Thursday, 8 October 2015

Kalau Dulu #5 | Rindu akan 'sahabat' ini ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya dari kecil lagi Eraz ni penggemar kucing.. Memang kalau orang main bola, makan tidur mandi semua bola kan.. So Eraz tukar semua tu dengan kucing.. Tambah-tambah budak kan.. Lepas tu dapat pulak kucing yang memang tak de buat hal yang teruk.. Baik, manja, tak rosakkan harta benda, tak buang air kecik dan besar merata-rata dan lain-lain la.. Yang sayang, bertambah la sayang kan.. Korang pernah tengok video ni kat Youtube atau Facebook? Video di bawah ni :


Saat-saat macam ni yang sangat dirindukan sekarang.. Kucing tidur atas dada.. Kadang-kadang siap masuk dalam kain selimut dan kain sarung lagi kalau dia nak tidur.. Sesuka hati.. Dan kalau nak pergi kerja atau pagi-pagi, rapatkan hidung dia yang sejuk ke pipi atau mulut kita.. Bukan di ajar pun, kadang-kadang lumrah hidup mereka kot.. Kadang-kadang sengaja letakkan dia yang sedang tidur di atas bahu dan tidur sekali.. Tapi itu dulu la.. Sebelum zaman kahwin.. Bila dah kahwin ni ....

Bila dah kahwin ni, hidup berubah sikit.. First sebab pindah keluar dari rumah Ma Abah sebab ingin hidup berdikari.. Kedua, wife tak suka sangat dengan kucing.. Ketiga sebab ibu mengandung dan anak kecil.. Sangat bahaya kan dengan bulu kucing.. So memang semua tu dah tak berlaku la sekarang.. Bila balik ke rumah Ma Abah, kucing yang biasa hidup bersama tu dah tak de.. Yang ada cuma warisnya saje.. So tak de mesra macam dulu la.. Bela kucing di kampung ni senang sikit berbanding di bandar.. Dan lagi satu, kalau dulu, pergi kerja, Ma ada kat rumah.. Walaupun terpaksa ditinggalkan di luar, sekejap je..

#Kenangan dulu.. 

2 comments:

  1. rasanya kusing salah satu haiwan yang boleh memahami emosi tuannya walau mereka tidak boleh berfikir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing antara haiwan terbaik untuk buat kawan..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.