Assalamualaikum w.b.t.. Takde la misteri sangat pun.. Tapi tak tahu la ramai ke tak yang setuju dengan apa yang Eraz rasa.. Siapa pernah alami, kalau masa duduk dalam toiler, segala benda yang lupa sebelum ni, terus menerus ingat.. Kalau ada buku nota, masa tu la nak tulis semua.. Memang berlaku pada Eraz.. Selalu dalam toilet, masa nak solat.. Kalau office hour, masa nak solat Zohor, masa tu la semua perkara yang perlu di buat yang urgent or important akan datang.. Mungkin masa tu. minda kita lapang kot.. Selain tu ........
Selain tu, masa naik katil nak tidur.. Masa tu la semua datang dan semuanya perlu ditulis kalau boleh.. Yang banyaknya tentang hal kerja la.. Nampak sangat kan banyak benda kerja yang perlu difikirkan dan perlu dibuat.. Sebab tu la dari tak de migraine. terus dapat migraine bila mula kerja.. Haha.. Sangat menarik dan mencabar.. Tapi yang penting memang berpegang pada rezeki.. Selagi rezeki di sini, di sini la kita.. Bekerjalah sebaik mungkin, insyaallah ada sesuatu menanti..
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.