Monday, 16 November 2015

Kalau Dulu #9 | Budak 8 Tahun


Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni dah buat entri Kalau Dulu #8, hari ni muncul lagi Kalau Dulu #9.. Idea ni muncul lepas nampak satu posting pada Budak 8 Tahun dulu dan sekarang.. Sangat sangat setuju dengan kenyataan dalam picture di atas.. Korang setuju tak? Make sure la korang hidup di zaman Eraz yang berumur 30 an sekarang dan juga seumur dengan sis Sheila Rusly tu sebab dia yang post picture tu.. Hehe..

Kalau dulu, budak-budak berumur 8 tahun, aktiviti nya di hari biasa ialah pergi sekolah.. Petang ada fardu ain atau latihan rumah sukan ataupun persatuan.. Malam? Buat homework dan tengok tv.. Tidur.. Hujung minggu? Paling best sebab ada aktiviti bebas.. Main dengan kawan-kawan, naik basikal, mandi sungai dan segala main la permainan dulu-dulu.. Mana la ada handphone di zaman tu untuk budak-budak umur 8 tahun.. Telefon rumah ada la.. 

Tapi zaman sekarang, rasanya dah ada handphone satu sorang tu.. Betul tak? Akaun facebook, twitter, instagram, blog, semua ada la.. Betul tak? Kira memang dah betul-betul canggih la.. Kadang-kadang tu mereka yang lagi terror dari orang tu.. Dan ada juga yang handphone lagi mahal dari orang yang dah bekerja.. Macamana tu? Hehe.. 

Harapnya kemudahan yang ada tu tak disalah guna lah! Ok.. Sebab sekarang ni, memang ibu bapa kena pantau baik-baik anak sebab mereka senang sangat terdedah dengan aktiviti-aktiviti yang tidak elok.. Beware! Nak jemput korang join [GIVEAWAY] HI-5 HOUSE OF DREAMS IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015.. Serius untung sebab bukan senang nak dapatkan tiket VIP.. So jom ramai-ramai join.. Boleh tengok syarat kelayakan yang senang di entri INI.. Good Luck.. 



3 comments:

  1. Fida kalau dulu..main panjat2 pokok dgn arwah cousin..Budak zaman sekarang..entah2 nak panjat pokok pun tak tahu dah

    ReplyDelete

  2. Mau juga ikutan Giveawaynya ...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.