Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pernah diberitahu yang mencukur akan menyebabkan bulu tumbuh lebih tebal dan cepat? Tak kisah la cukur apa pun.. Masa kecil-kecil dulu, ada kawan nak cukup misai, janggut, bulu di lengan dan tempat-tempat lain, tapi tiba-tiba ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang beritahu kalau cukur akan menyebabkan bulu tumbuh lebih tebal dan cepat.. Tak ke seram tu? Tambah-tambah masa tu tak matang lagi untuk berfikir lebih dalam.. Hehe..
So yang percaya, mula la tak cukur misai dan janggut tapi hanya ambil gunting dan gunting kasi cantik.. Eraz salah seorang yang diberitahu tentang hal ni.. Tapi percaya atau tidak tu, memang tak boleh nak fikir sangat sebab masa tu di zaman sekolah lagi.. Tak ingat umur berapa.. Tapi menurut apa yang dibaca, itu 'mitos' je..
Ini penjelasannya.. Bulu dikawal oleh genetik bukan pencukuran.. Bayangkan jika anda takut untuk mencukur kerana gusar menjadi seperti 'orang gua', hakikatnya kamu tetap menjadi 'orang gua' kerana tidak mencukur! Kerap mencukur tidak ada kena-mengena dengan pertumbuhan yang semakin banyak sebaliknya bulu mungkin semakin hitam dan tebal kerana faktor usia dan genetik..
So ada ke diantara kita yang masih pegang akan kata-kata Mencukur akan menyebabkan bulu tumbuh lebih tebal dan cepat? Hehe..
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.