Assalamualaikum w.b.t.. Ini perkara yang berlaku sendiri pada Eraz.. Rasanya memang majoriti pembaca blog ni pun telah alami perkara yang sama dan juga akan mengalami perkara ini juga.. Pada masa sekarang, memang belum rasa lagi nikmatnya, tapi bila dah lalui dan berada di masa akan datang, pasti akan terkenang balik serta mengharapkan akan kembali ke zaman itu.. Tak faham lagi? Boleh tengok gambar di bawah dan fahami..
So apa pendapat? Masa di sekolah rendah, mungkin tak rasa sangat lagi sebab masa tu kan dalam mood main-main lagi tambah-tambah kalau di Darjah 1 hingga Darjah 5 kot.. Dah masuk Darjah 6, mungkin dah mula fikir akan peperiksaan UPSR dan sekolah mana akan pergi masa nak start Tingkatan 1 nanti.. Biasa-biasa lagi kot.. Tapi bila dah remaja dan masuk ke sekolah menengah.. Jiwa tu dah berubah dan masa tu la kita akan fikir nak cepat habis belajar di sekolah menengah.. Dalam masa yang sama, belum lagi fikir yang sebenarnya kehidupan makin mencabar sebenarnya walaupun dah masuk universiti.. Kalau di tingkatan 5, memang nak cepat-cepat tamatkan exam SPM.. Betul tak?
Then, bila dah masuk universiti, stress pula dengan kelas, assignment, final exam, tak de income nak beli itu ini, berjauhan dari kampung, dan lain-lain la.. So pada masa tu, letak harapan dan impian supaya nak cepat tamatkan pengajian samada program diploma atau sarjana muda.. Betul tak? Sebabnya dah tak sanggup nak alami kehidupan di universiti.. Bestnya kan kalau dah kerja.. Dah bebas dari status pelajar dan bekerja serta ada duit sendiri.. Tapi masa tu tak tahu lagi apa akan berlaku lepas tamat belajar..
Bila dah graduate, alhamdulillah kalau cepat dapat kerja atau sudah dapat kerja kalau tak menganggur.. Tapi nasib kurang baik kalau terpaksa menganggur kan.. Pada masa dah mula kerja, sedar tak sedar, memang dunia masa tu lebih mencabar dalam banyak hal.. Dalam masa yang sama, tanpa sedar, umur pun dah makin meningkat! Entah-entah dah masuk ke zon 30-an.. Dah 30 tahun hidup??
Masa ni la kita mengharapkan supaya dapat kembali ke zaman sekolah dulu walaupun masa tu kita mengharapkan cepat habis belajar dan cepat besar.. Tapi apa kan daya, masa ni tak dapat di undur.. Jadi pada adik-adik yang masih muda atau bersekolah, nikmatilah zaman sekarang.. Jangan nak cepat habis belajar dan kerja.. For sure korang akan rindu zaman dulu-dulu.. Jangan menyesal.. Cool!
"... andai dapat ku undurkan putaran dunia",
ReplyDeletebetul3..
ReplyDeleteSINGGAH PETANG ... http://jmbelog.blogspot.my/
ReplyDeletebetol sangat ....masa belajar tak sabar nak kije tak sabar nak cari duit sendiri n beli apa je kita nak
ReplyDeletetapi bila dah kije ....duit yg kita cari tuh rupanya dari bank ia datang ke bank juga ia pergi hahahahhahahah
pastuh bz n banyak benda nak kena pikir. Masa sekolah dulu tak nampak pun benda2 nih semua
patutla mak ayah kita slalu cakap...nanti nko besar nko tahu la........skrg baru paham apa maksud dia org kan