Assalamualaikum w.b.t.. Ini rentetan dari entri Bila iPhone 'Berdarah'!.. Lepas frust dan decide nak letak dalam beras selama yang mungkin dan hasilnya memang melegakan.. Kesan merah pada skrin memang hilang semula.. Calar-calar memang tak boleh nak buat apa la.. Screen protector memang pecah.. Sib baik ada screen protector, kalau tak memang skrin pecah jugak kot.. Syukur.. Kalau ikutkan petua, letak dalam beras tu sehingga 3, 4 hari.. Tapi disebabkan nak guna juga esoknya, jadi biarkan handphone dalam tu 12 jam je..
Bangun je pagi esok, dengan penuh sabar, tak on lagi.. Solat subuh, mandi dan siap-siap semua nak pergi kerja, cuba jaya dan berserah, on je la.. Dan syukur alhamdulillah, hasilnya memang menggembirakan tak perlu nak pergi beli handphone lain.. Kembali asal.. Alhamdulillah.. Dan selepas sebulan lebih ni, masih lagi ok dan berharap ianya akan ok selama-lamanya.. Amin..
Apa yang nak diceritakan, so kalau ada siapa-siapa alami kes yang sama, handphone jatuh dalam air ke apa, jangan on dulu, terus masukkan dalam beras selama yang anda mampu.. Insyaallah dan harapnya hasilnya sama dengan iPhone Eraz tu.. Selamat mencuba..
Alhamdulillah.amin...
ReplyDelete