sentiasa positif bahawa anak anda mampu untuk ke sekolah.

9. Ibu ayah mesti faham. Bersekolah bermaksud anak akan mula belajar bergaul dengan kawan-kawan baru, bermain bersama, makan bersama, dan belajar juga bersama. Skil komunikasi anak ketika ini sedang berkembang pesat. Kadang-kadang mereka akan bergaduh, menangis dan kecewa. Fahamilah bahawa ini adalah proses bagi mereka. Bantu mereka untuk berhadapan dengan situasi begini dengan baik.

Alhamdulillah, semoga dapat membantu semua di kalangan kita yang akan menghantar anak yang pertama kali ke tadika..
Read more ...

Wednesday, 30 December 2015

5 Cara Betul Basuh Botol Susu Anak


Assalamualaikum w.b.t.. Kalau dah jadi ibubapa, mesti akan terlibat punyalah dengan basuh botol susu anak.. Terutama kalau ibubapa tu sememangnya bekerja.. Melainkan memang ibu tidak bekerja menjadi surirumah.. Jadi boleh berikan susu ibu terus kepada bayi berkenaan.. Dalam masa yang sama, ada juga anak-anak jenis yang suka menggunakan botol susu untuk minum milo la, teh la, sirap la.. Macam-macam kan.. Tapi anak-anak Eraz, Zara memang guna botol susu hanya untuk susu je.. Kalau nak minum air kosong atau air lain, kami berikan dalam cawan bertutup yang ada muncung.. Adam kecil lagi, memang brestfeeding dan sesekali campur dengan susu formula kalau tak cukup susu.. 

By the way, sebagai ibubapa, memang perlu tahu untuk mengetahui cara membasuh botol susu anak dengan betul.. Kalau tak betul caranya, mungkin akan mengakibatkan anak menjadi tidak sihat dan dalam masa yang sama, kita sendiri pun risau dan susah kan.. So tak salah kita mengambil langkah mencegah lebih balik dari mengubati.. Insyaallah.. Sama-sama kita cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-anak.. Jom sama-sama kita baca semua yang dibawah ni :





Read more ...

Perfume Murah & Tahan Lama | DE'XANDRA PERFUME

Assalamualaikum w.b.t.. Kali ini Eraz nak memperkenalkan satu perfume yang sangat murah dan tahan lama.. Dan paling penting ialah boleh bawa solat.. De'Xandra Perfume.. Mesti dah ada yang pernah dengar dan mungkin kali pertama dengar.. Kalau mana-mana yang sudah biasa pakai, memang dah tahu akan kewangian yang ada, ketahanan bauan perfume itu dan harganya.. Mana-mana pembaca yang sedang mencari perfume yang sesuai samada untuk wanita mahupun lelaki, inilah lah pilihannya, De'Xandra Perfume..


Ciri-Ciri DE'XANDRA PERFUME

1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA BUDGET

Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.
Dan soalan PERTAMA yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah
" TAHAN LAMA tak perfumes awak  ni?" atau
" Berapa jam ketahanan perfumes ni?

Dengan memberikan pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah BUDGET menjadi kesukaran kepada mereka

Oleh itu, beliau telah membuat kajian tentang pati perfumes dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanan tersendiri . DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.

2) BOLEH BAWA SOLAT

" Boleh bawa solat tak?" 

​Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya.

Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari Ekstrak tebu dan ianya  boleh di bawa solat.

3) BOLEH BAWA TRAVEL

Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa. 

Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama. 

CIRI-CIRI lain yang ada pada DE'XANDRA PERFUMES

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA
 
Ini diantara senarai De'Xandra Perfume yang boleh dipilih dan dibeli.. Senarai untuk lelaki dan wanita telah diasingkan..



De'Xandra Perfume ini boleh dipos terus kepada pembeli! Jika beminat, boleh whatsapp ke no. di bawah :

Contact : 0179773382

Harga : RM 65 (Boleh dirunding jika membeli lebih dari SATU)

Read more ...

Tuesday, 29 December 2015

Bila Cuai Dalam Membeli Barang !

Assalamualaikum w.b.t.. Perkara macam tersalah beli susu anak ni dah dua kali terjadi pada Eraz sendiri.. Sekali dulu di tempat lain, tapi hari ini berlaku lagi tapi di tempat lain pulak.. Tak salah kan sesiapa sebab memang salah diri sendiri sebab nak cepat.. Sangat-sangat mengejar masa.. Sempat belek satu susu di depan tu yang umur 1-3 Tahun then terus ambil empat pek terus dan terus pergi ambil barang lain dan bayar.. Ini la jadi kalau pergi beli sorang-sorang dan waktu lunch break.. Hehe.. 

Sebenarnya semalam lagi pergi cari susu Zara yang dah habis stok.. Tapi di satu tempat tu kehabisan stok juga.. So tahan sehingga hari ini.. Memang keluar lewat 5 ke 10 minit dari lunch hour dan terus ke tempat tujuan.. Sangat yakin yang bila susunan di depan tu betul then sehinggalah belakang pun betul, so main ambil empat pek dan terus letak dalam bakul.. Lepas tu pergi beli satu dua barang lagi yang memang ada dalam list dan tahu tempat letakknya.. 


First time juga beli daun Daun Saderi di situ dan dengan yakin tak perlu timbang la kot macam beli bawang atau yang lain-lain tu.. Haha.. Sekali bila dan beratur panjang dan tiba waktu nak membayar, "Abe, yang ini tak timbang lagi.." Alamak.. Mampu jawab, "Hok Aloh!".. Hehe.. Dah malas nak g pergi timbang semula dan mula beratur panjang lagi.. Tapi disebabkan perlu juga daun saderi tu, so keluar dari segi, ambil kereta dan pergi kedai satu lagi.. Beli kat situ dan timbang dulu sebelum ke kaunter..

Berbalik kepada susu tadi, dalam empat pek tu, satu je tersalah ambil yang umur 3-6 tahun.. Masa duk bayar-bayar tu, sempat la snap satu gambar suka-suka.. Lepas snap, terus masukkan handphone dalam poket.. Bila dah gerak nak balik office, berhenti kat traffic light, ternampak gambar macam dibawah ni, terus kata, "Alahai.. Salah beli susu rupanya.." Salah satunya salah umur mungkin.. Sampai office, terus check yang lain, memang confirm satu nya salah ambil.. So apa nak buat dengan susu tu? Hehe..


Kalau sebelum ini, pertama kali berlaku salah beli susu ni, Eraz bawa ke office dan berikan kepada salah seorang staf yang ada di pejabat.. Sebab anak dia minum susu tu dan umur lebih dari 3 tahu.. Tapi kali ni? Anak dia dah tak minum susu tu.. Dan keputusan akhir? simpan je la dulu.. Nak tengok expired susu tu bila.. Mana tahu sempat tunggu Zara masuk umur 3 tahun.. Hehe..

Wife tak berapa sihat sebab tu tak dapat join sekali shopping tadi.. Selalu kalau waktu kerja dan lunch break, kami pergi sama-sama.. Apa-apa berharap lepas ni diri sendiri akan lebih berhati-hati.. Kalau tak, rugi la bajet bulan tu kan.. Kos sara hidup sekarang ni memang mahal-mahal.. Nasib..
Read more ...

Masih Terjebak dengan Cosmoderm

Assalamualaikum w.b.t.. Produk dari Cosmoderm ni salah satu yang Eraz guna dari awal jenama ni wujud.. Pertama sekali X-tra Tea Tree Oil Magic Body.. Memang banyak kegunaannya.. Dan boleh guna untuk seisi keluarga.. Lepas tu beli Tea Tree Oil Lotion Talc.. Khas untuk anak-anak.. Dan untuk mandi manda, memang guna Tea Tree Oil Shower Gel.. Serius memang selesa dan bau pun sedap.. Kalau dulu memang susah nak dapatkan di Kelantan ni.. So first time beli secara online pernah diceritakan di entri INI.. Tapi kali ini ..


Tapi selepas itu, memang terus menerus borong secara online juga la di www.cosmoderm.com.my.. Dah nak akhir tahun ni, tambah la stok sikit.. Kali ini kita tambah lagi dua produk baru untuk koleksi.. Produk apa? Tunggu sampai nanti, Eraz cerita.. Cosmoderm, satu nama yang mungkin tak familiar di telinga kita.. Tapi kalau dah cuba, memang insyaallah akan jadi peminat setia.. Baru-baru ni, ada staf pergi training di KL.. Tup-tup bila dia masuk office, dia sebut pasal cosmoderm.. Eh! Rupa-rupa penceramah training itu ada syorkan salah satu produk dari cosmoderm..

Read more ...

Monday, 28 December 2015

#2Kerja | Trending


Assalamualaikum w.b.t.. Errrrmmmm.. Power betul penangan #2Kerja ni sebab jadi antara yang trending di twitter sekarang.. Kenapa? Rasanya tak perlu bercerita kot dengan detail sebab rasanya ramai yang dah tahu.. Dan kalau ikut hashtag tu, ramai juga yang respon termasuk selebriti di Malaysia.. Eraz malas nak printscreen semua yang Eraz bagi tapi yang viral sekarang ialah ayat-ayat dari Harith Islandar.. Dia buat sampai #6Kerja kot..

Masing-masing yang sedang membaca entri ni pun Eraz percaya memang buat lebih dari #2Kerja berdasarkan pemahaman maksud ayat yang dibuat oleh seseorang yang pernah viral sebelum ni tu.. Errmmmmm.. Apa-apa je la..
Read more ...

Ujian Allah





Assalamualaikum w.b.t.. Semoga kita semua kuat menghadapi ujian dari Allah.. Positifnya, Allah tak akan menguji hambanya jika kita tidak mampu.. Apa yang perlu kita buat sekarang, usaha, teruskan berdoa, tabah dan kuat semangat.. Sabar.. Mungkin sekarang doa kita tidak dikabul tetapi mana tahu insyallah selepas ni, Allah gantikan sesuatu yang kita tidak sangka.. Insyaallah.. ( Entri Ringkas )

Read more ...

Sunday, 27 December 2015

Birthday Boy di Sushi King


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Tahun ni, kawan kita dari Serdang yang mengajar di Kuching belanja birtday boy di Sushi King di KB Mall Kota Bharu ni.. Peristiwa berlaku hari Rabu lepas.. Sehari sebelum kita semua cuti Maulidur Rasul.. Nak keluar pada hari Selasa tu memang tak sempat.. Masing-masing ada hal.. Jadi lewat sehari, its ok la.. Lagi pun memang tak jumpa lagi budak ni sejak dia balik ke Kelantan.. Walaupun plan nak jumpa pukul 1 tu tersasar disebabkan hal kerja, tapi tetap sempat keluar dan terus ke KB Mall.. Jammed di musim sekolah untuk Kota Bharu adalah perkara biasa.. Errmmmmm..

Walaupun tak sempat nak makan banyak sebab rushing kan, tapi alhamdulillah, kenyang.. Sempat la order Soft Shell Crab Tenpura, Unagi Slice dan Chuka IIdako.. Kalau ada masa sikit lagi tadi, ingatkan nak kaut yang lalu lalang lagi.. Hehe.. Just kidding.. Menu wajib kalau ke Sushi King memang Soft Shell Crab dan Chuka IIdako tu.. Memang tak pernah terlepas.. Tapi menu Soft Shel Crab tu dah lain sekarang.. Kalau dulu siap ada salad lagi rasanya.. Chuka IIdako pulak rasa macam kurang fresh.. Nasib kurang baik kot.. Hehe.. Menu-menu lain macam optional la.. Unagi Slice tu first time try.. Terpengaruh! Nampak sedap sangat..

By the way, terima kasih sekali lagi kepada Zamani84 sebab belanja Birthday Boy dan harapnya tahun depan ada lagi ya.. Kita cuba restoran Korea pulak ke.. Hehe..
Read more ...

Saturday, 26 December 2015

Hotel Grand Riverview | GRV Mini Carnival - Disney


Assalamualaikum w.b.t.. Bermula 15 hingga 31 Disember 2015 daripada 10.00 pagi sehingga 10.00 malam, Hotel Grand Riverview Kota Bharu telah menganjurkan satu mini karnival istimewa di bulan cuti sekolah ni.. Rasanya ini penganjuran kali pertama untuk GRV Mini Carnival - Disney ni.. Lepas dibuka hari tu, nampak ramai kawan-kawan upload gambar di media sosial masing-masing.. So apa lagi.. Mula ada cuti umum ni, masa ni Eraz boleh bawa anak-anak ke sana sebab dalam dalam plan untuk ke Hotel Grand Riverview untuk 'belasah' dim sum..
Mungkin karnival ni tak sebesar yang dianjurkan oleh penganjur lain di KL tapi memandai untuk membawa anak-anak untuk suka-suka tengok design-design yang mereka selalu tengok dalam movie sebelum ni.. Ada juga maskot-maskot popular yang mesra untuk bergambar.. Tapi mereka hanya keluar untuk masa-masa tertentu.. Ada games untuk anak-anak main.. Mana tahu menang sesuatu kan.. Dan mini cinema untun filem-filem terpilih.. Nampak ada juga diselitkan booth-booth jualan dan pameran.. So boleh dikatakan lengkap untuk bawa anak-anak ke sana.. Bab makan? Itu pun tak payah risau sebab memang ada ruangnya..



Alhamdulillah, Zara nampaknya happy dan puas hati ke sana.. Main ke sana ke mari.. So sebagai ibu bapa, memang  kena monitor setiap masa la.. Terutama tempat yang ramai orang ni.. Adam pun bukan main lagi.. Dia yang tak boleh nak jalan lagi tu, bukan main excited tengok kakak main.. Mana-mana geng yang belum ke sana, boleh plan sekarang sebab karnival ni sehingga 31 Disember 2015! Have fun..
Read more ...

Friday, 25 December 2015

Astro | Didi & Friends

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas Frozen, tambah kegemaran tengok Minions.. Lepas tu tambah lagi mula tengok Upin & Ipin.. Dan sekarang, Zara dah mula suka tengok rancangan baru Astro iaitu Didi & Friends.. Korang mesti pernah dengar rancangan tu kan.. Kanak-kanak memang suka sebab ada nyanyi-nyanyi dan semestinya menari.. Mama Zara la yang mula-mula rekodkan rancangan tu dan kasi Zara tengok.. Memang pilihan Mama Zara tepat untuk Zara.. Memang melekat la masa perlu.. Hehe..

Didi & Friends ni kalau kita tengok, memang satu rancangan yang simple.. Tapi tarikan untuk kanak-kanak tu ada.. Berutung penerbit dan penerbit Didi & Friends ni.. Sinan Ismail.. Memang familiar muka dan nama dia.. Budak USM Penang dulu ni.. Apa-apa pun, kalau lama-lama tengok, memang boleh hafal melodi dan lirik-lirik lagu kanak-kanak tu.. Kira dan macam salah satu slot program di tadika.. Hehe.. 

#Alhamdulillah hari ni still dapat bercuti dengan family

Read more ...

Thursday, 24 December 2015

Bukan Senang Untuk Tidurkan 2 Anak Serentak


Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni Eraz buat entri pasal Babysitter ( Cabaran Bila Baby Bad Mood ) kan.. Hari ni saje nak kongsi cerita juga masa menjadi babysitter tanpa wife yang mana betapa susahnya nak cuba tidurkan dua-dua anak secara serentak.. Anak ni ada banyak jenisnya.. Ada yang jenis senang terjaga bila bunyi sesuatu, ada yang jenis, kalau dah tidur, tak de masalah kalau adik buat bising ke apa kan.. Dan ada juga jenis yang susah nak ditidurkan.. Perlukan buai la, dodoi la, macam-macam..

Anak Eraz sendiri, alhamdulillah, Allah bagi kemudahan pada kami, kalau mereka berdua tu nak tidur, tak perlukan buai atau apa.. Kalau dah mengantuk sangat, letak je kat atas tilam, tepuk-tepuk sikit, terus tidur.. Itu kalau masa mereka memang nak tidur atau dah penat main la.. Kalau memang tak nak tidur, memang aktif la kan.. Tapi Allah bagi pada kami, tak de masalah dari segi itu la.. Alhamdulillah.. Malam-malam pun, mereka hanya bangun kalau nak susu.. 

Entrinya hari ini, hanya nak berkongsi betapa happynya kalau masa jadi babysitter sorang-sorang tanpa wife dan berjaya tidurkan kedua-dua anak secara serentak atau seorang demi seorang dan akhirnya dua-dua tidur.. Sebab masa tu la nak buat itu ini kalau penting kan.. Kalau salah seorang jaga, mesti ada sedikit halangan kan.. Betapa puas hatinya kalau berjaya tidurkan kedua-duanya serentak..

Tapi ada ketika, kalau boleh tak nak bagi anak-anak tidur.. Betul tak? Kenapa? Sebab masa itulah rasanya nak main dan luangkan masa dengan anak.. Kadang-kadang waktu malam, masa tu la nak tatap muka anak yang sudah tidur.. Cium anak yang dah tidur.. Sebabnya rasa tak cukup masa main dengan anak.. Tambah-tambah kalau anak tu dah pandai buat sesuatu yang kita rasa happy.. Contohnya suruh cium sikit, dia cium.. Dan lain-lain lah.. Tapi, sebenarnya bukan senang untuk tidurkan 2 anak serentak..
Read more ...

Wednesday, 23 December 2015

Perbaharui Lesen Memandu Malaysia di Pejabat Pos

Assalamualaikum w.b.t.. Bila dah tiba tarikh ulang tahun kelahiran, maka tibalah masanya kena perbaharui lesen memandu sebab last renew tahun 2012 yang lepas dan masa tu masih guna yang laminate tu.. Memang biasa gitu.. Sekali renew, 3 tahun tahun terus.. So orang dah lama pakai lesen memandu yang baru di seluruh Malaysia, tapi kita masih guna yang laminate tu.. Haha.. Dalam kepala nak renew di Pejabat Pos ke, perlu ke JPJ.. Kalau pejabat pos, boleh ke Kubang Kerian je tapi kalau ke JPJ, kena ke Panji.. So untuk lebih cepat, pergi pejabat pos je la.


Mungkin ada yang tak tahu dan mungkin ada yang sudah tahu.. Memang boleh renew lesen memandu di Pejabat Pos sekarang.. Sangat senang dan cepat kalau masa tu tak ramai orang dan staf yang bertugas tu buka 2, 3 kaunter.. Hehe.. Eraz hari tu, kena la menunggu dalam 20 minit juga kot.. Mula-mula satu kaunter je beroperasi.. Tak lama lepas tu, satu kaunter lagi buka.. So laju la sikit.. Orang tak de la ramai sangat.. Bukan musim orang bayar bil atau keluarkan wang ASB kot.. Apa yang korang perlu bawa untuk renew lesen ialah :

1. Kad Pengenalan original
2. Lesen Memandu yang sedia ada
3. Semestinya WANG.. Eraz buat 3 tahun so caj rasanya RM 92.10 rasanya..

Gambar?? Tak perlu sebab staf pejabat pos tu ambil dari kad pengenalan je.. Alhamdulillah, bila dah sampai kaunter, memang tak lama la tunggu.. Sekejap je.. Masa menunggu turn tu yang lama.. Kalau tak nak buat 3 tahun, setahun pun boleh.. Maksimum, 5 tahun kot.. Kan? Alhamdulillah.. Lesen Memandu yang renew sehingga tahun 2018.. Cool!
Read more ...

Kejutan Di Hari Lahir


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, wife berjaya membuat kejutan pada suaminya yang berada di pejabat semalam.. Selalu suami dia yang hantar bunga ke pejabat dia pada masa hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinanan.. Tapi hari ni, dia pulak hantar pada kita.. Memang tak percaya sebab mula-mula fikir, pelik juga lelaki dapat bunga tapi bila dapat dari yang tersayang, terharu la jugak kan.. Hehe.. Terima kasih sayang untuk kejutan ini..

Sebenarnya bila nak masuk umur 30 lebih ni, tibanya hari lahir ni tak ditunggu sangat.. Kalau masa muda mudi dulu, tunggu-tunggu la jugak kan.. Tapi alhamdulillah, masih ramai lagi yang masih ingat.. Bermula pukul 12 malam tu, kawan-kawan dah mula wish melalui pelbagai cara.. Alhamdulillah.. Semoga kita semua makin maju dan murah rezeki semua.. Terima kasih..
Read more ...

Tuesday, 22 December 2015

Happy Birthday to ERAZ FADLI


Sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Tarikh 22 Disember muncul sekali lagi hari ni.. Alhamdulillah.. 22.12.2015.. Masih lagi diberikan masa dan peluang dari Allah untuk hidup di muka bumi ini.. Dalam pada family, kawan-kawan duk wish Selamat Hari Lahir, Eraz sendiri nak wish untuk diri sendiri, Happy Birthday ya ke TIGA PULUH DUA !! 32 dah ke.. Biar betul.. Baru rasa macam 13 tahun je.. Hehe.. Umur hanya angka kan, yang penting hati.. Haha.. So mesti ramai yang telah tahu E'raz ni dah masuk pangkat abang atau uncle ya.. Uncle? Errrmmmmm..

Alhamdulillah.. Ada kawan-kawan lama yang masih ingat.. Mula wish bermula pukul 12 malam tadi.. Melalui whatsapp, facebook dan lain-lain.. Dah tua-tua ni rasa macam tak excited macam dulu dah.. # siries dah pun.. Hehe.. Kali ni nampaknya ada elemen-elemen suprise sikit dari yang tersayang.. Apa lagi plan hari ni ya? Errrmmmmm.. Tapi kebetulan hari ni hujan la pulak.. 

Read more ...

Babysitter | Cabaran Bila Baby Bad Mood



Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz ambil cuti ganti.. As usual, tak kan akan hantar anak-anak ke nursery.. Wife kerja macam biasa.. So tinggallah kami bertiga seharian.. Dua-dua anak tu memang bangun awal-awal pagi.. Mereka terbiasa sebab selalu bangun pagi masa nak g nursery untuk mandi.. So sebab semua dah bangun, decide hantar mama diaorang la ke office.. As usual, Adam mesti tertidur dalam kereta masa on the way balik, tapi tidak kakak Zara.. Sampai rumah, macam biasa la Zara main tapi Adam sambung tidur.. Tapi sekejap je la..

Tak tahu apa angin ribut semalam, mood Adam Fitri memang swing semalam.. Dia tak nak main sangat.. Tapi ada la ketika tu dia main sekejap.. Tapi bila ada je benda tak kena, terus nangis macam sakit-sakit.. Terus la dukung, layan ada semua.. Ok la.. Tapi bila dan ok, main sekejap je, sambung balik.. Lain macam ni.. So decide bawa Adam ke pintu, duduk situ dan tengok permandangan luar.. Hehe.. Senyap la sekejap.. Tapi bila bagi dia main je, bila dan boring, nangis lagi.. Tidur pun tak nak.. Kalau tertidur pun, sekejap je..

Adam Fitri bukan jenis baby yang macam tu.. Dia memang jenis yang buat hal sendiri sebelum ni.. Tak tahu kenapa dia jadi macam tu semalam.. Macam bad mood sangat.. Macam nak lebih bermanja dengan papa.. Errmmmm.. Yang kesiannya kakak Zara la, terpaksa la buat hal sendiri.. Tapi sesekali, memang layan la.. Tak de la Zara buat hal sampai ke petang kan..

So part macam ni la yang mencabar kalau jadi babysitter.. Memang kena lebihkan sabar.. Fikir positif.. Fikir bahawa anak tu masih kecil dan perlukan perhatian.. Tak lupa juga pada yang dah besar macam kakak tu.. Ada sesekali dia datang nak menulis bersama.. Terpaksa la layan.. Dan bila tiba masa makan, kena la suap kan samada untuk Adam Fitri atau kakak Zara Faleesya kan.. So sangat mencabar la sikit semalam..

Bila dah petang, dalam ada nangis-nangis sikit masa nak bersiap, akhirnya berjaya keluar rumah dalam 4.30 pm untuk ambil Mama kat office.. Adam memang rare semalam.. Lebih manja sampai pukul 8.00 malam lebih kot.. Lepas tu memang dia buat hal sampai la tidur dan bangun ni dia dah kembali kepada Adam yang asal.. Masa malam ni, ada la dia bangun dengan muka manja sebab nak susu.. Hehe..

So bila dah hantar ke nursery, perkara yang difikirkan dalam semalam, kalau lah dia terlebih manja macam semalam, apa la nak jadi kan.. Kalau Eraz or wife jaga sendiri, boleh la kita layan sebaik mungkin kan.. Tapi kalau kat nursery, mana la pengasuh tu nak layan macam kita layan.. Baby lain pun kena jaga juga kan.. So, hantar tadi dengan doa agar mereka baik-baik belaka hari ni.. Amin..
Read more ...

Monday, 21 December 2015

DASHING | Pembersih Muka Untuk Lelaki Aktif


DASHING MEN IN ACTION | Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya majoriti kaum lelaki sekarang lebih suka untuk kelihatan terurus, jaga penampilan diri, berfesyen.. Semua tu sangat penting untuk kelihatan lebi berkeyakinan tinggi dalam semua perkara samada hal personal ataupun kerjaya.. Ianya bukan setakat fesyen tetapi juga dari segi menjaga kulit muka supaya kelihatan berseri dan sentiasa bersih!


Alhamdulillah, baru-baru ini DASHING telah memperkenalkan rangkaian pembersih muka baharu yang diinspirasi dan disokong oleh Manchester City Football Club.. Rangkaian pembersih muka ini dicipta khusus untuk cuaca dan kulit orang Asia.. Kandungannya pula dipilih dengan terperinci bagi menangani masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dan walaupun ia memiliki tindak balas yang efektif, namun ia tetap lembut pada kulit..


Rangkaian yang dimaksudkan adalah terdiri daripada lima produk dengan setiap daripadanya direka untuk melawan masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dengan gaya hidup aktif..



ICY FRESH: Dashing Icy Freshmengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.

OIL CLEAR: Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.

EXTRA WHITE:Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.

ACNE FREE:‘Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’ Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!

WHITENING SCRUB: Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri? Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!

Apa yang lebih menarik, Pembersih Muka Dashing boleh didapati dalam pek 100g pada harga RM10.90 dan 50g pada harga RM6.90 sahaja.. 

PELUANG UNTUK SEMUA ! Dashing SEKARANG sedang menjalankan peraduan di seluruh Negara dan akan memberi peluang kepada 11 pemenang bertuah untuk menikmati jelajah 6 hari 5 malam ke Manchester, UK secara percuma! Jelajah ini akan meliputi 3 hari di kem latihan di City Football Academy bersama-sama para jurulatih Akademi dan peluang mendekati para pemain pasukan pertama, jelajah di Etihad Stadium dan tidak ketinggalan tiket VIP bagi menonton perlawanan secara langsung (LIVE) di antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016..

Ia merupakan peraduan menggunakan SMS yang mudah dan anda hanya perlu membeli mana-mana produk Dashing atau Elite dan hantarkan SMS ringkas bagi menyertai peraduan ini yang akan berakhir pada 31 Disember 2015..

Read more ...

Sunday, 20 December 2015

Rumah Bersepah? Di situ ada anak sihat dan gembira..

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau hidup bujang, lain caranya.. Kalau hidup selepas kahwin, pun lain caranya.. Dan.. Kalau hidup selepas ada anak samada seorang atau dua atau lebih, lain juga caranya.. Kalau dulu, bukan senang untuk sengaja-sengaja nak selerakkan rumah.. Ya la, dah besar dewasa kan.. Tapi bila dah ada anak yang sudah pandai main itu ini, sekejap je mengemas, mesti berterabur balik.. Bukan di semua kawasan.. Tapi selalunya di tempat anak-anak bermain dan di depn tv.. Betul tak?

Selalunya kalau masa mereka bermain, jangan la mengemas.. Pasti tak clear punya.. Masa yang sesuai ialah masa mereka dah tidur.. Tapi mata mana yang suka tengok barang bersepah kan.. Hehe.. Tapi korang pernah dengar tak ayat ni.. "Rumah Bersepah? Di situ ada anak sihat dan gembira..".. So kita ambil yang positif la.. Biarkan mereka bermain dan dari situ sebenarnya mereka belajar satu benda yang baru.. Kalau berpeluang, main la sekali.. Cool..

Read more ...

Saturday, 19 December 2015

Drama Kubur Berdarah - Astro

Drama Kubur Berdarah - Astro

Drama Kubur Berdarah - Astro | Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam tak pernah promo drama Kubur Berdarah ni di Astro Ria atau Ria HD.. Tapi tiba-tiba ada nampak promo keratan trailer drama Kubur Berdarah ni instagram Sharifah Sakinah tadi.. Nampak macam menarik.. Tajuknya : Kubur Berdarah dan akan ditayangkan pada malam ni, 19 Disember 2015 bermula pukul 10.00 malam.. Dari segi trailer, memang sangat menarik.. Ini salah satu drama arahan Michael Ang.. 

Antara pelakon yang ada Sharifah Sakinah, Aedy Ashraf, Hafeez Mikail, Ayda Jebat, Redza Rosli, Tahla Harith, Helmi Moin, Faeiz Ammar.. Kalau ikutkan tayangan trailer tu, drama ini ber sinopsis kan dengan watak Sharifah Sakinah yang telah dirogol secara bergilir-gilir oleh beberapa orang lelaki dan telah menanamnya hidup-hidup.. Akan tetapi pada suatu hari, seorang demi seorang mereka diserang dengan kejam.. Selanjutnya? Kena tengok malam ni la di Astro Ria atau Ria HD.. 
Read more ...

"SIM card registration failed"


Assalamualaikum w.b.t.. "SIM card registration failed".. Itulah yang dipaparkan pada hp lama Eraz, Nokia E5 lepas lama tak charge hp tu.. Bukan sengaja tak charge tapi charger yang ada terputus dua dan tak ingat nak p beli sampailah satu ketika ternampak telefon tu dan bawa ke office.. Pinjam charger kawan dan bila on, "SIM card registration failed".. Maksudnya dah lama tak top up dan perkhidmatan dah habis.. Alahai.. Kredit ada RM 40 lebih kot.. Sayang betul..

Itu bukan no. utama Eraz so sebab itulah tak berapa nak serius ingat dan fikir.. No. utama memang bawa ke mana-mana dan postpaid.. Tapi no. kedua, asalnya guna postpaid tapi ditukarkan pada prepaid sebab tak nak membazir.. Jadi bila dah tak guna selalu, tak de orang call sangat, kadang-kadang orang call pun tak jawab, so berkubur macam tu je.. Handphone Nokia E5 tu memang dah lama giler dah beli.. Masa baru-baru kenal wife dulu kot.. Tapi still ok sampai sekarang.. Pernah la tukar bateri baru sekali..

So sekarang rasanya selesa guna satu no. dan satu handphone je la.. Tak payah fikir nak bawak dua handphone dan lain-lain.. Biarlah tak de no. yang betul-betul personal.. Pandai-pandai la pilih call nak jawab masa cuti ke apa kan.. Ataupun urusan rasmi.. Akhir kata, rasa sayang pulak pada no. tu.. Akhirnya bukan menjadi milik Eraz Fadli selepas sekian lama.. Perasaan yang sama bila no. yang mula-mula digunakan dulu, terjadi perkara yang sama..
Read more ...

Friday, 18 December 2015

DE'XANDRA PERFUMES - Pilihan Wangian Terbaik No 1 Di MALAYSIA


Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ramai yang sudah dengar tentang DE'XANDRA PERFUMES kan.. DE'XANDRA PERFUMES ni diantara yang popular sekarang ni.. Ciri-ciri yang berjaya memikat penggunanya ialah :

1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA BUDGET
Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.
Dan soalan PERTAMA yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah
" TAHAN LAMA tak perfumes awak  ni?" atau
" Berapa jam ketahanan perfumes ni?

Dengan memberikan pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah BUDGET menjadi kesukaran kepada mereka

Oleh itu, beliau telah membuat kajian tentang pati perfumes dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanan tersendiri . DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.

2) BOLEH BAWA SOLAT
" Boleh bawa solat tak?" 

​Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya.

Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari Ekstrak tebu dan ianya  boleh di bawa solat.

3) BOLEH BAWA TRAVEL
Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa. 

Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama. 


Ciri-ciri lain :

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA


Berminat untuk dapatkan? Boleh sms atau whatsapp ke no. 0179773382 untuk maklumat lebih detail tetang pilihan perfume yang ada serta harganya.. 

Read more ...

Bila Vape Diharamkan


Assalamualaikum w.b.t.. Populariti Vape pada rakyat Malaysia memang tinggi.. Eraz sendiri bukan perokok dan apatah lagi gunakan vape.. Bau rokok memang dah familiar la tapi masa first time bau asap vape tu, alahai, ada macam bau chewing gum.. Macam-macam perisa.. Dan satu lagi, asap yang dikeluarkan memang sangat banyak berbanding rokok kan.. Itu masa pertama kali melihat oleh gunakan vape la.. Dan lepas tu.. Di pemerhatian di Kota Bharu ni, bila dah popularnya vape, ada yang berita memulakan perniagaan..

Perniagaan membuka kedai vape yang ada antaranya nampak sangat eksklusif dan cantik giler.. Masa tu memang vape tengah popular.. Dari satu kedai, ke satu kedai nampak dibuka.. Disebabkan popularnya vape masa tu, mereka sanggup menanggung risiko memulakan perniagaan yang rasanya masa tu memang akan mendatangkan untung.. Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang.. Rupan-rupaya hujan di tengah hari.. 

Bermula dengan meletupnya vape dalam satu penerbangan, maka timbulah isu-isu bahawa tentang vape.. Lepas satu, satu kes vape yang boleh membahayakan pengguna.. Dalam masa yang sama, ada satu-satu negeri mengambil langkah berani dengan mengharamkan penggunaan vape di negerinya.. Dan bermula 2, 3 hari lepas, tibalah untuk rakyat Kelantan yang mana kerajaan Kelantan juga mengharamkan penggunaan dan jualan vape..

Macam Eraz yang tidak merokok dan menggunakan vape ni tak pe la.. Kalau pengguna pun same, mungkin mereka boleh cuba tidak menggunakan vape kan demi keselamatan.. Tapi bagaimana dengan mereka yang baru memulakan perniagaan? Memang kesian.. Dilaporkan semalam, dianggarkan mereka semua akan menanggung kerugian 50 juta.. Fuh.. Apa-apa pun, belum ada rezeki mereka kot.. So lepas ni, kalau nak memulakan satu-satu perniagaan, kena la fikir dan rancang betul-betul.. Elak dari menjual benda-benda yang mungkin akan memudaratkan kesihatan.. 

Kalau dah berlaku pengisytiharan haram ini, dah tak boleh nak buat apa lagi la..
Read more ...

Thursday, 17 December 2015

Siapa Andi Bernadee ?

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa Andi Bernadee ni? Mungkin ramai lagi yang belum kenal rasanya.. Eraz sendiri pun tak kenal dia.. Sorry.. Tapi selepas Siti Nordiana menjadi juara Gegar Vaganza 2015 ( Musim Kedua ) dengan menyanyikan dengan hebatnya dengan lagu Putus Terpaksa, tiba-tiba rakaman nyanyian Andi Bernadee untuk Putus Terpaksa menjadi viral.. Komen di video berkenaan pun makin hari makin banyak sedangkan video berkenaan diupload pada Oct 13, 2015 yang lepas..

Andi Bernadee

Itulah penangan nyanyian Siti Nordiana di Gegar Vaganza kali ini.. Tapi Andi Bernadee ni sebenarnya bukan hanya menyanyikan lagu Putus Terpaksa je.. Kalau korang perlu di channel youtube Andi Bernadee ni, banyak jugak lagu dia buat cover semula.. Antaranya Purnama Merindu, Di Pintu Syurga, Izinkan Ku Pergi dan lain-lain.. Tapi view paling tinggi ialah video yang jadi viral tu la.. Mungkin lepas ni dia akan menjadi perhatian mana-mana pihak sebab faktor nyanyian dia.. 

Orang Malaysia ke Andi Bernadee ni? Ke Indonesia? Itu antara persoalan yang ada di laman komen video-video dia.. Eraz pun tak sure.. Rasanya orang Malaysia kot.. Biodata dia memang tak ada.. So kalau ada siapa-siapa nak dengar lagu Putus Terpaksa versi Andi Bernadee tu, boleh tengok video di bawah :

Read more ...

Wednesday, 16 December 2015

Cik Cinderella & Encik Tengku Episod 1 | 2

Cik Cinderella & Encik Tengku Episod 1 | 2 - Assalamualaikum w.b.t.. Drama Cik Cinderella & Encik Tengku ni rasanya dah lama tayang promo kat TV3.. Ingatkan akan disiarkan untuk slot Akasia TV3.. Sekali disiarkan sebagai gantian drama Aku, Kau, Kita.. So maknanya setiap minggu akan tayang hari Rabu & Khamis pada pukul 09:00 malam setiap minggu.. Berapa episod tu, Eraz tak sure la.. Yang pasti, drama ini mungkin akan jadi popular..

Jalan cerita macam ok.. Pelakon pun dua-dua tengah hot tu.. Zahirah Wilson dan Syukri Yahya.. Setakat ni nampaknya watak Puteri sedang mula berkawan rapat dengan Daniel dan dalam masa yang sama Puteri sudah bertunang tetapi mula hilang rasa sayang.. Dalam masa yang sama, kakak tirinya nampak seolah-olah cemburu akan pertunangan Puteri dengan tunangnya.. Adakah kakak tirinya, Sha ada kaitan dengan tunang Puteri? Kenan tunggu episod-episod seterusnya..

#Drama Cik Cinderella & Encik Tengku memang pilihan yang tepat menggantikan drama Aku, Kau, Kita yang mempopular watak Im Aus dan Iman baru ni.. So sekarang watak Puteri dan Daniel pula.. Layan Cik Cinderella & Encik Tengku Episod 1 | 2 minggu ni..

Read more ...

PTPTN - Pemotongan Gaji Kakitangan Awam Bulan Disember 2015

PTPTN - Pemotongan Gaji Kakitangan Awam Bulan Disember 2015

PTPTN - Pemotongan Gaji Kakitangan Awam Bulan Disember 2015 | Assalamualaikum w.b.t.. PTPTN Laksana Pemotongan Gaji Kakitangan Awam.. Ini entri yang dihasilkan oleh kawan blogger KBBA, Dkna.. Sebenarnya isu ni Eraz dah tahu rasanya hari Ahad lepas.. Secara tak sengaja juga.. Ingatkan perkara tak serius.. Macamana boleh tahu? Melalui adik ipar yang mana kawannya telah menerima nasib yang kurang baik sebab duit gaji bulanan dipotong sebab PTPTN.. So terus adik ipar Eraz semak dengan pihak yang sepatutnya dan dia juga dijangka akan menerima nasib yang sama.. Bila macam tu, kakak dia dan wife Eraz sendiri akan menerima nasib yang sama juga lah!

Wife Eraz salah seorang peminjam PTPTN masa dia buat diploma dulu.. Tapi alhamdulillah, masa di sambung belajar buat degree, dia tak minta PTPTN dah.. Kalau tak, memang berganda-gandalah kena bayar.. So ini kes wife sendiri la yang bekerja government.. Dia bukan tak bayar langsung, tiap-tiap bulan bayar tapi mungkin tak banyak, tapi sedikit demi sedikit, berkuranganlah.. Tapi bila semak dengan pihak PTPTN, dia perlu bayar sejumlah yang agak banyak sebelum tamat akhir bulan Disember 2015.. Jika tidak, memang akan ditolak gaji dan bila dah berlaku, nak makan apa la kan.. Lepas pada itu, bulanan akan dipotong mengikut Ujrah katanya.. 

Jadi disebabkan tak nak potong gaji tu terusik, terpaksa la langsaikan sejumlah wang yang perlu itu demi masa selepas ini.. Habis la semua plan.. Tapi nak buat macamana kan.. Macam-macam mana pun kena bayar juga.. Anggap saja ada hikmah disebalik apa yang berlaku ni.. Eraz percaya, ini bukan berlaku pada wife Eraz sendiri, adik-adik ipar, kawan-kawan lain pun sama kot.. So better semak secepat mungkin supaya tidak terkejut..

Ini hal yang bekerja dengan kerajaan.. Bagaimana dengan yang bekerja dengan agensi swasta? Itu Eraz tak pasti.. Eraz sendiri peminjam PTPTN masa buat degree dulu.. Tapi untuk program Master, alhamdulillah tak.. So kena tunggu la pengumuman seterusnya nanti.. Prosedur detail tentang hal pemotongan gaji ni, Eraz tak tahu la sangat.. Tentang pengumuman pun tak sure sangat.. Atau mungkin tak berapa nak alert ke camne.. Errrrmmmmm...

Bila-bila fikir-fikir, kesian pun ada jika peminjam itu mempunyai gaji yang mungkin tak banyak.. Gred jawatan yang rendah.. Dah la hujung tahun.. Nak bayar yuran anak sekolah, nak beli peralatan sekolah dan lain-lain la.. Bayangkan kalau dah tolak gaji banyak.. Apa la yang tinggal..

#Sekadar pendapat umum atas terjadi pada keluarga terdekat

#Entri Sebelum : Bayi 6 Bulan Demam Campak ?

Read more ...

Bayi 6 Bulan Demam Campak ?


Assalamualaikum w.b.t.. Kalau orang tua-tua atau biasa-biasa la orang beritahu, kalau naik bintik-bintik merah pada badan bayi, itu mesti demam campak.. Dan demam campak ini tiada ubatnya kan.. Kecuali melalui cara tradional la kan.. Siapa yang ada anak yang pernah naik campak, memang dah tahu macamana keadaan anaknya sebelum timbulnya bintik merah, semasa naik campak dan selepas itu kan.. Dan Eraz sendiri memang ada sikit pengalaman masa Zara Faleesya baby dulu.. Tapi tak sehebat Adam Fitri..

Adam Fitri tiba-tiba demam selama lebih kurang 2, 3 hari dengan suhu badan naik hampir 39 ke 40.. Tinggi tu dan Adam Fitri alhamdulillah sejak lahir sampailah hari berkenaan memang tak pernah demam tapi dengan tiba-tiba badan panas macam tu, memang merisaukan kami.. Bagi PCM macam biasa, tapi macam tak berkesan sangat.. Adam memang dah nampak lemah tapi berusaha juga letak kain basah atas kepala, bawah ketiak, atas badan, atas belakang dan lap-lap.. Pelik sebab kalau Zara sebelum ni, kalau badan panas, bagi je ubat, terus turun suhunya.. Tak terfikir masa tu tentang demam campak..

So! Lepas 2, 3 hari badan panas, akhirnya hari Jumaat lepas terjawab kenapa la badan dia panas sangat.. Awal pagi tu, nampak bintik-bintik merah pada muka.. Ooooo.. ok.. Campak rupanya.. Masa pagi Jumaat tu, suhu badan Adam dah turun macam tak demam sangat.. Memang orang tua-tua kata, kalau anak naik campak, badan akan panas sepanas-panasnya 2, 3 hari sebelum tu.. Biasalah sebab badan nak tolak keluar virus tu keluar kan..

Tapi memang sangat manja jadinya Adam 4, 5 ke hari tu.. Selalunya memang dia tak suka duduk atas riba, asyik nak main ke situ ke sini, tapi dalam tempoh tu, kalau boleh dia nak duduk atas dukung je.. So bermulalah tak pergi nursery.. Wife jaga Jumaat Sabtu, Eraz sambung Ahad Isnin dan wife sambung lagi Selasa.. Semalam, alhamdulillah, semua dah ok.. Hari ni, Adam dah boleh pergi nursery.. Pada Ahad lepas, kami decide untuk bawa Adam ke klinik sebab orang kata, ada cream yang boleh sapu untuk hilangkan gatal..

Tapi bila jumpa doktor yang biasa tu, demam campak ni tak akan muncul pada bayi yang umur bawah 1 tahun.. Suntikan imunisasi untuk demam campak pun pada umur 1 tahun.. Errrmmmmm... So apa penyakit bayi ni sebenarnya? Kalau google, memang akan jumpa beberapa nama macam Roseola Infantum dan lain-lain.. Tapi orang kampung atau orang biasa cuma panggil demam campak je..  Ada juga pendapat tak bagi sapu cream Calamine tu.. Ada doktor kata tak pe tambah-tambah kalau bayi tu gatal kan.. Kesian la menggaru.. Tapi Adam tak nampak sangat menggaru.. So lepas sapu 3 kali, kami stop..

Alhamdulillah hari ni semua ok dan badan Adam pun nampak dah clear.. Tak de tanda atau apa-apa.. Ada juga orang kata perlu mandikan dengan air kelapa supaya demam campak tu tak naik lagi.. Banyak pendapat orang dulu-dulu ni.. Cara tradional memang banyak.. Tapi bila tak duduk dengan ma abah ni, tak duduk kampung betul, susah la nak praktikkan.. Tapi syukur semua dan ok.. Alhamdulillah..
Read more ...

Kelantan dijangka Banjir Besar 25 hingga 28 Disember 2015 ?


Assalamualaikum w.b.t.. Kelantan dijangka akan mengalami banjir besar bermula dari 25 hingga 28 Disember 2015 berikutan ramalan jika hujan lebat datang serentak dengan fenomena air pasang.. Ramalan ini bagus untuk buat ramal rakyat Kelantan untuk bersedia dalam apa jua perkara kan.. Sebelum tarikh itu, ramalan banjir besar juga dibuat bermula 15 Disember iaitu semalam tetapi alhamdulillah, setakat hari ini, cuaca begitu 'menceriakan' kami walaupun panas.. Alhamdullillah..

Untuk tarikh yang akan datang ini, memang kena bersedia sebabnya memang dari awal, ramalan menyatakan Kelantan akan dihujani air yang banyak sebanyak 4 tempoh.. Dua sudah lepas dan sekarang sepatutnya satu lagi.. Dan seterusnya yang keempat ialah tarikh yang diramal macam yang di atas la.. Kenangan bah merah tahun lepas memang menjadi fobia dan Eraz sendiri bersama wife sudah bincang mana kami akan pergi jika banjir itu datang sekali lagi.. Sebab sudah ada pengalaman, insyaallah mungkin boleh lebih bersedia..

Apa-apa pun, sama-sama juga kita doakan agar ramalan itu tidak benar dan tiada lagi banjir seperti tahun lepas.. Amin..
Read more ...