Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah #MBA #OUM #KONVOKESYEN #MK17.. Itu caption yang Eraz telah kan di Facebook bersama gambar di bawah yang alhamdulillah mendapat support dan tahniah dari semua family dan rakan-rakan seperjuangan serta media sosial.. Gambar di bawah pula ialah gambar yang Eraz snap dari Instagram.. Syukur alhamdulillah, Allah tunaikan hasrat Eraz nak dapatkan master semasa di umur awal 30-an iaitu kalau ikut tahun dah masuk umur 32 tapi ikut bulan, umur 31.. Hehe..
Bermula bulan September 2013 sehingga April 2015, selama satu tahun 8 bulan berhempas pulas menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar part-time kerana dalam masa yang sama bekerja sepenuh masa.. Cabaranya lagi, Eraz juga dikategorikan sebagai Online Learner kerana tidak menghadirkan diri untuk kelas face-to-face.. Walaupun sebagai Online Learner, tugasan dan peperiksaan akhir harus dilengkapkan pada setiap semester..
Pada semester September 2013, berjalan dengan lancar sekali walaupun masa tu Zara Falessya baru sahaja dilahirkan.. Masa pendaftaran, umur Zara dalam 2 bulan lebih.. Dengan excited mendapat anak sulung, bermula juga journey sebagai pelajar master setelah hampir lebih 8 tahun konvo untuk degree di USM Penang.. Masa tu ok la sebab full time.. So untuk dapatkan balik nak buat tugasan, memang mencabar.. Akhir semester exam dan keluar result, alhamdulillah, semuanya ok..
Semester kedua iaitu Semester Januari 2014 sedikit mencabar sebagai menantu sulung dan satu-satunya lelaki di dalam keluarga isteri, arwah bapa mertua meninggal dunia dan sedikit sebanyak telah memberi effect kepada pengajian di semester kedua.. Tugasan dan Peperiksaan Akhir sedikit merosot berbanding pada Semester satu.. Tapi alhamdulillah masih belum meneruskan di Semester ke-3..
Semester ketiga bermula iaitu Semester Mei 2014 dengan nekad ingin baiki dan backup semester kedua.. Bermula bulan Mei hingga Ogos 2014, dengan kesibukan kerja, alhamdullillah semua berjalan lancar.. Semester ni mencabar sebab salah satu subjeknya ialah Business Law yang mana banyak bermain dengan akta..
Semester keempat diteruskan iaitu Semester September 2014.. Dalam pada tengah semester, Alhamdulillah, Eraz dan wife serta Zara diberikan rezeki untuk mendapat anak kedua.. Adam Fitri.. Bermula episod wife yang alahan dan lain-lain, tapi tugasan berjaya disiapkan.. Tapi, sedia maklum yang selepas sahaja tamat peperiksaan akhir, Eraz menjadi mangsa banjir.. Alhamdulillah dan syukur pada masa itu, Eraz baru sahaja tamat untuk peperiksaan akhir semester keempat..
Bermula bulan Januari 2015, Semester Januari 2015, semester akhir berjalan dan nekad untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang terbaik di antara semester.. Dengan tidak percaya, memang akhirnya bila keputusan diumumkan samada layak konvo atau tidak, keputusan semester terakhir ni merupakan yang terbaik di atas semua semester.. Lepas sahaja tamat pengajian, Adam Fitri lahir ke dunia.. Alhamdulillah, Adam salah seorang yang kami bawa untuk rai majlis konvokesyen..
Jika ditengokkan pada rentetan tempoh pembelajaran, memang banyak dugaan dan cabaran.. Tapi kalau kita tak mulaikan dan harungi, ianya takkan berhasil.. Ada impian, tapi tak usaha, tak jadi kan.. So dengan entri ini, Eraz berharap lebih ramai lepas ni yang akan menyambung pengajian masing-masing.. Kalau dah bekerja, memang boleh belajar sambil bekerja di OUM di semua peringkat macam Eraz ni..
Terima kasih kepada semua yang telah support Eraz sepanjang pengajian dan berharap Label : Diari Pelajar MBA OUM ni dapat membantu mana-mana individu untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi walaupun sudah bekerja dan berumur lebih 30, 40, 50 dan seterusnya.. OUM memang fleksibel..
#Next : Kisah Sidang 3, Majlis Konvokesyen Open University Malaysia (OUM), PWTC
waaaa..tahniah eraz :)
ReplyDeleteTerima kasih amanina..
DeleteAlhamdulillah. Tahniah!
ReplyDeleteTerima kasih bro..
DeleteCongrats brader Eraz.
ReplyDeleteTerima kasih Ismi..
Deletetahniah...
ReplyDeleteTerima kasih ..
Deletetahniah bro :)
ReplyDeleteTerima kasih ..
DeleteTahniah abe! Sorry lama sungguh tak berkunjung ke sini..hihihi...Anyway, congrats again!
ReplyDeleteTerima kasih Sally.. Tak sempat2 lagi nk jumpa..
Deletecongratss :D
ReplyDeleteTerima kasih Intan..
DeleteAlhamdulillah tahniah eraz..
ReplyDeleteTerima kasih..
Deletebaru sy tau ada online learning kalo ambik master there..
ReplyDeleteanyway, tahniah for the good achievement :D
Ada, tapi kena word hard sikit la..
Deletetahniah.. rezeki anak :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima kasih..
DeleteBanyak juga ya perjuangan yang harus dilewati tiap semesternya. Tapi alhamdulillah dapat menyelesaikan studynya Kan ?!.. selamat buat Eraz, atas gelar masternya. Semoga ilmu yang dituntut selama ini bisa dimanfaatkan bagi kebaikan diri sendiri juga orang banyak. Semoga saya nanti juga bisa meneruskan pendidikan ke tingkat master seperti yang telah Eraz capai...
ReplyDeleteterima kasih yozi..
Deletewahh.. kite pun baru lepas konvo hari tuu. tahniah yaa
ReplyDeleteterima kasih dan tahniah juga untuk raihanah.. :)
Delete