Thursday, 5 November 2015

Drama Kau, Aku, Kita Episod 4

Drama Kau, Aku, Kita Episod 4 | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam dah tayang drama Kau, Aku, Kita Episod 3 yang mana Aus dan Iman selamat dinikahkan dan dipaksa oleh daddy Aus pergi honeymoon.. Seperti yang dijanjikan oleh mereka, mereka hanya akan berkahwin atas kertas sahaja.. Yang lain-lain tidak akan berlaku.. Disebabkan si Aus ni memang suka menyakat si Iman, sudah dua kali Iman terluka kerana gurauan yang kasar padanya.. Tapi dalam masa yang sama, Aus sebenarnya juga ingin menguji samada Iman ada perasaan sayang terhadapnya atau tidak.. So malam ni nampaknya akan ada scene menarik lagi antara mereka.. Al-maklum kan sekarang berkisar ala-ala kahwin paksa tanpa perasaan yang ditonjolkan.. 



Lakonan antara Syarul Ridzwan dengan Janna Nick memang bersahaja kot.. Keserasian tu ada.. Syarul Ridzwan jarang rasanya dapat watak macam ni.. Selalu eatak serius dan sewaktu dengan nya.. Yang Janna Nick pula nampaknya macam menggabungkan watak dia masa drama Jodoh dan Syurga Nur.. Apa-apa pun selamat menonton drama Kau, Aku, Kita Episod 4 malam ni.. Untuk Tonton Online Kau, Aku, Kita Episod 4, boleh google malam nanti.. Sure ada punya!


1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.