Sunday, 6 September 2015

Ubat & Durian Memabukkan ke?

Assalamualaikum w.b.t.. Ubat dan Durian.. Macam sinonim je.. Pernah tak korang dengar orang kata, jangan makan ubat lepas makan durian atau jangan makan durian kalau nak makan ubat? Pasti punya kan pernah dengar.. So apa pendapat korang? Korang rasa perkara tu betul ke? Atau hanya larangan semata-mata? Pada Eraz sendiri, memang dari kecil, dah dengar pepatah tu sampailah ke dewasa anak dua ni.. Still tak kan makan ubat kalau dah makan durian atau tak kan makan durian kalau dalam tempoh makan ubat..


Nampak sedap tak durian di atas? Haha.. Seriously, kata-kata, pesanan macam di atas tu memang akan sentiasa berada dalam minda dan tak mustahil, anak-anak Eraz pun akan sama dapat kebiasaan tu.. Tapi lepas google, ada satu artikel dari Klinik Ummi, yang mana beliau kata, tak de masalah pun kalau makan ubat selepas makan durian.. Semua yang dipercayai sebelum ni tu ialah taboo semata-mata.. Korang nak baca lebih detail? Klik entri Klinik Ummi : Benarkah Ubat Dan Durian Memabukkan? ni.. Ada betul juga kata doktor tu tapi psikologi kita boleh terima tak?


Banyak pepatah orang-orang tua ni mesti ada sebabnya.. Mungkin pernah berlaku sesuatu pada kalangan mereka pada masa tu selepas makan ubat dan makan durian.. Mungkin juga semasa peristiwa tu berlaku, ada sebab lain kan.. Yang pasti akan psikologi seseorang tu kot.. Daripada pembacaan Eraz, banyak benda berlaku atas sebab psikologi pemikiran kita.. Kalau kita buat sesuatu perkara dan memikirkan perkara tu akan menuju ke arah negatif, negatif la jadinya.. Begitu juga sebaliknya..

Apa-apa berani atau tidak korang lepas ni makan ubat selepas makan durian, or makan durian dulu then lepas tu makan ubat, bergantung la pada korang.. Kalau tak yakin, rujuklah pada yang korang rasa boleh menyakinkan korang.. Kalau tak nak, elak la mana patut supaya benda tak nak berlaku, terjadi.. Kalau tak boleh elak tu, lain la kot.. Hehe.. Selamat berhujung minggu!


8 comments:

  1. Mak ayah wawa tak bagi makan skali.. Kena jarak jgk paling kurang 2 jam..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dengan kami.. Tapi Eraz jarak 4 jam..

      Delete
  2. hahaha...yong xmkn durian ni..yop pon xmkn so xbpe tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi tak dapat rasa kesedapan durian.. Hehe..

      Delete
  3. Kalau kata durian dengan ubat ni tengok pada darah sesorang itu sesuai ke.tidak ada orang boleh ada orang tidak boleh...durian.itu berduri dalam duri itu ada bisa nya...maka perjalanan sesorang itu pun banyak lembah dan berliku liku nya juga .oleh itu kena berhati2 sebelum nak makan durian dengan ubat...kalau yakin boleh makan makan la...x mengapa yang makan tu boleh rasa macam mana rasa nya..hrmmm

    ReplyDelete
  4. memang takkan makan ubat lepas tu makan makanan apa pun..dah makan ubat..bagi rehat dulu badan..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.