Monday, 19 October 2015

Fenomena Qu Puteh Kembali !

Assalamualaikum w.b.t.. Mungkin ramai yang sudah sedar akan fenomena Qu Puteh ni kembali sejak semalam selepas bersiaran langsung program Gegar Vaganza Musim Kedua.. Dari awal siaran sampailah ke akhir, memang iklan dan pengasasnya, Dato' Seri Vida muncul.. Paling rare, tagline masih sama tapi ada tambahan dihujung 'gaya persembahan' Dato' Seri.. 

Bayangkan masa AJL awal tahun baru, ramai yang berkata-kata positif dan negatif, kali ni Dato' Seri Vida kembali menggegarkan program Gegar Vaganza sampaikan dapat satu kuasa untuk memberikan imuniti kepada peserta tersingkir untuk sekali sahaja tetapi atas nasihat juri profesional.. Berapa agaknya Dato' Seri Vida bayar pada Astro kali ni? Errrmmmmm...


Apa yang pasti, percaturan dan 'pelaburan'nya berjaya kerana boleh katakan semua rakyat Malaysia tahu akan produk Qu Puteh walaupun tak semua orang pakai kan.. Orang kata usaha tangga kejayaan, walaupun di kritik teruk semua berlangsungnya AJL dulu sampai ada orang kata merosakkan majlis berprestij tu, dia tak putus asa sampaikan kembali lagi.. Kirenya bersedia dikritik lagi dengan tambahn aksi terbaru.. Hehe..

Selama mungkin 8 ke 10 minggu ni berlangsungnya Konsert Gegar Vaganza Musim Kedua, selama itulah iklan produk Qu Puteh dan pengasasnya akan muncul di kaca tv kita semua.. Stay cool..

4 comments:

  1. Hehe... Marketing strategy yang sangat berani oleh Qu Puteh! Tapi Gegar Vaganza memang best ditonton.

    ReplyDelete
  2. tak semua suka tgk yg part last tuh huhuhuhu malu je tgk... kdg2 husband suh cpt2 tukar channel klu dh stat iklan hmmmm gaya nak kiss tuh mmg xkene la .. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya yang kiss tu memang kurang ok sikit.. Tapi maybe itu cara nak orang cepat ingat..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.