Wednesday, 2 September 2015

Cerita pasal Kulat Sisir la pulak !

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pernah dengar pasal kulat sisir ni? Ia bukan sejenis kulat ya.. Tapi bahan makanan.. Hidupan yang tumbuh di pokok yang dah mati.. Kalau tak pernah dengar, cuba google.. Memang dah ramai buat entri pasal kulat sisir ni.. Kulat sisir memang salah satu favourite Eraz dari kecik lagi.. Biasa la orang kampung.. Memang senang nak carik kan.. So mana-mana yang baru first time dengar pasal kulat sisir ni, boleh baca ni.. Ini gambarnya :

Kredit Gambar : Resepi Raidah

Kalau masa kecik dulu, Ma selalu masakkan kulat sisir gulai kuning dan goreng kunyit plus telur.. Tapi kalau ditanya antara dua tu mana satu menjadi pilihan, for sure goreng kunyit plus telur tu.. Mertua pernah buat goreng telur biasa tapi masukkan kulat sisir ni.. Pun sedap.. Kalau dulu masa kecik, Ma selalu ajak pergi kutip kulat sisir ni.. Senang je nak cari.. Cari pokok getah lama yang dah tumbang, mesti akan ada.. Itu dulu la.. Dah besar ni, dah kerja ni, Ma pun dah tua, dah tak larat dan tak de masa dah..

Baru-baru masa pergi pasar basah, terjumpa orang jual.. Sekopi tu dalam RM 3.. Mahal ke tak? Tak pasti, tapi memang rembat dua tin.. Beli banyak-banyak kang, membazir je.. Duduk 4 beranak je.. Yang makan hanya dua orang kan.. Belikan dan wife goreng! Memang marvelous.. Memang teringat sampai saat entri ni di tulis lah rasanya.. Melampau kan..

Eraz tak sure kalau di KL or bandar lain, kulat sisir ni korang familiar ke tak.. Kalau jarang jumpa, dan di takdirkan jumpa, beli la sikit.. Then google cara nak masak kulat sisir ni.. Try.. Memang tak menyesal.. Masak ikut citarasa korang.. Sesedap rasa.. Lidah masing-masing ni lain kan.. Insyaallah, korang akan cari lagi.. Di kedai makan, jarang sangat jumpa.. So, selamat mengenali kulat sisir!

15 comments:

  1. saya tak pernah makan goreng kunyit dengan telur tu.. selalu buat gulai..

    ReplyDelete
  2. kat Sabah panggil kodop...tumis dgn lada putih & ikan masin...sedap~

    ReplyDelete
  3. sukaaaaaaa feveret gak ni,sedap kan goreng ngan telur,tapi kak sue penah buat sup ngan telur buh halia sedapppppp...kalau nak demam boleh tery buh rempah banyak skit badan akan rasa berpeluh je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. goreng best! tp tang sup tu, belum pernah makan lagi.. hehe..

      Delete
  4. Ya Allah... pebret akk ni.. dah masak dah minggu lepas tapi tak kongsikan lagi kat blog akk. emm.. memang sedap giler.. tu la, orang dulu.. makan apa saja yang ada disekitar kita. Tak payah nak keluar duit belanja banyak.. Eraz.. samalah ngan akk, akk beli pun RM3 juga saiz satu tin susu pekat.. hehhehe..

    ReplyDelete
  5. Hehehe dulu masa kecik2 selalu gak makan yang ni Eraz...Selalunya buat tumis lada hitam laaa..Sedap makan ngan nasi panas2 ...Tapi sekarang ni mmg susah dah nak jumpa kulat sisir ni..

    ReplyDelete
  6. masyaAllah.. xpernah lg jumpa org buat goreng..huhu
    JOM FOLLOW SAYA

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.