Friday, 27 November 2015

Cara Atasi Risau Keselamatan Anak


Assalamualaikum w.b.t.. Ibu bapa mana yang tak risau akan keselamatan anak-anak mereka kan.. Kalau boleh, nak ada 24 jam depan anak sebab nak pastikan semua ok.. So bersesuaian dengan cuti sekolah ni, Eraz nak buat satu entri untuk memberi idea kepada semua pembaca.. Sekurang-kurangnya kita boleh gunakan sebagai info untuk berjaga-jaga untuk setiap masa anak-anak bersama kita atau tidak..

Ianya adalah cara untuk mengatasi rasa risau akan keselamatan anak.. Tambah-tambah ketika membawa si kecil bersiar-siar di tempat mungkin boleh mengundang bahaya dan risiko.. Sekarang ni kan banyak sangat kes yang melibatkan kanak-kanak.. Tapi minta jauh la semua tu.. So ini antara caranya :

1. Sentiasa awasi keselamatan anak

Jangan abaikan anak ketika mereka bermain. Sentiasa awasi mereka ketika bermain di tempat permainan awam atau taman permainan. Jangan sekali-kali meninggalkan anak bermain berseorangan sementara anda sibuk ke tempat lain.

2. Sentiasa pegang tangan anak

Ketika berjalan pastikan anda sentiasa memegang tangan anak terutama di tempat ramai orang. Apatah lagi sekiranya anak anda jenis yang lasak dan aktif. Memang tak boleh lepas tangan mereka.

3. Pilih tempat bersesuaian

Sebagai keluarga yang mempunyai anak, sudah tentu anda perlu memilih tempat bercuti yang sesuai dengan anak dan mengambil kira faktor keselesaan dan keselamatannya. Namun pastikan ia tetap menyeronokkan kepada anak-anak.

4. Ajar anak hafal nombor telefon

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda sentiasa mengajar anak untuk menghafal nama ibu atau ayah, nombor telefon dan nama sendiri. Lagi baik jika mereka boleh hafal alamat rumah.

5. Pesan anak

Ingatkan anak anda tentang bahaya sekiranya mereka mengikut orang yang tidak dikenali. Beritahu mereka risiko yang boleh diperoleh sekiranya mereka mengikut orang yang tidak dikenali. Lagi bagus kalau tunjukkan video eksperimental yang dibuat di Youtube tentang kesan bahaya kalau kanak-kanak ikut orang tidak dikenali.

6. Nota kecil

Meletakkan nota kecil yang tertulis nama dan nombor telefon ibu bapa ke dalam poket baju atau seluar anak anda.

Kredit : Pa & Ma 

1 comment:

  1. singgah pagi http://jmbelog.blogspot.com

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.