Saturday, 31 October 2015

Rupanya Syarul Ridzwan Orang Kelantan

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba rasa nak buat entri ni.. Wife pernah beritahu yang kawan dia sepupu kepada Syarul Ridzwan ni.. So maksudnya mungkin orang Kelantan.. Tapi tak pernah terbaca pulak yang dia ni orang Kelantan kan.. Tapi lepas tengok drama Kau, Aku, Kita Episod 1 & 2 Rabu, Khamis lepas, dalam drama tu dia cakap Kelantan..Oooo ok.. Confirm la dia orang Kelantan ni.. Lepas google, memang betul asal Kelantan walaupun lahir di Pahang.. Ramai juga orang Kelantan jadi artis ni rupanya.. Itu je tujuan entri ni.. Hehe...


Masa promo drama Kau, Aku, Kita di TV3 sebelum ni, tak teringin pun rasa nak tengok.. Tapi lepas tak sengaja tengok hari Rabu lepas, tapi dah sekerat jalan drama Kau, Aku, Kita, best pulak lakonan dua pelakon hero heroin ni.. Jalan cerita pun best.. So untuk hari Khamis, terus rekod sebab malam tu ada aktiviti di luar bersama family.. Next week, confirm rekod.. Tak sempat tengok live, boleh la tengok yang rekod kan.. 

Read more ...

Friday, 30 October 2015

Maksud Tersirat 'Rice To Wednesday'

Assalamualaikum w,b.t.. Selamat Pagi Jumat.. Pagi ni rasa nyaman je sebab hujan renyai-renyai dari pagi sampai la nak masuk kereta untuk ke office.. Dah masuk office, memang dah sejuk aircond la.. Dalam pada berjalan nak masuk ke office, ada member hantar satu gambar dan message di group Whatsapp.. Rasa macam seronok jugak kalau kongsi.. Tapi tak tahu la betul ke tak ada banner macam ni.. So baca nih!

A Nasi Kerabu seller from Kelantan asked his friends ....
" Can anyone please tell me what is " Nasi Kerabu" in English ? TQ "

After getting his answer, he made a banner  ...


Nasi Kerabu jadi Rice To Wednesday.. Bijaknya ada di situ.. Mungkin tak ramai yang tahu ni kan.. Tapi something wrong la kot dengan translation tu.. Agak-agak, ada lagi tak banner tu.. Mungkin dengan banner tu, makin ramai orang datang singgah beli.. Kita tak tahu.. Hehe.. 

Rasa macam lama pulak tak makan nasik kerabu ni.. Nasi Kerabu ni, kalau kena dengan cara dan bahan, memang sedap.. Tambah-tambah ada ayam bakar atau daging bakar.. Di Kelantan ni ada beberapa tempat yang Eraz selalu pergi.. Macam ada satu kedai di Ketereh tu.. Lepas tu, di Panji pun ada satu kedai yang ok.. Satu di Yati Ayam Percik! Lama juga tak dinner dengan nasi kerabu ni.. Wassalam..
Read more ...

Thursday, 29 October 2015

#JejakJepunJihan - Hiroshima Memorial Park

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam sempat tengok program Jejak Jepun Jihan.. Selalunya kalau episod-episod sebelum ni, memang dia happy, lompat situ lompat sini.. Tapi kali ni berlainan.. Episod kali ni bertukar menjadi pilu, sedih dan sewaktu dengan nya.. Ini disebabkan Jihan Muse dan kru telah ke  Hiroshima Memorial Park.. Dengar dari perkataan Hiroshima tu, terlintas terus tempat yang dimusnahkan oleh bom atom suatu ketika dulu.. Ini ayat Jihan di instagram :

"Bangunan yang tersergam tapi nampak macam kurang siap ni adalah satu-satunya bangunan yang tersisa dari ledakan bom atom di Hiroshima.. Pernah dengarkan? Nama tempat ni adalah Hiroshima Memorial Park atau masyarakat dekat sini namakan tempat ini sebagai simbol “Peace City”. Kalau anda semua nak tahu, memang banyak sejarah yang memilukan berlaku, bukan Jihan sorang je terasa pilu masa datang sini, pelancong-pelancong lain pun sama jugak.."



Terasa dalam hati nak terjah Hiroshima Memorial Park kalau berpeluang ke Jepun suatu hari nanti.. Mana tahu kan walaupun sekarang tak de dalam plan hidup lagi.. Paling kesian ialah mana-mana rakyat Jepun yang meninggal serta merta semasa bom atom tu meletus satu hal dan satu hal lagi bila terpaksa hidup dalam kualiti udara dan suasana yang tidak sihat, mereka sakit dan meninggal sejerus selepas tu dengan penuh seksa.. Ada yang meninggal akibat kanser akibat dari radiasi bom berkenaan..

Dalam pada itu juga, dipaparkan bagaimana pakaian anak-anak sekolah yang mana ada koyak rabaknya dan bagaimana keadaan kulit mereka seolah-olah cair.. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan sebenar masa tu.. Sama-sama kita doakan negara kita dijauhi oleh semua perkara-perkara seperti itu dan aman sampai bila-bila.. Insyaallah.. Amin..
Read more ...

Demam Dim Sum Kembali dah !

Assalamualaikum w.b.t.. Sejak dua menjak ni, ramai kawan-kawan di Kelantan ni upload gambar mereka sedang menikmati di Facebook.. Memang diri sendiri ni memang suka Dim Sum then sekarang ni, wife dah berkali-kali beritahu nak try dim sum pulak.. So kira demam tu memang kembali semula la.. Eraz pernah la try dim sum ni.. Tapi tak selalu.. Itu pun makan sebab ada orang belanja.. Haha.. Jadi, sekarang sudah kenal pasti tempat popular dim sum selain di Hotel..


Tapi lepas di survey, tempat tu buka malam.. Baru plan nak pergi lepas waktu kerja, tapi terpaksa cancel dan balik rumah, lepas Maghrib baru boleh keluar.. Eraz sekeluarga ni memang jenis tak berapa suka keluar malam tambahan sekarang Adam Fitri masih kecil kan.. Tapi kalau terpaksa dan jarang-jarang tu, keluar la jugak kan.. Tapi kali ni, memang kena keluar sebab demi orang tersayang.. hehe..


Read more ...

Wednesday, 28 October 2015

Plat Kereta, DCT

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni nak cerita tentang No. Plat kereta.. Ada sesetengah orang tu, memang sanggup beli dan tempah no mengikut kesukaan kan.. For sure la kena bayar kan.. Eraz sendiri, masa beli kereta dulu, memang ikut apa yang dapat je.. Ada kawan siap habiskan duit dari Rm 500 dan ke atas.. Errmmm.. Pilihan masing-masing.. Maybe ada sentimental value kot no. no. tu semua kan..

Huruf.. Kalau kita tengok je plat tu, kalau terpandang je, mesti nak jadikan ayat.. Dan itu yang Eraz duk tengok sekarang di Kelantan.. Sekarang ni, di Kelantan untuk kenderaan baru dah mula guna plat DCT.. Bertaburan la kan.. Seriusnya, terpandang je no. plan DCT tu, terus terbaca Dato' Siti Nurhaliza.. Al-maklum la orang kata membesar dengan kerjaya nyanyi Dato' Siti.. Haha.. Kan elok Dato' Siti beli satu plat.. Bukan senang nak dapat kan.. 

Read more ...

Monday, 26 October 2015

Cabaran Minum 8 Gelas Air Sehari

Assalamualaikum w.b.t.. Cabaran minum 8 gelas air sehari memang mencabar kalau orang tu dah biasa minum air sikit je dalam sehari.. Tapi mengikut apa yang diperlukan oleh tubuh, memang kena minum cukup 8 gelas untuk salah satu cara mendapatkan badan yang sihat.. Ya la, air kan sangat penting dalam tubuh.. Tapi boleh ke kita nak disiplin kan diri kita untuk cukupkan 8 gelas sehari? Itu tak termasuk kita minum air bergula ya.. 8 gelas untuk air kosong sahaja.. Ini ada satu gambar yang mungkin boleh membantu anda :


Disiplin diri memang salah satu cara untuk complete kan cabaran minum 8 gelas air sehari ni.. Eraz sendiri mengaku memang kurang meminum air kosong.. Tapi lately ni, lepas dinasihatkan oleh isteri, try untuk cukup kan 8 gelas sehari.. Ada ketika complete, ada ketika, kantoi juga.. Hehe.. Ade ketika tak minum air manis langsung, ada ketika, air manis lebih dari air kosong.. Kalau waktu bekerja, ok la sikit, letak je air dalam tupperware.. Kalau time tu, memang cukup 8 gelas sehari.. Yang paling tak best, sesetengah orang, kelau terlebih minum air, pun tak boleh.. Tak percaya? Try google.. Hehe..

Apa-apa pun, benda baik ni elok kita amalkan kan.. So sama-sama kita sahut cabaran minum 8 gelas air sehari! Juga boleh baca entri sebelum ni tentang minum air ni.. Kita kelebihan la.. (1) Kelebihan minum air masak (2) Amalan minum air

Read more ...

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Kedua

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Kedua | Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum lelapkan mata malam ni, try untuk wujudkan satu entri tentang Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Kedua yang berlangsung malam ni, 25 Oktober 2015 (Sabtu).. Dari segi lagu tugasan, memang ada yang best dan memang ada yang kurang best.. Tapi semua bergantung pada penyampaian masing-masing la kan.. Tapi bagi Eraz sendiri, memang ada satu dua penyanyi yang Eraz memang nak dengar sebab nak tahu samada dia boleh bawa atau tidak lagu tu atau best ke tak style penyampaian dia..


Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Kedua ni dimulakan dengan Siti Nordiana yang nyanyi lagi Madah Berhelah dari Ziana Zain.. Dengar je Madah Berhelah, memang dah tahu kekuatan lagu tu.. Ok je Nana ni nyanyi kan.. Tapi terbukti, Dato' Ramli MS kata boleh bagi kredit sebab tak sumbang tapi ada kekurangan sikit dari segi tenaga yang diletakkan untuk lagu tu.. Haiza, pun best dengan lagu Kelmarin nyanyian asal Zur Eda.. Susunan muzik yang berbeza.. Kata Haiza, idea dan cadangan dari Dato' Ramli MS..

Seterusnya Farahdhiya.. Kan dia berikan persembahan yang best last week.. So tertunggu juga dia nak nyanyi kan.. Dah la lagu lelaki iaitu Di Alam Fana Cinta.. Komen Dato' Kathy, Ok cuma perlu berhati-hati semasa bahagian pertama susunan baru lagu berkenaan.. Rasanya macam style acapella tu.. Perlu lebih berhati-hati.. Yang lain-lain juga boleh kata best.. Tak sangka juga Dato' Ramli MS puji nyanyi Acong Sweet Child.. Haha.. Penyingkiran?

Nabil dan Jihan Muse mengumumkan tiada penyingkiran untuk Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Kedua ni.. Kalau ikutkan penyanyi yang last mendapat lagu tugasan untuk Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ketiga ialah Zul Handy Black.. Kalau betul dia tersingkir, semestinya sebab kesilapan dia nyanyi pada permulaan lagu minggu ni.. Apa-apa pun yang best, Nabil dan Jihan tersipu-sipu malu bila dipuji oleh Dato' Ramli MS yang mana dia katakan pelawak seorang yang bijak.. Haha.. 

Ok, ini Eraz senaraikan lagu tugasan untuk Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ketiga.. Nampaknya makin ramai yang artis lelaki nyanyikan lagi artis wanita dan sebaliknya.. Tugasan yang diberikan pun macam pelik-pelik.. Apa-apa pun, bertanding kan.. Cabaran la tu.. So ini lagunya :

Nassier Wahab - Tanpa Pesan (Dato' M. Daud Kilau)
Ezlynn - Kuda Hitam (Hetty Koes Endang)
Ezad Lazim - Mengerti (KRU)
Azian Mazwan Sapuan - Tak Ada Logika (Agnes Monica)
Nizam Laksama - Tak Seindah Wajah (SM Salim)
Haiza - Istilah Bercinta (Ramli Sarip)
Acong Sweet Child - Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
Farahdhiya - Joget Siapa Dia (Wann)
Sheeda - Hantu Dan Buaya (Nana Sheme)
Amir Ukay's - Yang Sedang-Sedang Saja (Iwan)
Siti Nordiana - Kasihnya Laila (Jinbara)
Zul Handy Black - Ku Menunggu (Rossa)

Penampilan Khas -
Nabil & Jihan Muse - Zapin Usik Mengusik (Senario)

#Apa pendapat korang tentang Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Kedua?
Read more ...

Sunday, 25 October 2015

Rukun Nikah cuma ada 5, tapi ..

Assalamualaikum w.b.t.. Perkara ni mungkin berlaku dalam kehidupan seharian sekarang ni.. Tapi bukan semua la.. Kadand-kadang bab kahwin ni sangat subjektif.. Kenapa? Sebabnya dalam ramai-ramai manusia yang hidup, memang ada yang jenis target kahwin nak kahwin awal, ada yang target nak kahwin lewat sikit dan ada yang tak letak target.. Begitu juga dengan contoh gambar kat bawah sekali tu..

Memang wujud yang sangat memilih.. Tapi jangan pula kata yang kahwin lambat tu jenis yang memilih.. Isunya sekarang, jangan kita jadikan kita sebagai orang yang terlalu memilih sehinggakan ada calon di depan mata dianggap terbaik, terlepas macam tu je kan.. Mungkin sekarang kita nampak dia bukan yang terbaik, tapi bila dah kahwin, tiada yang mustahil.. So, elakkan apa yang tertulis dalam gambar di bawah.. Kepada yang masih belum bertemu jodoh, be positive sebab jodoh anda sedang menanti tetapi belum ketemu.. Insyaallah..

Read more ...

Saturday, 24 October 2015

Syukur Hujan Turun di Musim Jerebu Walaupun Fobia Dengan Banjir

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Dalam pukul 3, 4 pagi semalam, hujan ada turun walaupun tak lebat.. Sekarang ni hujan turun lagi dengan lebat di kawasan Kota Bharu ni.. walaupun sebenarnya fobia dengan turunnya hujan yang lebat, tapi bersyukur sekarang ni kerana sekurang-kurangnya boleh kurangkan IPU jerebu di sini.. Jerebu sangat bahaya terutama pada kanak-kanak dan bayi kan.. Sebagai bapa yang ada anak kecil, memang sangat bersyukur la..


Rasannya semalam, Kota Bharu dah mencecah IPU 120++.. Ia sedikit rendah berbanding negeri dan daerah lain tapi berada di warna kuning dan kena berjaga-jaga kan.. Juga dalam kumpulan IPU tidak sihat.. Tapi pagi tadi cuba semak di laman web sepatutnya, IPU dah mula turun.. Mungkin sebab hujan pada pukul 3, 4 pagi semalam.. 

Dalam pada bersyukur turunnya hujan sekarang ni, bila dah nak masuk bulan 11 dan 12 ni, fobia berlakunya banjir memang ada.. Terutama bila ada ura-ura desas desus tentang akan berlakunya banjir yang lebih besar di Kelantan.. Kami di Kelantan mengharapkan tiada la banjir dalam tahun 2014 yang lepas.. Serius.. Kalau dulu memang ada sedikit perasaan happy kalau banjir sebab biasa-biasa je kan.. Tapi lepas tahun 2014, memang menggerunkan.. 

Read more ...

#Bajet2016

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam berlangsungnya pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Malaysia dan ini diantara apa yang telah dirumukan oleh Harian Metro yang berjaya Eraz snap untuk bacaan pembaca erazfadlidotcom.. Kalau kakitangan kerajaan, ada la juga kelebihan juga kepada penerima BR1M sebelum ni.. Kira tumpang gembira untuk mereka..Wife pun terlibat sama sebab dia kakitangan kerajaan.. Tak nak komen dengan detail, jadi silalah baca apa yang ada dalam gambar di bawah :


BR1M


Perumahan


Agenda Bumipetera


GST


Habuan / Ganjaran utuk Penjawat Awam


Gaji Minimum


LHDN (Pelepasan Cukai Pendapatan)


Pendidikan

Read more ...

Friday, 23 October 2015

Kalau Dulu #7 | Email 10 Tahun Lepas & Sekarang

Assalamualaikum w.b.t.. Gambar ni Eraz jumpa seperti biasa di FB.. Pagi ni ambil masa untuk mengarang sebab rasa mengantuk giler dah ni depan PC dan di pejabat.. Dah rasa macam malas nak bergerak dan menguap je ni.. Mungkin nak kena cari kopi atau nescafe kot.. Mana tahu boleh membantu kan.. Kalau berkeadaan macam ni, memang kerja pun tak produktif la.. Tapi apa-apa pun, nak settlekan taip entri ringkas ni.. Siapa pernah terfikir sama macam gambar di bawah ni? Hehe..


Yes.. Kalau dulu, nak bukak email personal, memang teruja.. Tambah-tambah di zaman media sosial tidak popular lagi.. Dapat email pun dari kawan-kawan lama, kawan seuniversiti.. Al-maklum la cuti sem ke apa, tulis email untuk satu geng.. Semua boleh baca dan kalau reply, semua boleh baca jugak kan.. Dah macam bercerita dalam tu.. Masa tu surat dah tak popular sangat dah.. Email ok, masih lagi releven sebab masa tu, mana la ada Whatsapp ape semua.. Friendster, MySpace pun biasa-biasa je.. Tapi sekarang ..

Kalau bukak email personal, memang beribu Unread tapi semua email yang tak perlu di baca.. Notification la.. Spam la.. Iklan la.. Macam-macam.. Kadang-kadang tu sampai email yang personal pun terlepas.. Errrmmmm.. Tapi macam-macam mana pun, email tetap penting kan.. Walaupun mungkin tak sempat nak buka setiap hari, on skejap, dah tengok kot-kot ada email yang penting tambah-tambah dan bergelar blogger, ada pertanyaan melalui situ kan..

Email personal memang banyak unread, tapi kalau email berkaitan dengan office, memang tak de unread la.. Sebab semua penting kan.. Setiap hari buka untuk semak.. Makan gaji, macam tu la kan.. Sebut pasal friendster kan, 'dia' dah lesap macam tu je kan.. Teringat testimoni yang ditulis oleh kawan-kawan dalam tu.. Kalau baca balik, mesti gelak je.. Haha.. Throwback!

Read more ...

Thursday, 22 October 2015

Beras Jadi Penyelamat iPhone !

Assalamualaikum w.b.t.. Ini rentetan dari entri Bila iPhone 'Berdarah'!.. Lepas frust dan decide nak letak dalam beras selama yang mungkin dan hasilnya memang melegakan.. Kesan merah pada skrin memang hilang semula.. Calar-calar memang tak boleh nak buat apa la.. Screen protector memang pecah.. Sib baik ada screen protector, kalau tak memang skrin pecah jugak kot.. Syukur.. Kalau ikutkan petua, letak dalam beras tu sehingga 3, 4 hari.. Tapi disebabkan nak guna juga esoknya, jadi biarkan handphone dalam tu 12 jam je..


Bangun je pagi esok, dengan penuh sabar, tak on lagi.. Solat subuh, mandi dan siap-siap semua nak pergi kerja, cuba jaya dan berserah, on je la.. Dan syukur alhamdulillah, hasilnya memang menggembirakan tak perlu nak pergi beli handphone lain.. Kembali asal.. Alhamdulillah.. Dan selepas sebulan lebih ni, masih lagi ok dan berharap ianya akan ok selama-lamanya.. Amin..

Apa yang nak diceritakan, so kalau ada siapa-siapa alami kes yang sama, handphone jatuh dalam air ke apa, jangan on dulu, terus masukkan dalam beras selama yang anda mampu.. Insyaallah dan harapnya hasilnya sama dengan iPhone Eraz tu.. Selamat mencuba..
Read more ...

Bila iPhone 'Berdarah'!


Assalamualaikum w.b.t.. Ini cerita lama.. 17 September yang lalu.. Plan memang nak cerita terus, tapi tertangguh punya tertangguh, terus hilang lesap cerita ni.. Tapi pagi ni, fikir-fikir, baik juga cerita.. Mana tahu kot-kot berguna pada orang lain kan.. Sebab perkara or peristiwa macam ni, sering juga berlaku pada orang lain walaupun Eraz sendiri first time kena.. Masa mula-mula tengok keadaan iPhone tu macam gambar di bawah, memang perasaan sangat frust! Tak sampai setahu lagi kot pakai iPhone, dah kena camni.. Terbayang samada nak beli baru iPhone atau tukar handphone jenama lain.. Huhu..



Memang tak sangka.. Selalunya, kalau letak kat pemegang pintu tu, tak jatuh pun.. Entah macamana hari tu, nak cepat barangkali, masa nak bukak pintu untuk buka pagar rumah, handphone tu terus jatuh ke bawah dan jatuh mengadap skrin.. Alamak! Sekali tengok ke bawah, ada air dan ada lumpur.. Tenggelam telefon! Masa tu handphone kan tengah on.. So terus lap-lap dengan air bersih sikit, tekan button atas untuk off.. Sekali masa nak off, berdarah di bahagian dalam!!! Giler r.. Berdebar punya hal.. Tapi tenangkan diri dan teringat satu hal..

Teringat ada satu petua katanya jangan on tapi masukkan dalam beras selama yang mungkin.. Ok, boleh try ni.. Kalau ok, alhamdulillah kan.. Kalau tak menjadi juga, tak de rezeki la kan.. Ok fine.. Try dulu.. Apa jadi? Tunggu entri lepas ni.. Kang panjang berjela lak entri ni..
Read more ...

Wednesday, 21 October 2015

Wordless Wednesday #134


Wordless Wednesday #134 | Assalamualaikum.. Sumber dari Whatsapp.. Kongsi untuk renungan..

Read more ...

Fenomena Jerebu Kuning di Malaysia

Fenomena Jerebu Kuning di Malaysia | Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya semalam memang kecoh dengan berita-berita melalui media sosial dan Whatsapp tentang Fenomena Jerebu Kuning berlaku di Malaysia.. Dalam pada media sosial sangat bagus menyebarkan maklumat dan berita, ianya bertukar menjadi satu kebimbangan kepada semua rakyat Malaysia tak kira berada di negeri mana pun.. Tapi Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Fenomena Jerebu Kuning di Malaysia itu adalah tidak benar sama sekali.. Alhamdulillah..


Sejak menjadi viral semalam, benda yang paling penting dan ambil serius ialah elakkan diri membuat aktiviti luar atau dengan kata lain elakkan berada banyak di luar rumah.. Pergi balik kerja atau keluar untuk urusan penting tu lain la kan.. Mungkin kategori terpaksa.. Terutama pada anak-anak kita atau bayi-bayi.. Sekolah pun masih tutup di beberapa negeri dan daerah tertentu kan.. Di Kota Bharu ni sendiri memang dari semalam dah nampak tanda jerebu yang rasa macam semakin menebal.. Tapi bacaan IPU masih belum sampai tahap bahaya kot.. Tapi sama-sama juga berwaspada..


Apa-apa pun harus ingat, elak la menyebarkan berita yang tak benar.. Andai kata korang rasa berita yang korang terima tu tidak benar, diamkan saje.. Jangan nak forward ke situ sini.. Sama-sama kita fikir.. Wassalam..

#Diharapkan kita semua jauh dengan fenomena Jerebu Kuning
Read more ...

Ketam OH Ketam !

Assalamualaikum w.b.t.. Ketam oh ketam.. Kenapa la masa drive pagi tadi, tertengok gambar banting ketam.. Bila tengok gambar ketam tu, ada dua resipi yang terlintas.. Satu, maggi ketam dan satu lagi Soft-Shell Crab with Salted Egg Yolk.. Dua terbaik.. Tapi kalau tak dapat yang dua tu, dua lagi yang menyelerakan ialah gulai ketam dan ketam goreng sampai garing! Aiyooo.. Pagi-pagi ni dah fikir makan semua benda ni.. Ok!

Cuba korang tengok maggi ketam ni.. Agak-agak apa rasa? Adoi.. Dah la belum breakfast ni.. Lapar tu memang membantu lagi minda dan perut ni rasa macam nak terjah kedai makan maggi ketam ni.. Hehe.. Sebenarnya gambar ni Eraz snap tahun lepas.. Masa tu wife kena demam denggi.. Demam dinggi lepas tu terus mengandungkan Adam Fitri.. Hehe.. So bertungkus lumus cari ketam nipah sebab salah satu bahan yang boleh membantu sembuhkan demam denggi.. Tapi untuk wife, Eraz belikan sup ketam nipah la.. Maggi ketam ni untuk Eraz..


Maggi bukan makan favourite Eraz dari zaman sekolah lagi.. Tapi sekali sekala, belasah juga.. Cuma bukan kerap la.. Tambah-tambah dan tua-tua ni, memang kena pandai-pandai la jaga kesihatan.. Selain diri kita sendiri, siapa lagi nak jaga kan.. Tapi wife juga la banyak membantu dan mengingatkan itu ini.. 
Read more ...

Tuesday, 20 October 2015

"Tak perlu angkat dumbbell, Anak tu ada.." #jomfit


Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya, sebelum terjumpa gambar dengan kenyataan dari Kevin Zahri ni, pernah dulu Aaron Aziz jawab soalan dari wartawan.. Macamana Aaron boleh kekalkan bentuk badan macam sekarang.. Aaron menjawab, salah satunya sebab sentiasa dukung anak-anak.. Dari situ, memang terfikir, ada betul juga dan terbuktinya sekarang, bila dah anak-anak, memang selalu dukung, angkat dan kesannya nampak.. Selalu dari tu, melibatkan pembakaran kalori juga..

Dengan dukung anak atau bayi 8 kg, boleh bakar sebanyak 200KCAL sejam.. So bermakna, dalam pada main-main dengan anak, boleh buat badan sihat jugak kan.. Eraz sendiri, kalau dukung Adam atau Zara, memang mula-mula rasa berat tu.. Tapi sebab dah terbiasa, rasa macam biasa.. Tapi bila dukung anak buah yang lebih ringan, memang boleh rasa baby tu macam ringan giler.. Itu dari aspek tu la.. Kalau nak sihat atau maintain tubuh menyeluruh, kena buat cara senaman yang lain jugak la kan..

Pergi GIM memang bagus, tapi dengan adanya alasan tak de, kerja banyak, balik lambat, malam-malam tak boleh keluar sebab kena jaga anak-anak dan lain-lain, memang plan nak gim tu terbantut.. Tapi bila fikir-fikir, tak rugi ada satu dua barang gim di rumah kan.. Multi-Gim dan basikal, memang sangat berguna.. Boleh bersenam mengikut masa kita lapang dan ianya boleh dibuat di rumah sahaja.. Tapi kite sendiri la pulak kena carik masanya.. Hehe..
Read more ...

Kalau Dulu #6 | Dukung Masuk Bilik

Assalamualaikum w.b.t.. Sekali lagi buat entri Kalau Dulu.. Kalau dulu, masa kita kecik-kecik, selalu la kan tertidur depan tv la, atas sofa la, kat ruang tamu la atau mana-mana la tempat boleh tidur.. Tapi bila tiba waktu malam dan sepatutnya tidur, mula la Ma atau Abah angkut kita semua bawa ke tempat tidur atau bilik tidur.. Bagi orang kampung macam Eraz dulu, perkara biasa je tak tidur dalam bilik sebab rumah kampung, bilik tak banyak kan.. Tambah-tambah adik beradik ramai..


Tapi sekarang, ianya berbalik kepada kita semua yang telah menjadi bapa atau ibu.. Kita yang perlu angkut semua anak-anak kecik dari mana tempat mereka tertidur dan bawa ke bilik air dengan niat dalam hati agar mereka tak terjaga la kan.. Sebabnya kadang-kadang, nak bercerita tentang anak sendiri ni..

Kadang-kadang Zara Faleesya memang best tidur depan tv.. Walaupun tv tu dia tak tengok pun, kalau ada ketika nak angkat tu, dia tersedar, memang dia tak nak masuk bilik walapun di angkat dan dukung.. Kena angkat baik-baik baru ok.. Tapi itu kadang-kadang je la.. Kalau time biasa, boleh je angkat macam tu je.. Adam Fitri tak de masalah sebab kecil lagi kan.. Apa pengalaman korang pulak?
Read more ...

Monday, 19 October 2015

Fenomena Qu Puteh Kembali !

Assalamualaikum w.b.t.. Mungkin ramai yang sudah sedar akan fenomena Qu Puteh ni kembali sejak semalam selepas bersiaran langsung program Gegar Vaganza Musim Kedua.. Dari awal siaran sampailah ke akhir, memang iklan dan pengasasnya, Dato' Seri Vida muncul.. Paling rare, tagline masih sama tapi ada tambahan dihujung 'gaya persembahan' Dato' Seri.. 

Bayangkan masa AJL awal tahun baru, ramai yang berkata-kata positif dan negatif, kali ni Dato' Seri Vida kembali menggegarkan program Gegar Vaganza sampaikan dapat satu kuasa untuk memberikan imuniti kepada peserta tersingkir untuk sekali sahaja tetapi atas nasihat juri profesional.. Berapa agaknya Dato' Seri Vida bayar pada Astro kali ni? Errrmmmmm...


Apa yang pasti, percaturan dan 'pelaburan'nya berjaya kerana boleh katakan semua rakyat Malaysia tahu akan produk Qu Puteh walaupun tak semua orang pakai kan.. Orang kata usaha tangga kejayaan, walaupun di kritik teruk semua berlangsungnya AJL dulu sampai ada orang kata merosakkan majlis berprestij tu, dia tak putus asa sampaikan kembali lagi.. Kirenya bersedia dikritik lagi dengan tambahn aksi terbaru.. Hehe..

Selama mungkin 8 ke 10 minggu ni berlangsungnya Konsert Gegar Vaganza Musim Kedua, selama itulah iklan produk Qu Puteh dan pengasasnya akan muncul di kaca tv kita semua.. Stay cool..

Read more ...

Sunday, 18 October 2015

Konsert Gegar Vaganza Minggu Pertama

Konsert Gegar Vaganza Minggu Pertama | Assalamualaikum w.b.t.. Berakhirnya Konsert Gegar Vaganza Minggu Pertama yang cemerlang.. Biasa la artis-artis senior kan.. Pengalaman tu memang banyak.. Pencabar musim kedua ni rasanya lagi sengit kot dari musim pertama.. Walaubagaimana pun, tersingkir tetap tersingkir nanti.. Disebabkan penilaian adalah dari juri profesional, so kalau tersilap sikit je, terus habis.. Dah terbukti masa musim pertama dulu.. So artis mana yang best malam ni pada telinga dan mata korang?

Konsert Gegar Vaganza Minggu Pertama


Kali ni Gegar Vaganza ada Nassier Wahab, Azian Mazwan Sapuan, Farahdhiya, Amir Ukays, Ezylnn, Siti Nordiana, Acong (Sweet Child), Sheeda, Nizam (Laksamana), Haiza, Zul (Handy Black) dan  Ezad Lazim.. Dalam best di telinga dan mata Eraz ialah Farahdhiya.. Memang pernah dengar dia nyanyi live masa dia tercalon untuk Artis Baru Terbaik AIM dulu, tapi masa tu tak la macam ni kan.. Tapi kali ni memang mantap la.. Tiga-tiga pun beri komen sangat positif.. 

Dan seperti yang dijangka, tiada penyingkiran di Konsert Gegar Vaganza Minggu Pertama walaupun Acong (Sweet Child) nyaris-nyaris diumumkan akan tersingkir.. Tak kan la kot minggu pertama pun dah nak tersingkir kan.. Lain la AF ke apa kan.. Hehe.. Kalau tahun lepas, memang awal-awal beritahu tiada tersingkir.. Minggu ni buat suspen sikit..

Ok, sempat juga Eraz nak senaraikan lagu tugasan mereka di Konsert Gegar Vaganza Minggu Kedua minggu depan.. Kalau tengokkan senarai, memang lagu-lagu zaman 90-an kot.. Yang biasa didengar dan mesra di telinga.. Kalau nak karok, memang ingat di mulut la kot.. So ini senarainya :

Nassier Wahab - Kau Pergi Jua
Azian Mazwan Sapuan - Aku Hanya Pendatang
Farahdhiya - Di Alam Fana Cinta
Amir Ukays - Antara Hujan Dan Air Mata
Ezylnn - Camar Yang Pulang
Siti Nordiana - Madah Berhelah
Acong (Sweet Child) - Dalam Gerimis
Sheeda - Semakin Hari Semakin Sayang
Nizam (Laksamana) - Tika Dan Saat Ini
Haiza - Kelmarin
Zul (Handy Black) - Sendiri
Ezad Lazim - Butakah Cinta

#Good Luck untuk Konsert Gegar Vaganza Minggu Kedua
Read more ...

Saturday, 17 October 2015

Tempat ni memang 'misteri'!

Assalamualaikum w.b.t.. Takde la misteri sangat pun.. Tapi tak tahu la ramai ke tak yang setuju dengan apa yang Eraz rasa.. Siapa pernah alami, kalau masa duduk dalam toiler, segala benda yang lupa sebelum ni, terus menerus ingat.. Kalau ada buku nota, masa tu la nak tulis semua.. Memang berlaku pada Eraz.. Selalu dalam toilet, masa nak solat.. Kalau office hour, masa nak solat Zohor, masa tu la semua perkara yang perlu di buat yang urgent or important akan datang.. Mungkin masa tu. minda kita lapang kot.. Selain tu ........


Selain tu, masa naik katil nak tidur.. Masa tu la semua datang dan semuanya perlu ditulis kalau boleh.. Yang banyaknya tentang hal kerja la.. Nampak sangat kan banyak benda kerja yang perlu difikirkan dan perlu dibuat.. Sebab tu la dari tak de migraine. terus dapat migraine bila mula kerja.. Haha.. Sangat menarik dan mencabar.. Tapi yang penting memang berpegang pada rezeki.. Selagi rezeki di sini, di sini la kita.. Bekerjalah sebaik mungkin, insyaallah ada sesuatu menanti..

Read more ...

Zamani lari Rumah Pengasih

Assalamualaikum w.b.t.. Lepas balik dari office semalam, saje sendeng-sendeng tengok wife buka facebook di hp.. Sekali terpandang berita yang Zamani lari dari Rumah Pengasih.. Tajuk yang digunakan 'lari'.. So ingatkan macam main-main la.. Biasa la tajuk kan, macam-macam boleh dibuat.. Isi dalamannya pula kadang-kadang berlainan.. Tapi pagi ni, masuk office tengok di Harian Metro, memang betul Zamani larikan diri dari Rumah Pengasih.. Ini keratan akhbar tu :


Zamani lari Rumah Pengasih - Harian Metro (17 Oktober 2015)


Zamani memaklumkan orang yang berkenaan dan memaklumkan akan datang semula ke Rumah Pengasih Isnin depan


"Saya ada sebab tertentu disebalik semua ini.. Maaf saya tidak mahu ulas lanjut.. Tunggu tiba waktunya saya dan pihak pengurusan membuka cerita sebenar.. Saya akan dedahkan semuanya.." - Zamani Slam..

Seriuskan bunyinya.. Pertama sekali, berita tentang Zamani Slam lari dari Rumah Pengasih tu memang betul.. Tapi dari apa yang dibaca, macam ada sesuatu yang tersembunyi dan berlaku kepada Zamani yang membuatkan dia terpaksa melarikan diri dari Rumah Pengasuh untuk beberapa hari.. Seolah-olah keluar sekejap la.. Jadi sekarang mesti ramai pemberita yang menunggu kemunculan semula Zamani dengan kenyataan rasminya..

Pihak Rumah Pengasih ada menceritakan bahawa Zamani hampir pulih sepenuhnya dari dadah dan tidak sangka akan berlakunya perkara ini.. Laporan polis terpaksa di buat kerana risau Zamani diculik oleh orang yang tidak bertanggungjawab.. 

Read more ...

Mochi

Assalamualaikum w.b.t.. Mochi.. Siapa pernah try mochi? Mungkin rasa tu lain-lain kan atas citarasa masing-masing.. Eraz pernah try sekali masa terjumpa Mochi ni di KL sebelum ni dan bari-baru ni terjumpa pulak di Kota Bharu bersama dengan makanan jepun yang lain.. Kalau tengokkan dari rupa, memang cute miut la.. Warna pun colourful kan.. Rasa macam nak gigit terus je.. Sebab tak nak membazir, beli la empat dulu.. Harga dah lupa berapa..


Sebenarnya Mochi ni ada inti.. Yang ni memang red bean.. So rasa red bean tu memang dah biasa la dengan citarasa kita kan.. Serius memang sangat lembut sama macam apa dalam pandangan kita.. Kalau google, Mochi ni ada macam-macam.. Mungkin orang dah ubah suai kan.. Ada yang disalut dengan kelapa kering dan ada juga yang disalut dengan bijan.. Rasa pun rasanya akan bergantung kepada si pembuat dan pengeluar.. 

Apa-apa pun, siapa yang belum pernah try, boleh la cuba beli satu dua dan gigit rasa.. Kalau best, tak mustahil akan repeat lagi kan.. Errrmmmmm.. Tiba-tiba terbayangkan Spider Roll Sushi.. Bestnya Soft-Shell Crab memang sentiasa menjadi tarikan..

Read more ...

Friday, 16 October 2015

Anak Sulung Jadi Mangsa ?

Assalamualaikum w.b.t.. Pernah tak korang rasa menyesal melihat wajah anak sulung semasa dia tidur atau merajuk? Pernah tak korang rasa macam menyesal sebab meninggikan suara kepada anak itu? Pernah tak korang rasa terus nak pergi peluk dan cium anak itu selepas tengok wajah dia? Semua tu berlaku bila dan kenapa? Errrrmmm.. Sebelum itu, sama-sama kita doakan dan berharap agarnya ianya tidak berlaku kepada keluarga kita.. Kalau kita tarik nafas panjang, fikir panjang, insyaallah ianya tidak akan berlaku.. Jom baca cerita di bawah ni.. Kalau yang sensitif, jangan lupa sediakan tisu.. Hehe..


Amacam? Tersentuh tak? Cerita dan gambar ni Eraz save dari facebook.. Rasanya yang menulis cerita ini ialah seorang ibu.. Isu ni memang pernah dengar sebelum ni.. Dan tak mustahil berlaku pada kita semua kan.. Tapi diharapkan ianya tidak berlaku la.. Kalau tidak, memang kesian la pada anak sulung kita tu.. Perkara ni boleh berlaku kalau jarak antara dua anak sangat dekat.. Ya la, si kakak atau abang, dapat adik masa dia sendiri belum matang kan.. Dalam masa yang sama, dia pun perlukan perhatian..

Si kakak atau abang tu mana la tahu erti penat ibu atau ayah dalam kerja seharian dan menjaga si adik.. Mereka kadang-kadang sengaja nak kita dukung, atau nak duduk atas riba atau apa-apa la dalam erti kata lain nak bermanja.. Perkara ini lah yang kami cuba elak dari berlaku pada Zara Faleesya.. Walaupun Adam sudah dilahirkan, kami sedaya upaya cuba elak dari dia rasa disisihkan atau jauh dari kami.. Insyaallah.. Sama-sama kita berusaha.. 
Read more ...

Cara Halau Semut Dalam Rumah

Assalamualaikum w.b.t.. Balik je kerja, atau balik je dari mana-mana, masuk rumah je, tengok ada banyak semut berarak beratur elok je dari luar sampai la ke dapur.. Apa perasaan? Sakit hati tak? Semua pulak tu, semut yang gigitan dia sakit.. Risau kena pada anak-anak dan masuk dalam telinga.. Mulanya mereka hanya main beratur dari luar hingga ke kabinet TV, tapi sekarang ni dah pandai je dapur mereka jelajah.. So dalam kepala, apa nak buat ni.. Mereka lak beratur dari bawah sofa atau bawah barang-barang yang susah nak capai.. 


Dalam pada mencari maklumat macamana cara nak halau semua semut-semut tu, terjumpa satu artikel yang boleh membantu.. Dari thevocket[dot]com.. Dalam artikel tu menyebut, ada bahan semulajadi yang boleh digunakan oleh kita semua dalam usaha menghalau semua semut-semut tu.. So siapa yang alami masalah yang sama, jom baca apa bahan-bahan tu dan macamana cara kita nak menggunakannya supaya terkesan pada semut..

1. Cuka

Masukkan cuka ke dalam botol dan semburkan ke serata tepi dinding dan tiang rumah. Biarkan cuka kering. Ulang proses semburan ini beberapa hari. Cara ini akan mencegah semut dari memasui rumah anda.

2. Air sabun basuh

Air sabun juga boleh digunakan untuk menghalau dan menghalang semut dari masuk ke rumah. Caranya sama seperti cara yang dilakukan pada cuka. Masukkan air yang dicampur sabun ke dalam botol dan semburkan ke sekeliling rumah. Ulang semburan selama beberapa hari.

3. Kapur tulis

Semut tidak pernah melintasi permukaan yang digaris kapur. Caranya, gariskan kapur di sekitar tempat semut berkumpul.

4. Bedak bayi

Oh, ini menarik dan selamat. Taburkan bedak bayi di titik atau lubang tempat semut masuk ke rumah anda. Ini akan menutup lubang tersebut dan menghaklang semut untuk masuk.

5. Perahan air limau nipis

Semburkan perahan limau nipis di atas jalan semut. Ia akan mematikan semut sambil menyegarkan bau rumah anda.

6. Serbuk kopi

Bagi penggemar kopi, serbuknya usah dibuang. Taburkan di keliling rumah. Serbuk kopi juga boleh ditaburkan di sekitar taman dan pokok bunga. Semut tak kan suka datang dekat lagi.

7. Tepung Jagung

Taburkan tepung jagung di atas jalan semut. Semut akan makan tepung jagung tapi tidak mampu mencernanya dan akhirnya semut akan mati.

8. Garam

Garam juga tidak akan membunuh semut. Tapi garam boleh mencegah dan menghentikan semut datang ke rumah melalui retakan, lubang, dan sebagainya. Pastikan tempat yang ditabur garam kering.


Semut-semut yang beratur tu memang menggangu kita tambah-tambah ada anak kecil.. Mereka yang paling dirisaukan.. Tadi ada beli Produk Serai Wangi yang bukan jenis cecair, tapi kiub-kiub kecik.. So hari ni nak try buat eksperimen pada semut-semut tu samada mereka akan lari dan tak masuk lagi atau pun buat tak tahu je.. Dalam masa yang sama, boleh la halau lipas sekali.. Jadi tunggu dan lihat serta selamat mencuba..
Read more ...

Thursday, 15 October 2015

Drypers | Super Hero Edition

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau mana-mana parents yang pakaikan Drypers untuk anak kecil dia, mesti perasan dengan Drypers, Super Hero Edition ni.. Zara Faleesya pun terjebak sama suka pakai Drypers, Super Hero Edition ni sebab mungkin design lain dari biasa.. Eraz pernah nampak edisi baru ni masa pergi ke Tesco tapi tak beli sebab stok masa ada lagi.. Baru beli la katakan.. Tapi bila sepupu dia pakai Drypers, Super Hero Edition ni, mula la Zara nak 'pinjam' satu persatu.. Terpaksa la mengganti balik kan.. Bila dah selalu macam tu, terpaksa la Papa belikan juga..


Bila dah selalu macam tu, terpaksa la Papa belikan juga walaupun dah ada banyak stok.. So kakak Zara pakai yang edisi baru, adik Adam pula pakai habiskan edisi biasa.. Hehe.. Al-maklum la dua-dua tu pakai size yang sama.. Tidak mustahil kalau adik Adam yang tambah saiz dulu berbanding kakak sebab adik sedang membesar dengan jayanya.. Dari segi kualiti, sama je rasanya dengan edisi baru ni, cuma mungkin kanak-kanak ni tertarik dengan design yang lain dari biasa..

So, khas untuk Zara, Papa belikan juga walaupun ada banyak lagi stok lama.. Tak termasuk dalan kategori membazir sebab benda ni memang dipakaikan setiap hari kan.. Size untuk Zara pun tak kan berubah dalam masa seminggu dua or sebulan ni kot.. Hehe..

#Apa la yang dibuat di nursery sekarang ni
Read more ...

Monday, 12 October 2015

Selepas 3 Hari ..

Assalamualaikum w.b.t.. Niat untuk update blog pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad terkubur sebab dalam tiga empat hari ni memang kepala sangat giler-giler buat hal.. Tambahan pula tak cuti, kerja dalam sakit kepala, tak duduk diam di workstation kerja.. So memang tak sempat nak login ke blogger.com ni taip sesuatu yang berada dalam kepala untuk bacaan pembaca blog erazfadli.com.. Hari ni pun hampir sama bila malam semalam tak sempat nak on pc sebab tertidur kepenatan, sampai je office, pukul 9 dah keluar office sebab terlibat dengan taklimat di Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di bangunan Sapura Holdings..

Alhamdulillah, ulser dalam tekak dah pulih dan Allah dah pulangkan semula nikmat untuk menikmati makanan yang sedap dan hilang rasa sakit.. Tapi masih diberikan ujian sakit kepala dan gigi.. Sakit kepala ni berterusan selama beberapa hari dan off sekejap, selepas itu on lagi.. Dah macam perkara biasa pulak kan.. Insyaallah akan cuba cari jalan penyelesaian lepas dah buat appointment dengan dua pihak.. Bila umur dah tua, bergaul dengan banyak orang, macam-macam la boleh berlaku.. Mengharapkan ianya tidak berterusan sebab anak-anak pun masih kecil dan banyak lagi benda yang tak selesai kan.. 

Read more ...

Thursday, 8 October 2015

Kalau Dulu #5 | Rindu akan 'sahabat' ini ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya dari kecil lagi Eraz ni penggemar kucing.. Memang kalau orang main bola, makan tidur mandi semua bola kan.. So Eraz tukar semua tu dengan kucing.. Tambah-tambah budak kan.. Lepas tu dapat pulak kucing yang memang tak de buat hal yang teruk.. Baik, manja, tak rosakkan harta benda, tak buang air kecik dan besar merata-rata dan lain-lain la.. Yang sayang, bertambah la sayang kan.. Korang pernah tengok video ni kat Youtube atau Facebook? Video di bawah ni :


Saat-saat macam ni yang sangat dirindukan sekarang.. Kucing tidur atas dada.. Kadang-kadang siap masuk dalam kain selimut dan kain sarung lagi kalau dia nak tidur.. Sesuka hati.. Dan kalau nak pergi kerja atau pagi-pagi, rapatkan hidung dia yang sejuk ke pipi atau mulut kita.. Bukan di ajar pun, kadang-kadang lumrah hidup mereka kot.. Kadang-kadang sengaja letakkan dia yang sedang tidur di atas bahu dan tidur sekali.. Tapi itu dulu la.. Sebelum zaman kahwin.. Bila dah kahwin ni ....

Bila dah kahwin ni, hidup berubah sikit.. First sebab pindah keluar dari rumah Ma Abah sebab ingin hidup berdikari.. Kedua, wife tak suka sangat dengan kucing.. Ketiga sebab ibu mengandung dan anak kecil.. Sangat bahaya kan dengan bulu kucing.. So memang semua tu dah tak berlaku la sekarang.. Bila balik ke rumah Ma Abah, kucing yang biasa hidup bersama tu dah tak de.. Yang ada cuma warisnya saje.. So tak de mesra macam dulu la.. Bela kucing di kampung ni senang sikit berbanding di bandar.. Dan lagi satu, kalau dulu, pergi kerja, Ma ada kat rumah.. Walaupun terpaksa ditinggalkan di luar, sekejap je..

#Kenangan dulu.. 
Read more ...

Wednesday, 7 October 2015

Temuduga Kerja : PNGK Tinggi vs PNGK Rendah ; Universiti Terbaik vs Universiti Ranking Rendah

Assalamualaikum w.b.t.. Tu dia.. Bukan main panjang lagi tajuk entri kali ni.. Mulanya nak buat tajuk khas untuk fresh graduate.. Tapi kalau dah namanya fresh graduate, sudah terlambat kot untuk isu ni.. So fokus pada pelajar-pelajar yang masih menuntut.. Gambar dibawah Eraz dapat di Facebook.. Ianya berkisar tentang pendapat tentang satu interview yang melibatkan calon yang mendapat CGPA or PNGK yang tinggi serta rendah dan antara universiti terbaik dan universiti yang biasa-biasa je.. Tapi sebelum tu, baca ini dulu :






Dalam temuduga kerja, personaliti calon juga memainkan peranan penting.. Komunikasi pun penting.. Bagaimana kita ingin meyakinkan bakal majikan kita.. Dipersembahkan dengan PNGK yang tinggi dan dari universiti terbaik, itu sebagai bonus.. Tapi kalau korang graduate dari universiti yang dianggap biasa dan PNGK macam biasa-biasa je, jangan mudah rasa down.. Rezeki ni di mana-mana.. Majikan ni pun bermacam-macam.. Yakin dengan diri bahawa kita betul-betul nakkan pekerjaan tu dan tahu apa yang diperlukan oleh jawatan itu.. Bercakap dengan yakin, berpakaian dengan kemas, insyaallah semua tu boleh jadi faktor untuk kita berjaya dalam temuduga berkenaan..

Pernah berlaku dalam satu cerita, semasa temuduga siri pertama, memang sangat ramai calon yang datang.. Tapi bila masa kelayakan untuk ke temuduga kedua, hanya dua calon sahaja yang datang.. Calon pertama mempunyai Sarjana dan calon kedua mempunyai Sarjana Muda dan PNGK yang biasa-biasa je dan fresh graduate.. Tapi majikan berkenaan memilih calon yang kedua sebab dia sangat yakin dengan percakapan, berpakaian yang sesuai, tidak terlalu meninggikan diri, bertegur sapa dengan staf yang sedia dan lain-lain ciri tambahan.. So! Apa yang penting di sini, yakin dengan diri, jujur dengan diri, insyaallah rezeki itu milik kita.. 
Read more ...

Tuesday, 6 October 2015

Bila ada Ulser di dalam tekak / kerongkong !

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas rasa nak kembali OK dari demam teruk baru ni, hari Sabtu kot tekak mula rasa sakit giler.. Antibiotik demam baru je habis, tapi rasa macam tak best lagi.. Malam sebelum tu lagi sekali badan panas giler sampai menggigil.. Pelik.. Paling pelik lagi, tekak ni sakit lain macam je.. Bincang dengan wife, ada ke ubat cecair yang boleh kurang kan rasa sakit tekak ni.. Selalunya kalau sakit tekak, tanda nak selesema.. Tapi tak bersin dan semacam je sakit..

So wife berpendapat, dari beli je ubat kat klinik atau farmasi, apa salahnya jumpa je doktor sekejap.. Petang-petang lepas balik kerja ni, selalu di klinik yang selalu kami pergi tu, tak ramai sangat.. So ok lah.. Singgah la kami sekeluarga klinik sekejap.. Memang tak lama menunggu, terus dipanggil.. Tapi langkah kanan tu ada sebab lepas je Eraz daftar, ramai pulak bersusun sampai.. Alhamdulillah tak menunggu lama..

Doktor ada cakap, kalau nak panas tak ok apa semua, mungkin ubat dari klinik lain sebelum ni tak menjadi.. Kalau tak, mesti semua dah ok tambah-tambah antiobiotik dah habis kan.. So doktor try check suhu badan, ok je mungkin sebab Eraz dah telan panadol sebelum paginya.. Itu kemungkinan doktor bagitahu.. Doktor suluh dalam tekak.. Haaaa.. Ini salah satu punca kenapa sakit sangat tekak! First time kena ni.. Ulser di dalam tekak / kerongkong.. Patut la nak menelan makanan yang keras-keras, rasa macam ada benda menghiris.. Terbongkar.. Nasib baik dengar kata isteri supaya jumpa doktor kan..



Dapat la lagi antiobiotik yang lain dan sebeban pun lagi.. Alhamdulillah, kerasian tu ada, dan sakit tu memang ok secara perlahan.. Mengharapkan hari ketiga atau keempat tu akan ok sepenuhnya.. Hope so.. Air masak memang sentiasa di minum at least tujuh ke lapan gelas sehari.. Salah satu penyebab mungkin badan terlalu panas selama 3 malam sebelum ni.. First time kena ulser macam ni dan tak dapat bayangkan bagaimana la perasaan orang yang lebih teruk kan.. Dalam dugaan Allah ni, ada syukurnya juga..

Kalau dalam mulut atau di bibir, kita boleh elak untuk terkena kan.. Kalau dalam tekak tu camne agaknya nak elak kan.. Terpaksa la juga telan kan.. Baru je badan ni naik sikit, tapi bila dah kurang makan, memang akan turun dengan cepat.. Bukan senang nak naikkan berat badan, tapi turun memang sangat senang.. Sabar je la dan mengharapakan sihat walafiat secepat yang mungkin untuk kembali normal.. Insyaallah..

Bayangkan kalau selalu dapat makan, terus makan dengan happy gembira kan.. Menikmati.. Ini terbalik, masa nak makan, air mata yang keluar.. Air mata gembira ke? Hehe.. Air mata sakit tu.. Memang perit giler rasa bila menelan..Tuhan je la tahu.. Tapi terpaksa juga makan kan.. Selera tu memang susah la nak dapat cari masa-masa macam ni.. Tapi kena juga makan sebab nak dapatkan tenaga.. 
Read more ...

Monday, 5 October 2015

"Untuk kepuasan diri, ilmu dan kerja juga demi keluarga.."

Assalamualaikum w.b.t.. Ini satu entri yang Eraz jumpa dalam draf.. Rupanya tak publish pun lagi.. Bila ada masa, memang selalu karang siap-siap dan masukkan dalam draf.. Sekali ada juga yang terlupa sampaikan satu masa, delete sebab dah lapuk.. Tapi entri ni rasanya boleh publish lagi ni.. Maybe boleh memberi semangat pada yang lain kan.. So kita published!

Entri ni rentetan kepada tamatnya pengajian Eraz di peringkat masters dan pergi menghadiri konvokesyen baru-baru ni.. Apa yang berlaku.. Kenapa sambung masters.. Macamana boleh berjaya mendaftarkan diri.. Dan lain-lain.. Boleh la share sikit-sikit.. 

Plan dalam hati, kalau boleh nak bawa semua family iaitu belah Eraz dan mertua ke KL sebabnya bukan hanya untuk raikan konvokesyen tapi untuk wujudkan masa, spend masa bersama.. Jauh dari pejabat.. Seriusnya, sebelum ke KL hari tu, hampir 4 ke 5 hari sakit kepala.. Ia berterusan sampai la hari dirve ke KL.. Tapi bila sampai, dan keesokkan hari ni, sakit kepala tu hilang.. Mungkin masa tu dah tak fikir pasal kerja.. handphone pun senyap je berbunyi yang berkaitan kerja.. Alhamdulillah.. Tapi..

Tapi bila masuk office, alahai, memang sakit kepala tu datang balik tapi dah kurang berbanding sebelum tu.. So salah satu faktor yang boleh disimpulkan dalam kes sakit kepala ni ialah hal kerja.. Tak boleh nak lari la kan sebab dah kerja hakiki.. Hidup dengan makan gaji, biasa la kan.. So, berjalan sahaja mengikut arus tapi dengan nasihat dari keluarga, jagalah kesihatan dengan baik.. Dengar nasihat tu pun dah lapang sebab ada orang sayangkan kita dengan memberitahu macam tu.. Tapi jangan pula kata tak de orang sayangkan kita bila tak diberitahu macam tu.. Mungkin secara diam.. So be positive..


Alhamdulillah, demi impian diri sendiri untuk mendapatkan segolong sijil masters, tercapai walaupun tersasar setahun.. Plan nak dapat dalam umur 30 dan ke bawah.. Tapi 31 baru dapat.. Ini semua sebab lambat dapat peluang untuk teruskan pengajian.. Bila dah kerja ni, memang kelulusan dari pihak majikan sangat penting.. Kalau mereka tak approve, macamana nak sambung kan... Allah berikan jalan, syukur sangat.. Tercapai impian.. Keduanya ialah...

Demi keluarga.. Rezeki ni di tangan Allah kan.. Mana tahu lepas ni murah rezeki kan.. Naik pangkat ke apa kan.. Kalau tak naik pangkat pun, knowledge tu paling penting.. Tak dapat nak jual beli.. So korang, kalau ada niat untuk sambung belajar, teruskan la.. Tak rugi pun.. Kadang-kadang kepuasan hati tu boleh beri kita ketenangan.. Insyaallah.. Kalau nak tahu apa-apa pasal OUM, leh komen entri ni.. Insyaallah Eraz boleh beri jawapan.. 

Read more ...

Sunday, 4 October 2015

Kenapa 'Kelantan' Trending ni?

Assalamualaikum w.b.t.. Masa di luar rumah dan di jalan raya, nampak mendung semacam je.. Bukan tanda nak hujan ni.. Tapi confirm jerebu.. Maybe tak sampai tahap bahaya lagi kot.. So cool semua.. Berhati-hati dengan kesihatan.. Eraz ni memang dah tak sihat, redha je la.. Errmmmm... Rasa macam lama tak lepak kat twitter.. Asyik di Facebook dan Instagram je nampaknya.. Tapi bila duk lepak kat twitter ni, nampaknya 'Kelantan' tengah trending di twitter.. No. brp? Boleh tengok apa yang Eraz snap di PC tu.. Malas nak print screen di phone..


Haha.. Leh teka kenapa kan.. Bila klik di situ, boleh nampak apa yang mereka semua bualkan samada rakyat Kelantan atau luar Kelantan.. Orang Kelantan dengan isunya dan orang luar dari Kelantan dengan isunya.. Isu apa? Sah-sah la pasal pengumuman yang telah dibuat sebelum ni.. Pasal semua sekolah di Semenanjung Malaysia ditutup selama dua hari kecuali Kelantan.. Labuan, Sabah dan Sarawak pun sekolah macam biasa kan.. Wahai anak-anak Kelantan, ke sekolah la adik-adik esok.. Jaga kesihatan baik-baik.. Jangan buat aktiviti luar.. Jerebu masuk dalam kelas tak? Hehe.. 
Read more ...

Bila badan kita lemah ..

Assalamualaikum w.b.t.. Blog, memang tak sentiasa update untuk seminggu ni.. Sebab? Satu memang badan yang masih 'lemah' sebab tempoh demam masih lagi belum hilang.. Dapat sehari 'MC' then lepas tu, walaupun tak 'kuat' sangat lagi, dah kena masuk kerja dan teruskan kerja macam biasa.. Nasib baik la tiada kerja luar.. Dalam pada itu, ditambahkan lagi dengan minda yang 'berpusing2' berfikir dengan apa yang berlaku sekarang ni pada diri dan family..

Memang kena kuatkan semangat.. Kalau ikutkan hati, badan dan jiwa kot, (hehe) mungkin masa di pejabat tu, keadaan memang macam nak tdiur je, lesu, tak bersemangat.. Tapi sebab nak lawan, memang kena berlakon macam biasa.. Kadang-kadang tewas masa berada di workstation bersendirian.. So memang kena kadang-kadang bangun dan berjalan ke tempat yang perlu untuk naikkan semangat kerja.. Tak boleh duduk je di workstation tu..

Kalau dah habis waktu kerja? Ini pun satu halkan.. Kita bukan hidup bujang lagi.. Ada anak isteri.. Tinggal pun bukan dengan family.. Terbayangkan muka anak isteri, memang kena kuat juga.. Walaupun kan ikutkan hati nak tidur je, tapi terpaksa lawan! Kalau tak memang diri sendiri akan menyesal sebab tak dapat nak luangkan masa yang berkualiti dengan anak isteri seperti biasa.. Tapi dalam pada itu, ada masa ketika dan saatnya, memang tewas..

Bila suhu badan dah panas, badan mula mengigil, sakit kepala menyerang, memang terus 'rebah'.. Dan alhamdulillah, adanya isteri yang menjaga dari mula sampai la tak panas, tak menggigil serta hilang sikit sakit kepala, syukur.. Dengan nak layan keadaan suami lagi, dua anak lagi dan dalam masa yang sama, dia sendiri kurang sihat.. Alhamdulillah.. Itu juga la ada ketika memang lawan lawan lawan, letakkan semangat yang kuat untuk lawan sebab isteri sendiri pun kurang sihat sekarang..


#Semoga Allah memberikan kami kesihatan yang baik, jauhkan kami sekeluarga dari perkara yang tidak baik serta gangguan luar.. Amin..
Read more ...