Sunday, 29 November 2015

Simptom Slipped Disc

Assalamualaikum w.b.t.. Slipped Disc.. Kalau dulu, memang satu perkara asing la.. Tak pernah dengar kot.. Tapi bila dah tamat universiti dan memulakan kerja, perkataan slipped disc ni macam biasa dengar pula.. Ianya bermula bila ada rakan di HQ yang dimasukkan ke hospital sebab kena slipped disc dan sampai kena buat pembedahan.. Kalau dah sampai buat pembedahan, memang parah la kot.. Tapi insyaallah masih boleh diselamatkan.. Ada juga yang hanya buat fisioterapi.. Tapi apa itu 'Slipped Disc'?


Tulang belakang kita terdiri dari 26 tulang (vertebra ) yang ditampung oleh cakera . Cakera atau disc ini melindungi tulang dengan menyerap kejutan atau hentakan daripada aktiviti harian kita seperti berjalan, mengangkat, dan berpusing . Dalam kata mudah, ianya seperti kusyen yang menyerap hentakan dan mengelakkan dari kecederaan.

Setiap cakera mempunyai dua bahagian iaitu, bahagian dalaman yang lembut seperti agar-agar dan bahagian luar yang keras. Kecederaan atau cakera yang lemah boleh menyebabkan bahagian dalaman cakera itu terbonjol keluar. Inilah yang dikenali sebagai ‘slipped disc’ atau ‘herniated dics’. Ini menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Jika cakera ini menekan salah satu saraf tulang belakang, anda mungkin mengalami rasa kebas dan sakit di sepanjang saraf tersebut. Dalam sesetengah keadaan yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang atau memulihkan ‘slipped disc’ tersebut.

Bagaimana boleh terjadinya Slipped Disc ni? Rasanya yang ini ramai kena tahu sebab mana la tahu, sebelum terkenanya Slipped Disc ni, rakan-rakan boleh buat langkah berjaga-jaga kan.. Orang kata, mencegah lebih baik dari mengubati kan.. So macamana boleh terjadinya Slipped Disc?

‘Slipped disc’ boleh terjadi apabila bahagian luar cakera menjadi lemah atau koyak dan menyebabkan bahagian dalam menyelinap keluar. Lazimnya semakin umur seseorang meningkat, risiko untuk terjadinya ‘slipped disc’ ini lebih tinggi. Pergerakan tertentu juga boleh menyebabkan ‘slipped disc’ contohnya ketika sedang berpusing atau ketika mengangkat dan mengalihkan objek berat. Apabila kita mengangkat objek berat dan besar, kita meletakkan satu tekanan atau beban pada tulang belakang kita dan ini boleh menyebabkan kecederaan. Mereka yang sering terlibat dengan aktiviti lasak atau mempunyai pekerjaan yang sangat mencabar kekuatan fizikal juga mungkin berisiko tinggi untuk mendapat ‘slipped disc’. Individu yang berlebihan berat badan juga berisiko tinggi kerana terpaksa membawa berat tambahan. Otot-otot yang lemah dan gaya hidup yang tidak aktif juga menyumbang kepada ‘slipped disc’ ini. Mereka yang berusia 35 hingga 45 tahun lebih cenderung untuk mengalami masalah ini kerana cakera akan mula kehilangan kandungan air atau bendalir pelindung seiring dengan peningkatan usia.

Ok.. Macam Eraz sendiri.. Bila dah dengar banyak kes tentang Slipped Disc.. For sure la nak juga mendapatkan lebih info tentang penyakit ni.. So first sekali yang Eraz akan google ialah keyword 'Simptom Slipped Disc'.. So dengan mengetahui apakah simptom Slipped Disc ni, kita sendiri boleh mengagak keadaan badan fizikal kita related ke tak dengan simptom slipped ni kan.. So ini antara simptom Slipped Disc yang semua orang perlu tahu..


  • Kesakitan dan kebas, paling biasa pada satu bahagian badan
  • Kesakitan yang meliputi lengan dan / atau kaki
  • Kesakitan yang lebih teruk pada waktu malam
  • Sakit yang bertambah teruk selepas berdiri atau duduk
  • Sakit apabila berjalan jarak dekat
  • Kelemahan otot yang tidak dapat dijelaskan
  • Kesemutan, sakit atau radang di kawasan yang terjejas

Macam Eraz mention sebelum ni, lebih baik mencegah dari mengubatikan.. So ini cara-cara untuk kita mencegah badan kita daripada terkenanya slipped disc.. Insyaallah mungkin sama-sama kita boleh amalkan sebab tak memerlukan kewangan pun.. Tinggal rajin atau tidak je.. Ditujukan juga kepada diri sendiri.. Kipidap! Dongibap! Cara mencegahnya seperti berikut :


  • Senaman yang kerap boleh meningkatkan kekuatan otot.
  • Senaman tulang belakang dibahagian yang lebih rendah terutamanya adalah penting untuk mengelakkan kecederaan berulang kembali .
  • Gunakan teknik yang betul semasa melakukan senaman berat dan kerja berat, termasuk mengangkat dan mengalihkan barang.
  • Elakkan mengangkat berat sambil berbongkok dan berpusing secara serentak.
  • Penggunaan pendakap tulang belakang atau korset semasa mengangkat berat adalah dinasihatkan. Ini penting bagi memastikan tubuh dan tulang belakang kita berada dalam posisi yang betul semasa mengangkat barang. Pastikan postur badan sentiasa dalam keadaan yang betul.


Akhir sekali, ini antara cara rawatan yang boleh dibuat kalau dah terkena slipped disc.. Semestinya pertama sekali ialah kena perlu berjumpa dengan doktor.. Kalau tak serius, doktor akan sarankan untuk buat xray untuk tengok keadaan tulang belakang dan fisioterapi.. Jika serius, perlu buat MRRI.. Tapi ini antara rawatan yang akan dibuat selepas itu..


  • Rawatan Thermal – bertujuan untuk mengurangkan sakit
  • Steroid – suntikan steroid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan untuk kesakitan biasa
  • Fisioterapi –  Kaedah senaman yang dijalankan bersama pakar untuk menguatkan otot temasuklah menggunakan tuala panas pada bahagian yang sakit.
  • Pembedahan – Langkah terakhir di mana disc yang terkeluar akan dikikis.Untuk kes yang serius,Kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang.

Sumber fakta dan perkongsian tentang slipped disc ni daripada Adaa's Inspiration.. Insyaallah semoga info ini dapat membantu dan memberi peringatan kepada semua.. Kenapa tiba-tiba Eraz buat entri pasal 'Simptom Slipped Disc' ni?

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.