Sunday, 4 October 2015

Bila badan kita lemah ..

Assalamualaikum w.b.t.. Blog, memang tak sentiasa update untuk seminggu ni.. Sebab? Satu memang badan yang masih 'lemah' sebab tempoh demam masih lagi belum hilang.. Dapat sehari 'MC' then lepas tu, walaupun tak 'kuat' sangat lagi, dah kena masuk kerja dan teruskan kerja macam biasa.. Nasib baik la tiada kerja luar.. Dalam pada itu, ditambahkan lagi dengan minda yang 'berpusing2' berfikir dengan apa yang berlaku sekarang ni pada diri dan family..

Memang kena kuatkan semangat.. Kalau ikutkan hati, badan dan jiwa kot, (hehe) mungkin masa di pejabat tu, keadaan memang macam nak tdiur je, lesu, tak bersemangat.. Tapi sebab nak lawan, memang kena berlakon macam biasa.. Kadang-kadang tewas masa berada di workstation bersendirian.. So memang kena kadang-kadang bangun dan berjalan ke tempat yang perlu untuk naikkan semangat kerja.. Tak boleh duduk je di workstation tu..

Kalau dah habis waktu kerja? Ini pun satu halkan.. Kita bukan hidup bujang lagi.. Ada anak isteri.. Tinggal pun bukan dengan family.. Terbayangkan muka anak isteri, memang kena kuat juga.. Walaupun kan ikutkan hati nak tidur je, tapi terpaksa lawan! Kalau tak memang diri sendiri akan menyesal sebab tak dapat nak luangkan masa yang berkualiti dengan anak isteri seperti biasa.. Tapi dalam pada itu, ada masa ketika dan saatnya, memang tewas..

Bila suhu badan dah panas, badan mula mengigil, sakit kepala menyerang, memang terus 'rebah'.. Dan alhamdulillah, adanya isteri yang menjaga dari mula sampai la tak panas, tak menggigil serta hilang sikit sakit kepala, syukur.. Dengan nak layan keadaan suami lagi, dua anak lagi dan dalam masa yang sama, dia sendiri kurang sihat.. Alhamdulillah.. Itu juga la ada ketika memang lawan lawan lawan, letakkan semangat yang kuat untuk lawan sebab isteri sendiri pun kurang sihat sekarang..


#Semoga Allah memberikan kami kesihatan yang baik, jauhkan kami sekeluarga dari perkara yang tidak baik serta gangguan luar.. Amin..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.