Tuesday, 29 September 2015

Bila sekali sekala dapat MC ..

Assalamualaikum w.b.t.. Dua tiga hari lepas memang dah rasa badan tak berapa nak sihat.. Tapi semalam paling kemuncak dan dalam kepala risau akan denggi kan.. Dengan bekerja serta badan yang tak berapa nak larat, terus decide ke Klinik Perdana Islah di Paya Bemban.. Selalu ditemai isteri tapi sebab keluar waktu pejabat, pergi seorang je la.. Sempat terlelap dua kali kot di kerusi menunggu.. Memang tanda tak larat sangat.. Kepala pun sakit.. Alhamdulillah, dapat jumpa doktor petang tu..


Lepas buat check-up tu, doktor maklum kan memang demam dan tekanan darah pun rendah.. So memang kena banyak rehat.. Denggi? 50%-50%.. Kena tunggu 2 hari lagi, kalau tak ok, baru suspek denggi.. Doktor sarankan ambil MC sehari esok untuk rehat sepenuhnya supaya ok semula nak masuk office lusa.. Tekanan darah rendah ni memang dah lama.. Salah satu penyebab sakit kepala, memang sebab tu la.. Jadi hari ni memang rehat betul-betul la.. Sebab dua hari kot tak de entri rasanya, so hari belanja pembaca entri ke klinik ni..

Read more ...

Saturday, 26 September 2015

Super Spontan All Stars | Bila Jihan Muse tersingkir !


Assalamualaikum w.b.t.. Jujurnya memang tak tengok lagi Super Spontan All Stars Minggu Kelima semalam sebab satu semalam hujan lebat giler, lepas tu bermalam ni rumah mertua dan sibuk dengan persiapan untuk Majlis Akikah anak saudara belah isteri.. So tak tahu macamana permainan mereka semalam.. Insyaallah kalau larat malam ni, nak tengok.. Kalau tak, memang esok juga la layan.. Tapi tergerak hati nak tengok instagram untuk tahu siapa yang tersingkir.. Sekali double penyingkiran semalam.. Lepas tu Silat Dongibab pulak yang kalah..

Bila Silat Dongibab yang kalah, tak sangka pulak Jihan Muse yang terpilih tersingkir awal.. Mungkin Yasmin Hani dulu.. Tup tup double, so nama Jihan ada sekali.. Tahun lepas, sempat juga dia sampai ke final.. Memang dari musim pertama lagi, peserta lelaki monopoli ke final.. Apa-apa pun, tetap akan terus support sebab kadang-kadang perlu tengok program macam ni.. At least boleh release tension walaupun Jihan Muse dah tersingkir.. So boleh la Jihan buat persiapan nak kahwin.. Agak-agak ada undi masuk tak untuk Super Spontan All Stars? Hehe.. 

Read more ...

Friday, 25 September 2015

"Adakah Aku Wanita Sempurna?"


Assalamualaikum w.b.t.. Ini perkara yang biasa dialami oleh seorang isteri yang telah lama berkahwin tetapi masih belum diberikan rezeki oleh Allah untuk mendapatkan zuriat.. Pelbagai persoalan dalam kepala ada, pelbagai perasaan muncul dan macam-macam lain.. Hanya yang mengalami sahaja yang boleh rasa.. Selain isteri, si suami juga akan ada perasaan nya tersendiri.. 

Sabarlah wahai suami dan isteri yang sedang berusaha.. Jika ada kawan-kawan anda yang baru berkahwin itu sudah hamil, anggaplah itu sebagai rezeki mereka dan rezeki kita akan muncul.. Mungkin ada sebab kenapa masih belum menjadi ibu dan bapa.. Nak ajak korang baca satu kisah tentang seorang wanita yang menanti saat pregnancy test beliau positif.. Mungkin boleh membuatkan hati kita lebih tenang dan mungkin boleh lebih memahami perasaan mereka yang terlibat.. 

Jangan ingat wajah seseorang itu ok semasa menjawab soalan belum ada rezeki, bermakna dia tiada kisah.. Tetapi sebagai cara untuk mereka lebih positif.. Jadi mungkin boleh cuma berada di tempat mereka untuk lebih memahami.. Eraz dan isteri salah seorang yang berlibat.. Kami bukan satu pasangan yang berkahwin, terus dikurniakan rezeki.. Sempat merasai perasaan keguguran sebelum dikurniakan Zara di dunia.. So! Sama-sama kita selami perasaan mereka dengan lebih dalam.. Wassalam..

:: ADAKAH AKU WANITA SEMPURNA?  ::

Sebuah kotak kecil yang mampu menggegarkan hati seorang isteri.. 

Ketika saat terlafaznya "Aku Terima Nikah.." daripada mulut suami, bermula detik itu seorang isteri hanya menunggu tibanya masa untuk membuka kotak ini.. Saban bulan, saban tahun, akhirnya sentiasa dibuang ke tong sampah dengan hati kecewa.. Sehari lewat, hati mula berdebar.. Seminggu lewat, hati mula bergetar.. Tapi yang ditunggu akhirnya hanya air mata yang tiba.. Tapi hati ini masih cuba untuk sabar..

Kotak kecil yang mengandungi secebis harapan.. 
Kotak kecil yang mampu membunuh secebis impian... 

Boleh dikatakan, saat bersendirian di kamar mandi itu merupakan saat yang paling mendebarkan hati.. Bila keputusannya hampa, cepat-cepat dibungkus rapi dan dibuang tanpa pengetahuan suami.. Setiap kali lewat ianya tiba, hati merayu merintih berdo'a biarlah kali ini ada isinya.. Walaupun sudah berbulan dan sudah bertahun mencuba, kotak ini tetap tidak pernah dilupa.. Kotak ini tetap dicari juga.. Kotak yang menyimpan sejuta harapan bahagia, dan juga sejuta impian kecewa.. 

Hanya mereka yang melaluinya akan benar-benar mengerti apa yang dirasa.. Kadang-kadang cuba juga untuk sembunyikan daripada suami, tapi ada ketikanya suami ternampak kotak rahsia.. ALLaHu ALLaHu... Bagaimana kalau jawapannya masih hampa? Suami tak henti bertanya... "Macam mana?" 
Tak terkeluar kata-kata nak menjawabnya.. Diri ini hanya mampu menggelengkan kepala.. Jelas suami terus berwajah suram.. tapi suami cukup faham.. cukup setia.. Walaupun hatinya turut kecewa, dia masih mampu mendamaikan kehampaan isterinya.. 

"Takpe la sayang.. Takde rezeki kita lagi.. Kita cuba lagi yer..." 

Getar suara suami itu bagaikan guruh berdentum di langit... Walaupun telinga ini tidak bingit, tapi hati ini merintih perit.. Tahu suamiku turut bersedih..  Ketika itu, hati pasti merintih.. 

"Adakah aku memang tak mampu memberikan dia zuriat?"

Kadang-kadang sudah malas hendak menjawab pertanyaan orang.. Malas hendak fikir apa yang orang kata.. Setiap kali terlihat gambar bayi-bayi comel, terdetik dalam hati.. Bagaimanakah agaknya rupa anakku nanti jika ada rezeki anak sendiri? Setiap kali berkumpul bersama keluarga, melihat ipar duai memegang anak masing-masing, diri terasa amat terasing.. Anak saudara dimanja ibarat anak sendiri.. Tapi tetap rasanya tak sama di hati.. Mendengar orang bercerita perihal anak mereka, diri ini hanya mampu memasang telinga.. Alangkah indahnya jika dapat turut sama bercerita...
Ya ALLaH.. Kau kuatkanlah hatiku ini..

Suamiku.. Maafkanlah isterimu ini.. Bukan isterimu ini tidak mahu mengandungkan zuriatmu.. Bukan isterimu ini tidak mahu menimang permata hati agar kita bergelar ayah dan ibu.. Apakan daya.. isterimu ini hanya wanita lemah yang tak mampu mengubah takdir ALLaH...

Abang... Berjanjilah dengan sayang... 
Abang tak akan sia-siakan sayang... 
Abang tak akan cari yang lain hanya kerana kegagalan sayang memberikan cahayamata buat abang... 
Setiap hari sayang berdo'a agar ALLaH tunaikan impian kita... 
Setiap hari sayang berdo'a agar abang tidak berubah hati dan cinta... 
Sayang hanyalah ibarat kain buruk di kaki abang.. 
Sayang hanyalah seorang wanita yang tak sempurna di mata abang... 
Usahlah dibuang kain buruk ini.. 
Usahlah dilempar keluar wanita ini dari rumah kita..
Hanya ini permintaan sayang sebagai isteri...
Jangan sampai abang berubah hati...
Jangan sampai abang bertukar cinta..
Terima kasih abang sebab sentiasa setia bersama sayang selama ini... 
Kasih abang sayang junjung.. 
Cinta abang sayang julang.. 
Setia abang sayang sanjung..
Sampai ke akhir hayat...

~ATOK~
16 Sept 2015
Kuala Lumpur

P/S: Nukilan ini atok karang berdasarkan pengalaman kami suami isteri selama 7 tahun lamanya menanti.. Atok sebagai suami, atok cuba selami hati isteri.. Atok yakin, inilah yang isteri atok lalui selama ini...

Sesiapa nak share, silakan.. Atok halalkan dunia & Akhirat
Read more ...

Thursday, 24 September 2015

Cuaca Redup di pagi AidilAdha 2015


Assalamualaikum w.b.t.. Di pagi 24 September 2015, 10 Zulhijjah 1436, cuaca memang redup, sejuk dan mendung.. Tak pasti samada akan hujan atau tak sekejap lagi.. Bermula dengan pagi raya di Kota Bharu, then balik kampung di Machang tengahari ni.. Alhamdulillah, di hari raya AidilAdha kali ni, semua sihat walafiat dan dapat menyambut AidilAdha bersama-sama.. Doakan perjalanan kami ulang alik dari Kota Bharu - Machang tiada apa-apa halangan.. Insyaallah.. 

Hari Raya Aidiladha kali ni jatuh pada hari Jumaat dan Kelantan memang seperti biasa dapat cuti dua hari termasuk Jumaat.. Kalau cuti dah Jumaat Sabtu macam biasa, memang tiada gantiaan la.. Tapi bagi Eraz yang memang kerja Jumaat Sabtu, kira extra la sehari tapi Sabtu pejabat dah on.. Orang lain Ahad baru office on.. 

Semoga Raya Aidil Adha tahun ini menjadi yang paling bermakna buat kita semua.. Sama-sama kita memanfaatkan.. Wassalam..

#erazfadlidotcom #kelabbloggerbenashaari
Read more ...

Wednesday, 23 September 2015

Tuesday, 22 September 2015

Bila anak tengok TV dengan jarak dekat ..

Assalamualaikum w.b.t.. Ini yang buat rasa nak lekatkan TV di dinding.. Boleh dia kumpulkan mainan dan main atas kabinet TV.. TV pulak betul-betul depan mata.. Sebenarnya ini perkara biasa pada budak-budak.. Dalam facebook pun ramai dah Eraz tengok upload gambar anak tengok TV secara dekat.. Tapi.. Sebagai ibu bapa, kena sentiasa beringat la.. Untuk diri sendiri juga..

Lepas je snap gambar tu, memang terus sound cakap jangan tengok TV dekat sangat.. Nasib baik Zara dengar kata walaupun ada sesekali merajuk.. Hehe.. Bukan apa, sayang pada mata anak.. Tak kan kecik lagi nak pakai cermin mata kan.. Lagi satu bayangkan kalau anak-anak main benda tajam macam pen atau benda yang sewaktu dengannya.. Sayang tak TV tu.. Hehe..

Sebelum terlambat, better cegah kan.. So adakah perlu lekatkan TV di dinding? Ermmm.. 

Read more ...

Semakan Keputusan MyBrain15

Assalamualaikum w.b.t.. Tahniah pada kawan-kawan yang dapat tawaran biasiswa MyBrain15 yang mana sebelum dibuka permohonan untuk kakitangan kerajaan.. Dengarnya ramai juga yang dapat sebab semalam ramai yang message beritahu.. Alhamdulillah, dapat la membantu mereka untuk membiayai yuran kan.. Kalau ikutkan maklumat sebelum ni, PhD akan dapat RM 24K.. Master pulak dapat RM 10K.. Ok la tu.. Kalau la Eraz dapat sekali kan.. Tapi belum berstatus pelajar PhD lagi..

Cara nak semak senang je mereka kata.. Login di laman web MyBrain15 lepas tu masukkan no IC katanya.. Sama-sama membantu melengkapkan borang sebelum ni dan bila mereka dapat, ada perasaan lega dalam hati.. Kira tumpang happy..

So pada yang sudah dapat, cepat-cepat settlekan borang perjanjian dan hantar semua dokumen yang diperlukan.. Kang risau ditarikbalik pulak nanti.. Tahniah pada semua pelajar Open University Malaysia yang telah ditawarkan biasiswa MyBrain15.. 

Read more ...

Monday, 21 September 2015

Adam Fitri bakal tandingi ke'handsome'an Papa?

Assalamualaikum w.b.t.. Poyo tak tajuk entri? Haha.. Fikir dua kali tu tu nak taip.. Tapi ini blog Eraz kan, so belasah je la? Hehe.. Baby ni semua cute.. Mana-mana pun tambah-tambah bambam macam Adam ni.. Zara dulu banyak ikut muka mama.. Tapi Adam ni, ada la sikit muka Eraz kot.. Tang mana? Entah la.. Adam ni banyak sangat kacuk nya kot.. Yang pasti, memang membesar dengan jayanya.. 

Eraz banyak masukkan gambar Zara atau selfie dengan Zara kan.. Jarang dengan Adam.. Bukan apa, kadang-kadang susah nak selfie dengan dia.. Hehe.. Masa g IKEA baru ni, memang Eraz yang dukung Adam half way.. Half way lagi, wife ambil.. So sempat la sambil menunggu, selfie.. Itu pun nak hilangkan penat, duduk atas katil yang ada di laluan.. Haha.. Senyum molek la pula Adam ni.. Sama tak muka kami? Hehe..


Alhamdulillah setakat ni, Adam membesar tak de ragamnya.. Sama macam Zara masa kecil-kecil dulu.. Malam dia tdo dengan lena.. Bangun untuk hisap susu je.. Tak de nak merengek ke apa.. Nak tidur pun senang.. Kadang-kadang duduk baring atas tilam pun dia boleh tertidur.. Kesihatan? Alhamdulillah, sejak lahir memang tak de demam lagi.. Mungkin juga salah satu faktornya breast feeding.. Kadang-kadang tak sangka dah anak dua.. Tapi fikirkan umur, berbanding orang lain, anak dah tiga kot.. Hehe.. Family planning penting juga sekarang ni.. Allah bagi rezeki dapat sepasang, memang syukur..

Read more ...

Sunday, 20 September 2015

Jom update iOS 9.0

Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam baru je update iOS sebelum ni, tup tup dua hari lepas atau tiga hari lepas, dah ada iOS versi 9.0.. Disebabkan update sebelum ni sekejap je, so terus la update masa kat office.. Yang pasti, sebelum update, battery mesti kena 50% ke atas la.. Sila alert.. Kenapa? Mungkin sebab lama kot ambil masa untuk update.. Tapi untuk iPhone 5s, sekejap je rasanya hari tu.. Tak sampai setengah pun kot.. Mungkin beberapa minit je.. Kenapa lak kena ada 50% battery kan? 


Berbeza dengan pengguna iPhone 4s.. Serius lama giler nak update iOS 9.0 ni.. Rasanya ada dalam sejam lebih kot.. Ke hampir sejam macam tu la.. Lepas update untuk iPhone 5s memang tak de masalah sangat.. Ada function baru.. Jenis font pun berubah.. Lebih bergaya dan ada la benda-benda baru yag boleh digunakan.. Tapi untuk iPhone 4s, memang lama giler dan lepas update, rasa macam slow sikit.. Betul ke? Siapa ada pengalaman?

Kalau dulu memang letakkan impian untuk pakai iPhone tapi bila dah dapat, memang berbaloi.. Rasanya tak nak tukar handphone dah kot.. Eh! Hehe.. Kalau rosak yang ni, memang cuba dapatkan yang lebih lastest.. Terbaru rasanya dah keluar iPhone 6s kan? Harga memang boleh tahan.. Tapi tak mampu lagi ko beli.. Jangan terkejut dalam lepas update, dalam gallery photo ada album khas untuk selfie.. 

Sekarang masih belum sempat nak register dan guna Find iPhone dan Find Friends.. Adik ipar ada bukak Find iPhone.. Katannya untuk mencari handphone pada ketika phone tu tercicir or tertinggal.. Apa pendapat korang tentang iOS 9.0?
Read more ...

Saturday, 19 September 2015

Super Spontan All Stars | Bila Abam Tersingkir, Bukan Uqasha Senrose

Super Spontan All Stars | Bila Abam Tersingkir, Bukan Uqasha Senrose
Super Spontan All Stars | Bila Abam Tersingkir, Bukan Uqasha Senrose

Assalamualaikum w.b.t.. Setakat ni memang Eraz tak pernah miss la tengok Super Spontan All Stars.. Selain memang best, serius boleh hilangkan stress.. Dua minggu pertama memang tiada penyingkiran.. Minggu pertama Kungfu Kipidap yang kalah.. Minggu kedua, Silat Dongibab yang kalah.. Kira macam seri la kan.. Tapi nasib baik tiada penyingkiran.. Tapi bila masuk minggu ke - 3, Kungfu Kipidap kalah sekali lagi.. Dan malangnya, Nana Mahzan telah tersingkir.. Minggu ke - 4 pula, permulaanya memang Kungfu Kipidap mengatasi sampailah ke permainan ke - 4.. Tapi..

Di akhirnya, Silat Dongibab berjaya mengatasi di saat akhir.. Mereka sendiri pun memang terkejut dengan kemenangan sebab tak sangka.. Boleh tengok reaksi mereka yang terkejut.. Tapi Kungfu Kipidap terpaksa memilih seorang peserta untuk disingkirkan.. Ramai yang menyangkakan Uqasha Senrose yang akan tersingkir.. Ataupun mungkin Rahim R2.. Tapi Dato' AC mengumumkan Abam yang tersingkir.. Pelakon Komedi Lelaki Popular kot.. Hehe.. Memang kumpulan Silat Dongibab tak sangka.. Beberapa kali mereka pergi tengok kertas keputusan di tangan Dato' AC..

Uqasha memang pelakon serius.. Nampak ada game yang dia tak sure, tapi tarikan dia bagus.. Mungkin sebab itulah Kungfu Kipidap membuat keputusan untuk simpan Uqasha.. Rezeki Abam sampai ke situ sahaja.. Dan mengharapkan Jihan Muse ke final kali ni.. Hehe..
Read more ...

Friday, 18 September 2015

Sidang 3, Majis Konvokesyen Open University Malaysia (OUM) Ke 17, PWTC

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Selepas tamat belajar pada bulan April 2015 yang lepas, keputusan semester akhir keluar pada hujung bulan Mei 2015 dan pada saat itu, confirm berjaya memenuhi syarat pengijazahan program Sarjana Pentadbiran Perniagaan atau ramai lebih kenal pada Master of Business Administration (MBA).. Dan pihak OUM memang sangat pantas menyelesaikan semua sehingga berjaya menempatkan semua pelajar OUM di seluruh Malaysia untuk berkonvokesyen pada bulan September 2015..


Dalam ramai sangat yang akan berkonvokesyen untuk Majis Konvokesyen Open University Malaysia (OUM) ke 17 bermula 12 September 2015 hingga 15 September 2015, OUM telah membuat kumpulan dari Sidang 1 hingga Sidang 8 yang telah berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC.. Alhamdulillah, Eraz tersenarai dalam Sidang ke-3 yang berlangsung pada 13 September 2015, Ahad pada sebelah pagi.. Pukul 7.30 pagi, graduan dah mula berkumpul di ruang legas sebelah Dewan Merdeka dan kami berarak masuk ke Dewan Merdeka pada pukul 8.00 pagi.. Semuanya teratur dari awal sampailah tamat..

Graduan ditempatkan di tempat duduk mengikut angka dan berarak naik ke pentas mengikut program dengan kemas.. Dengan berbekalkan Smart Card yang mengandungi sebutan nama yang direkod awal, memang tiada masalah yang timbul.. Smart card itu juga disemak sekali lagi sebelum menaiki pentas.. Sebelum naik ke pentas, jubah dibaiki supaya dalam gambar cantik la kan.. Hehe.. Selesai sahaja majlis konvokesyen, semua notis yang berkaitan senang di baca dan difahami..

Jubah boleh dipulangkan terus pada hari berkenaan di PWTC dan skrol serta transkrip boleh diambil sebaik sahaja jubah dipulangkan.. Bagaimana pula dengan gambar masa atas pentas?? Haaaa.. Alhamdulillah, semua teratur dan kami di Sidang 3 boleh mula mengambilnya pada pagi esok hari.. Bayaran gambar sudah termasuk dalam yuran konvokesyen yang hanya RM 300 termasuk jubah.. Kualiti gambar memang terbaik.. Insyaallah Eraz kongsikan.. Tapi kalau nak bergambar dengan keluarga, memang kena tempah lain la kan..

Apa-apa pun, tahniah buat OUM sebab anjurkan Majlis Konvokesyen yang Ke - 17 ini dengan jayanya di PWTC dan insyallah kalau ada rezeki, plan nak sambung lagi untuk Doctor of Business Administration (DBA).. Masanya? Bukan yang terdekat ni sebab nak bincang dengan bos dulu.. Tapi insyallah kalau diberikan peluang.. Tiada yang mustahil kerana OUM sendiri ada menawarkan program Doctorate dan PhD..

Coretan sepanjang pengajian, boleh baca di SINI..
Read more ...

Thursday, 17 September 2015

Alhamdulillah #‎MBA‬ ‪#‎OUM‬ ‪#‎KONVOKESYEN‬ ‪#‎MK17‬

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah #‎MBA‬ ‪#‎OUM‬ ‪#‎KONVOKESYEN‬ ‪#‎MK17‬.. Itu caption yang Eraz telah kan di Facebook bersama gambar di bawah yang alhamdulillah mendapat support dan tahniah dari semua family dan rakan-rakan seperjuangan serta media sosial.. Gambar di bawah pula ialah gambar yang Eraz snap dari Instagram.. Syukur alhamdulillah, Allah tunaikan hasrat Eraz nak dapatkan master semasa di umur awal 30-an iaitu kalau ikut tahun dah masuk umur 32 tapi ikut bulan, umur 31.. Hehe.. 


Bermula bulan September 2013 sehingga April 2015, selama satu tahun 8 bulan berhempas pulas menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar part-time kerana dalam masa yang sama bekerja sepenuh masa.. Cabaranya lagi, Eraz juga dikategorikan sebagai Online Learner kerana tidak menghadirkan diri untuk kelas face-to-face.. Walaupun sebagai Online Learner, tugasan dan peperiksaan akhir harus dilengkapkan pada setiap semester.. 

Pada semester September 2013, berjalan dengan lancar sekali walaupun masa tu Zara Falessya baru sahaja dilahirkan.. Masa pendaftaran, umur Zara dalam 2 bulan lebih.. Dengan excited mendapat anak sulung, bermula juga journey sebagai pelajar master setelah hampir lebih 8 tahun konvo untuk degree di USM Penang.. Masa tu ok la sebab full time.. So untuk dapatkan balik nak buat tugasan, memang mencabar.. Akhir semester exam dan keluar result, alhamdulillah, semuanya ok..

Semester kedua iaitu Semester Januari 2014 sedikit mencabar sebagai menantu sulung dan satu-satunya lelaki di dalam keluarga isteri, arwah bapa mertua meninggal dunia dan sedikit sebanyak telah memberi effect kepada pengajian di semester kedua.. Tugasan dan Peperiksaan Akhir sedikit merosot berbanding pada Semester satu.. Tapi alhamdulillah masih belum meneruskan di Semester ke-3..

Semester ketiga bermula iaitu Semester Mei 2014 dengan nekad ingin baiki dan backup semester kedua.. Bermula bulan Mei hingga Ogos 2014, dengan kesibukan kerja, alhamdullillah semua berjalan lancar.. Semester ni mencabar sebab salah satu subjeknya ialah Business Law yang mana banyak bermain dengan akta..

Semester keempat diteruskan iaitu Semester September 2014.. Dalam pada tengah semester, Alhamdulillah, Eraz dan wife serta Zara diberikan rezeki untuk mendapat anak kedua.. Adam Fitri.. Bermula episod wife yang alahan dan lain-lain, tapi tugasan berjaya disiapkan..  Tapi, sedia maklum yang selepas sahaja tamat peperiksaan akhir, Eraz menjadi mangsa banjir.. Alhamdulillah dan syukur pada masa itu, Eraz baru sahaja tamat untuk peperiksaan akhir semester keempat..

Bermula bulan Januari 2015, Semester Januari 2015, semester akhir berjalan dan nekad untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang terbaik di antara semester.. Dengan tidak percaya, memang akhirnya bila keputusan diumumkan samada layak konvo atau tidak, keputusan semester terakhir ni merupakan yang terbaik di atas semua semester.. Lepas sahaja tamat pengajian, Adam Fitri lahir ke dunia.. Alhamdulillah, Adam salah seorang yang kami bawa untuk rai majlis konvokesyen..

Jika ditengokkan pada rentetan tempoh pembelajaran, memang banyak dugaan dan cabaran.. Tapi kalau kita tak mulaikan dan harungi, ianya takkan berhasil.. Ada impian, tapi tak usaha, tak jadi kan.. So dengan entri ini, Eraz berharap lebih ramai lepas ni yang akan menyambung pengajian masing-masing.. Kalau dah bekerja, memang boleh belajar sambil bekerja di OUM di semua peringkat macam Eraz ni..

Terima kasih kepada semua yang telah support Eraz sepanjang pengajian dan berharap Label : Diari Pelajar MBA OUM ni dapat membantu mana-mana individu untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi walaupun sudah bekerja dan berumur lebih 30, 40, 50 dan seterusnya.. OUM memang fleksibel..

#Next : Kisah Sidang 3, Majlis Konvokesyen Open University Malaysia (OUM), PWTC

Read more ...

Wednesday, 16 September 2015

Bermalam di Hotel Seri Pacific

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, kalau entri sebelum INI, Eraz ada cerita tentang perjalanan hampir 10 jam drive kami dari Kota Bharu Kelantan ke Kuala Lumpur untuk Majlis Konvokesyen OUM yang Ke-17 di PWTC pada hari Ahad.. Sepatutnya kami dah gerak pada hari Khamis lagi sebab Eraz sepatutnya ambil jubah pada hari Jumaat sesi pagi.. Tetapi disebabkan OUM ni memberi kelonggaran kepada graduan boleh wakilkan, so Eraz minta tolong kawan yang ambilkan.. Alhamdulillah syukur ada yang boleh  membantu.. 

Sampai je di Kuala Lumpur, memang tak menuju ke tempat lain sebab dan lewat petang kan.. Pukul 5.30 petang lebih kurang dan cuaca dah nak hujan.. Terus check-in ditempat yang telah ditempah iaitu Hotel Seri Pacific.. Kenapa memilih hotel tu? Selain memang dah biasa bermalam di situ semasa berurusan kerja di HQ, itulah hotel yang paling dekat dengan PWTC.. Jalan kaki je.. Kalau hujan pun, still tak bawah sebab pintu masuk ke PWTC di sebelah..


Keselesaan memang OK, breakfast pun OK dan yang paling penting ialah aktiviti semasa hari konvokesyen tu.. Eraz kan ada dua orang anak dan yang paling kecil tu, Adam Fitri baru lagi 3 bulan lebih.. So memang sah-sah la dua-dua tak dapat nak masuk ke dalam Dewan Merdeka tu.. So awal-awal pagi untuk berkumpul dan masuk ke dalam dewan, Eraz dan isteri je gerak dan ibu mertua serta adik ipar kan stay dalam bilik dulu sementara tunggu sidang tu hampir selesai.. Lepas tu baru mereka semua akan gerak ke PWTC..

Demi keselesaan anak-anak, itu la sebab utama kenapa hotel dekat di pilih.. Kesian pada anak-anak yang masih kecil duduk menunggu di awal pagi dengan ramai orang di PWTC tu sedangkan mereka sepatutnya berehat di tempat yang selesa.. Lagi satu ialah parking.. Dengan beribu jumlah graduan, agaknya berapa kereta akan ada? Parking macamana? Haaaa.. Dah boleh bayangkan? So dengan park nya kereta pada malamnya lagi, pagi esok tu memang tak fikir langsung pasal nak parking kereta.. Senang! 
Read more ...

Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015


Assalamualaikum w.b.t.. Daripada tajuk dan gambar di atas, mesti dah tahu tentang apa entri ni kan.. Ada perkataan 'segmen'.. Ada juga perkataan 'Hari Malaysia 2015'.. Yang pasti, Eraz datang untuk support rakan blogger Irra dengan join satu segmen baik dari dia, Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015.. Serius lama giler tak join segmen dan apatah lagi nak anjur segmen kan.. Kalu 'zaman dulu', memang selalu join segmen dan ramai yang anjur.. Apa-apa pun, hari ni kita fokus pada Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015 ni.. Siapa nak join sama, boleh klik banner di atas..

Sempena Hari Malaysia 2015 ini, Eraz dengan semangatnya nak buat entri khas ni.. Elok juga Irra anjur segmen macam ni kan.. At least kalau ada yang tak sedar akan tarikh ni, mesti alert bila baca.. Tapi ada ke orang tak alert.. Lagi-lagi hari ni hari cuti kan.. Haha.. Syarat segmen ini ialah pilih satu gambar sempena Hari Malaysia ni.. Dan lepas fikir, Eraz pilih gambar di bawah.. Dan caption ringkasnya ialah : 


"Entri dalam gambar di atas bertajuk 'Maksud Disebalik Warna di Bendera Malaysia' Eraz create pada Hari Kemerdekaan tahun 2012 dan telah memberi info kepada ramai orang kerana pageview entri berkenaan telah mencapai hampir 10,000.. Diharap ianya berguna kepada semua.. Jemput juga baca entri tentang Pencipta Bendera Malaysia!"
Read more ...

Saturday, 12 September 2015

Hampir 10 jam drive ..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, plan ke KL pada 12 September 2015 jadi.. Sebelum tibanya hari ni, memang ada beberapa cubaan dan dugaan.. Mungkin sebab ingin meraikan tamatnya belajar program master ni, Allah berikan jalan.. Bermula lewat sikit pada pukul 8.00 pagi tadi, singgah pejabat sekejap untuk ambil barang tertinggal, terus drive ke KL melalui Gua Musang.. 

Dengan singgah makan sebelum tengahari di R&R Gua Musang dan Solat Jamak dan Qasar di masjid di Bentong, berhenti pula isi minyak di R&R Genting Sempah, selamat sampai KL lebih kurang dalam 5.30 pm.. Penat memang penat, tapi bila bersama family ni, hilang penat.. 

Kenapa pilih Hotel Seri Pacific? Sebabnya tak nak sesak mencari parking untuk konvo pagi esok.. Jalan kaki je.. Tambahan pula ada anak kecil macam Adam.. Apa perancangan malam ni? Hmmmmm...

Read more ...

Friday, 11 September 2015

Adam, Suntikan 3 Bulan

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Sepatutnya Ahad lepas, tapi kami berjaya sempurnakan suntikan 3 bulan untuk Adam semalam.. Mulanya kami plan nak pergi klinik swasta yang biasa kami pergi tapi malangnya masa call nak confirmkan ada stok ubat ke tak, rupanya habis stok.. Dah order tapi belum sampai.. Jadi demi kesihatan Adam. so terus buat appointment dengan Klinik Kesihatan yang terdekat.. Alhamdulillah, nama boleh dimasukkan walaupun bukan dalam hari kawasan kami.. Selesai..

Selalunya kami dapatkan suntikan untuk Adam masa wife cuti atau Eraz yang cuti, tapi kali ni tak sempat nak cari masa tu sebab terpaksa kerja.. So terpaksa juga hantar Adam ke nursery dan bekalkan ubat kalau badan panas.. Pesan pada pengasuh awal-awal tapi alhamdulillah, Allah bagi kesihatan yang baik kepada anak teruna kami dan sihat walafiat tanpa ada effect pada suntikan yang dia dapat.. Adam sama macam Zara, bila dapat suntikan, memang tak demam.. Harap kekal sampai ke akhir dos suntikan la..

Untuk suntikan 3 bulan, ia merangkumi DTaP/DT (dos 2), Hib (dos 2) dan IPV (dos 2).. Kalau 2 bulan dulu, suntikan yang sama dan dikira dos 1.. Komen dari nurse yang tengokkan Adam tu pun positif.. Boleh menegakkan kepala.. Mata boleh mengikut benda yang bergerak.. Belakang pun ok dan yang penting, komen paling win, kaki berketul.. Hehe.. Sib baik tak kata lengan berketul sebab memang berketul.. Abg sado katakan.. 


Dalam pada dapat suntikan untuk anak teruna, sebenarnya Mama Papa dia yang tak berapa nak ok.. Tapi yang Papa tengah gagahkan diri.. Mamanya pun sama, tapi petang semalam hampir rebah.. Kenapa? Nanti Eraz cerita untuk next entry.. 
Read more ...

Thursday, 10 September 2015

#Suspen | Bau Busuk Dalam Bilik Air

Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi, masa nak ambil wuduk untuk solat Subuh, wife  beritahu ada bau busuk dalam bilik air.. Errrmmmm.. Semalam masa nak tidur, masuk bilik air, ok je.. Hairan bin ajaib.. Keluar rumah walaupun gelap, suluh area dekat bilik air sebab ada longkang, pasu dan lain-lain tepi tu.. Bau tu datang sekali sekala je.. Bukan berterusan.. Tapi memang bau bangkai la.. Nasib kurang baik, tak jumpa apa-apa pun.. So dalam kepala beranggapan mungkin ada cicak mati ke apa kan.. Tapi wife dah musykil sebab tak kan bau sekuat tu..

Biarkan dulu.. Solat Subuh dulu, mandi dulu.. Tapi sebelum mandikan Adam dan Zara, check sekali lagi sebab masa tu dah cerah sikit.. Keluar-keluar ada nampak dua ekor lalat besar yang selalu ada kat bangkai.. Apa lagi, geledah la kawasan yang sepatutnya.. Tengok bawah pasu buang atas kawasan longkang, ada nampak badan berbulu.. Tikus ke? Besarnya.. Sekali kucing.. Bukan bapak atau mak kucing.. Tapi anak dara or teruna lebih kurang.. Anak kucing pun bukan.. Kesian pulak.. Rasanya baru je mata semalam kot.. Mungkin dia sakit kot.. Lepas tu cuba nak berteduh berehat di bawah tu.. Tapi sampai ajal..


So dengan pakai seluar kerja, tapi baju batik belum pakai, terus ambil peralatan semua dan uruskan bangkai kucing tu.. Sebab tak tahan dengan bau, memang terpaksa pakai mask.. Sarung tangan wajib.. Alhamdulillah berjaya selesaikan tanpa muntah pagi tadi.. Memang confirm akan masuk kerja lewat.. Nak biarkan dulu bangkai tu, confirm balik petang ni akan berulat dan lagi la menyusahkan kan.. So biarlah lewat asalkan petang ni tak muntah bila balik rumah dan menyulitkan lagi kerja..

Sekali fikir, kesian pulak kat kucing tu.. Mungkin dia sakit.. Nak kata terpengkap, tak mungkin sebab ruang keluar masuk tu luas.. Dulu pernah sekali tikus mati belakang rumah.. Itu mungkin gara-gara kucing yang tangkap kat mana-mana tapi tinggal bangkai belakang rumah.. Itu nasib baik sekali je.. Kucing buang najis tu tak terjadi lagi.. Nasib baik..
Read more ...

Wednesday, 9 September 2015

Apa perasaan kita bila melihat wajah kanak-kanak ini ?


Assalamualaikum w.b.t.. Sejak dah jadi bapak ni, memang jadi sangat sensitif terutama bila tengok gambar yang melibatkan kanak-kanak.. Terbaru masa asyik baca akhbar online (mStar Online) tentang pelarian Syria, memang rasa macam kesian sangat pada mereka terutama bayi yang dikendung oleh seorang lagi budak lelaki.. Mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa Hungary semasa melintasi sempadan.. Terus terbayangkan Adam Fitri dan Zara Faleesya.. 

Tambahan pula dalam isu berita berkenaan, ada seorang jurukamera wanita telah menahan kaki seorang pelarian yang mendukung anak sampai tersadung.. Tindakan wanita berkenaan telah mendapat kritikan hebat sehingga dipecat! Sangat biadap.. Dah la lelaki berkenaan di dalam golongan tua.. Memang sangat kesian pada mereka.. Tak dapat bayangkan apa la perasaan sebenar masa tu..



Sumber Gambar  : mStar Online

Syukur alhamdulillah kita di Malaysia sangat aman, tiada peperangan, tiada yang menjadi pelarian, tiada yang kebuluran.. Alhamdulillah.. Dan berharap mana-mana yang menjadi pemimpin Malaysia, tolongkan mentadbir negara ni dengan baik.. Sekarang ni memang banyak gila isu timbul dan belum selesai satu-satu isu, dikaitkan lagi dengan orang lain.. Sama-sama kita doa agar negara kita aman sentiasa selama-lamanya..
Read more ...

Tuesday, 8 September 2015

Perlawanan Malaysia - Arab Saudi Dihentikan !

Assalamualaikum w.b.t.. Masa di rumah mertua tadi, sempat tengok perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2019 antara Malaysia menentang Arab Saudi.. Masa terpaksa balik rumah sebab dah lewat untuk anak-anak tidur (esok nak kena bagi pagi untuk nursery), masa tu masih 0-0 lagi.. Sampai je rumah, memang tak teruskan menonton sebab cuba nak tidurkan anak bersama wife.. Tup-tup bila buka handphone, dapat berita yang perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke-88 disebabkan insiden membaling suar ke dalam padang..


Menurut mStar Online, dipercayai suar dibaling dari sudut penyokong Ultras Malaya.. Beberapa suar turut dilihat dihalakan ke arah penyokong Arab Saudi dan tempat duduk VIP.. Keputusan perlawanan sehingga sebelum perlawanan dihentikan ialah Arab Saudi mendahului Malaysia 2-1.. Errrmmmmm.. Rasanya memang perkara yang tak patut berlaku.. Boleh juga memalukan negara kerana ini perlawanan dengan orang luar Malaysia.. Mungkin sebab tak berfikir panjang, terus dibalingkan suar tu.. 

#Apa salahnya kalau kita menonton secara aman? 
Read more ...

"Takkan selamanya nak makan gaji"

Assalamualaikum w.b.t.. "Takkan selamanya nak makan gaji".. Ayat tu memang sentiasa berada dalam fikiran.. Sentiasa juga berbincang dengan wife demi orang kata masa depan yang mungkin berbeza dari sekarang.. Tapi setakat hari ni, orang kata belum jumpa 'lubang' yang betul lagi.. Dah try beberapa cara, mengambil risiko, tapi kurang berjaya.. Mungkin disebabkan 'benda' tu bukan dalam minat atau sebenarnya tak boleh nak fokus sebab komitmen kerja hakiki yang sentiasa perlu diberi perhatian..

Tapi dalam pada mencari peluang untuk setup satu perniagaan, Alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi, kami suami isteri dapat kerja yang baik dan menerima gaji yang tetap setiap bulan.. Itu sangat penting jugak kan.. Wife pun kakitangan kerajaan so kalau betul-betul tak berhenti kerja dan fokus perniagaan, itu ialah Eraz.. Tapi kalau buat masa sekarang, memang perlu buat secara part-time je la.. Masalahnya sekarang, bila buat part-time, memang hilang fokus sebab macam yang diberitahu tadi, komitmen kerja yang sangat berat.. Setiap hujung minggu memang kena kerja.. 

Macam biasa tentang nak capai kejayaan, ianya bukan senang.. Tapi usaha, kejayaan tu tak kan muncul.. Mungkin bukan sekarang, tapi lepas pada ini kan.. Sesetengah orang punyai otak yang 'ligat'.. Dalam pada bekerja, boleh selitkan sesuatu yang boleh buat income kepada mereka.. Setengah orang tak sebab mungkin tak tahu cara kan.. Perlu ke ambil risiko untuk keluarkan modal sampai 30K untuk setup business sekarang?

Perlu kalau rasa kita boleh handle.. Betul tak? Kalau tak mula, mana nak tahu kan.. Sekarang kalau keluar modal setinggi RM 1 K pun, kalau business tu bukan jiwa kita, tak kena cara, tak beri fokus yang lebih, tetap tak jadi kan.. Buat la setakat yang mampu.. Bagi Eraz, tak akan pernah sekali pun akan hilang rasa nak kerja sendiri sebab lebih fleksibel.. Kerja yang ada sekarang memang memerlukan perhatian yang sangat banyak sampai sakit kepala.. Tapi tetap cool sebab itu rezeki yang tertulis sekarang.. 

Apa lebihnya makan gaji? Dan apa lebihnya bekerja sendiri? Dua-dua ada kelebihan.. Tapi yang paling best bekerja sendiri dan menjadi usahawan ialah bebas untuk buat keputusan dan masa kerja yang fleksibel.. Masa mendaki kejayaan, mungkin perit tapi dengan usaha yang berbaloi, tidak mustahil kan.. So insyaallah.. Gambar di bawah ni ialah kelebihan menjadi usahawan berbanding makan gaji..

Read more ...

Monday, 7 September 2015

Bila sakit kepala datang menggangu !

Assalamualaikum w.b.t.. Tadi ada jumpa dengan seorang yang biasa jumpa di pejabat.. Dia siap tegur kenapa muka macam muram, tak ceria je.. Rupanya sakit kepala ni memang jelas di mata yang biasa kita jumpa.. Serius tak boleh nak berfikir hari ni.. Badan datang kerja tapi minda memang melayang.. Nak buat kerja, tapi kepala duk  berdenyut.. Tapi alhamdulillah dapat sempurnakan satu appointment tentang kerja dengan pihak salah satu sekolah di Kubang Kerian.. Kalau ikutkan pergi jumpa Dr., boleh MC kot.. Hehe.. Tapi sebab komitmen kerja, gagahkan diri datang kerja.. Ini semua migrain ni.. Sabar je la.. Tak cukup rehat jugak kot..


Bila kepala dah berdenyut ni, memang nak buat entri pun rasa tak best.. Nak mengarang memang rasa macam tak kena je.. Tambahan pula di pejabat memang tak duduk diam sangat di workstation.. Lagi la menambahkan rasa pening nak menaip entri.. Insyaallah esok, kalau tak de aral yang melintang, akan ambil cuti ganti (bukan cuti tahunan) sebab bekerja pada Jumaat Sabtu lepas.. Memang nak rehat tapi dalam masa yang sama, masih sanggup jaga putera dan puteri kat rumah.. Tak sanggup nak hantar mereka ke nursery kalau hari papa cuti..

Semalam sebelum tidur rasa sebak bila memikirkan macamana anak kecil yang tiba-tiba bangun baru tidur, mencari ibu bapa nya yang tiada.. Tidur bukan di rumah.. Pelarian.. Sangat-sangat menyedihkan.. Bayangkan kalau kita berada di tempat mereka kan.. Terbayang bagaimana nasib anak-anak kecil yang kehilangan mak ayah di negara yang terlibat dengan peperangan.. Subhanallah.. Minta jauh dari semua tu.. 
Read more ...

Sunday, 6 September 2015

Bila Sakit Kepala Sebelah Kanan !

Assalamualaikum w.b.t.. Sejak dua menjak ni, bila sakit kepala sebelah kanan, terus turun pada sakit gigi serentak.. Kalau dulu memang boleh tahan je kalau sakit kepala.. Tak ok jugak dalam tiga empat jam selain tidur, baru telan ubat.. Tapi sekarang memang lebih mencabar sebab sakit kepala sebelah kanan je, terus serentak sakit gigi.. Pelik.. Jujurnya memang lepas gigi kekal tumbuh penuh, memang tak pernah sakit gigi.. Orang pernah kata, kalau sakit gigi ni, hantuk kepala ke dinding pun tak rasa apa-apa.. So memang tak pernah rasa sakit gigi.. Tapi..


Tapi sejak dua menjak ni, memang sakit kepala turun ke gigi.. Gigi rosak ke? Berlubang ke? Setahu diri sendiri, memang tak de gigi berlubang.. Penuh tanda tanya.. Try ke klinik masa kali kedua kena.. Tanya punya tanya, doktor kata, kalau sakit kepala terlampau kuat, memang akan sakit gigi jugak.. So maksudnya sebelum ni tak sakit kepala kuat ke? Atau mungkin sebab umur dah makin tua? Hehe.. Risau juga gigi rosak kan,, 

Bila google-google, memang ada artikel menyebut ada kes yang macam ni.. Bila sakit kepala sebelah kanan tu boleh dikatakan macam migrain.. (Memang ada migrain sejak kerja).. So bila migrain yang kuat, saraf-saraf bersambung agaknya terus ke saraf gigi kot.. Itu yang boleh buat sampai sakit gigi.. Mungkin kalau kerja kat office, asyik pandang PC je kot plus stress dengan kerja di pejabat sert memikirkan sesuatu yang berat.. Eraz ni memang jenis yang senang sakit kepala.. Selain dari stress kerja, memandang PC berjam-jam, kalau perbuat dua tiga perkara ni pun, memang senang sakit kepala..

Satu kalau berjalan di bawah panas matahari yang sangat terik.. Mata ni dah la romantik mengoda di bawah cahaya panas.. Memang ala-ala sepet ni tak boleh buka mata terus la kalau di bawah matahari.. Sebab tu kadang-kadang terpaksa pakai cermin mata hitam atau cermin mata putih tapi yang jenis gelap lepas kena cahaya.. Mungkin orang yang tak tahu tengok kita pakai cermin mata stylo sebab saje2 nak stylo.. Tapi sebenarnya salah satu sebab ialah elak sakit kepala..

Kedua kalau kena hujan.. Serius lepas pada tu, memang sakit kepala.. Tambah-tambah kalau hujan tu berkuantiti yang sedikit.. Mungkin juga salah satu sebab ialah psikologi.. Tapi memang itu la yang terjadi.. Kalau zaman kecik-kecik dulu, main la hujan selama mana pun, tak akan demam or sakit kepala.. Tapi berbeza dengan zaman sekarang.. Mungkin udara sekarang dah tercemar berbanding dulu.. Air hujan pun berkualiti yang tak sama macam dulu..

Eraz ni memang seoarang yang jenis lawan dengan ubat.. Pernah cerita dalam entri INI.. Alasanya sajhe nak tak nak bagi biasa sakit je makan ubat, sakit je makan ubat.. Tapi kalau tak tahan juga lepas masa-masa tertentu dan tahan sakit kepala tu, memang cari juga akhirnya ubat.. Ma, wife memang dah masak akan perangai ni.. Selalu lawan dengan ubat.. Tapi kalau Ma Abah sakit, wife ke anak sakit, terus suruh makan ubat.. Tapi diri sendiri? Haha..

Read more ...

Ubat & Durian Memabukkan ke?

Assalamualaikum w.b.t.. Ubat dan Durian.. Macam sinonim je.. Pernah tak korang dengar orang kata, jangan makan ubat lepas makan durian atau jangan makan durian kalau nak makan ubat? Pasti punya kan pernah dengar.. So apa pendapat korang? Korang rasa perkara tu betul ke? Atau hanya larangan semata-mata? Pada Eraz sendiri, memang dari kecil, dah dengar pepatah tu sampailah ke dewasa anak dua ni.. Still tak kan makan ubat kalau dah makan durian atau tak kan makan durian kalau dalam tempoh makan ubat..


Nampak sedap tak durian di atas? Haha.. Seriously, kata-kata, pesanan macam di atas tu memang akan sentiasa berada dalam minda dan tak mustahil, anak-anak Eraz pun akan sama dapat kebiasaan tu.. Tapi lepas google, ada satu artikel dari Klinik Ummi, yang mana beliau kata, tak de masalah pun kalau makan ubat selepas makan durian.. Semua yang dipercayai sebelum ni tu ialah taboo semata-mata.. Korang nak baca lebih detail? Klik entri Klinik Ummi : Benarkah Ubat Dan Durian Memabukkan? ni.. Ada betul juga kata doktor tu tapi psikologi kita boleh terima tak?


Banyak pepatah orang-orang tua ni mesti ada sebabnya.. Mungkin pernah berlaku sesuatu pada kalangan mereka pada masa tu selepas makan ubat dan makan durian.. Mungkin juga semasa peristiwa tu berlaku, ada sebab lain kan.. Yang pasti akan psikologi seseorang tu kot.. Daripada pembacaan Eraz, banyak benda berlaku atas sebab psikologi pemikiran kita.. Kalau kita buat sesuatu perkara dan memikirkan perkara tu akan menuju ke arah negatif, negatif la jadinya.. Begitu juga sebaliknya..

Apa-apa berani atau tidak korang lepas ni makan ubat selepas makan durian, or makan durian dulu then lepas tu makan ubat, bergantung la pada korang.. Kalau tak yakin, rujuklah pada yang korang rasa boleh menyakinkan korang.. Kalau tak nak, elak la mana patut supaya benda tak nak berlaku, terjadi.. Kalau tak boleh elak tu, lain la kot.. Hehe.. Selamat berhujung minggu!


Read more ...

Thursday, 3 September 2015

Peristiwa 13 Mei 1969

Assalamualaikum w.b.t.. Peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969 memang dah tercatat dalam sejarah Malaysia dan rasanya ramai yang pernah dengar akan peristiwa yang berlaku dari A sampai Z mengikut pembacaan atau yang diceritakan oleh orang yang lebih tua.. Yes, Eraz sendiri pernah dengar sebelum ni melalui cerita orang tua dan baca di internet.. Tapi semalam alhamdulillah, Eraz sekali lagi mendengar cerita yang berlaku pada saat 13 Mei 1969 dari orang yang terlibat ketika saat itu..


Masa tu beliau masih berumur dalam lingkungan awal 20-an dan masih seorang pelajar.. Diceritakan saat rusuhan itu berlaku, pembunuhan di depan mata, mayat-mayat bergelimpangan dan juga hampir menjadi mangsa pembunuhan tu memang mengerikan.. Kita yang mendengar ni memang sangat ngeri tetapi pada mereka yang terlibat, rasa takut itu hilang disebabkan oleh perasaan semangat jati diri masing-masing.. Memang masa saat beliau menceritakan kisah benar tu, pelbagai soalan timbul dalam fikiran dan tanya itu dan ini..

Kenapa rasa nak tanya? Sebab sebelum ni hanya dengar dari mulut orang yang bercerita.. Tapi kali ni dari mulut orang yang terlibat.. Ditanya juga akan kisah Parang Terbang.. Tentang ilmu kebal yang dikatakan.. Dan lain-lain la.. Juga kisah serangan di panggung wayang.. Kisahnya yang panjang umur serta kematan sepupu terdekatnya.. Sangat-sangat teruja mendengar.. Al-maklum la juga masa tu Eraz sendiri pun belum lahir.. Ma dan Abah pun di Kelantan.. 

Bila diistiharkan Darurat, memang macam-macam boleh berlaku.. Ketakutan pasti ada dalam diri untuk menyelamatkan diri masing-masing.. Bagaimanalah perasaan sebenarnya jika berada di masa itu.. Apa yang bermain di fikiran untuk menyelamatkan diri dan keluarga tersayang.. Tapi itu lah, mungkin disebabkan semangat jati diri masing-masing, Allah memberi kekuatan pada mereka yang terlibat pada masa itu..

Kepada mana-mana pembaca yang masih belum tahu tentang peristiwa ini, boleh cuba google atau baca di Wikipedia INI.. Semoga kita mendapat iktibar dan berharap Malaysia akan terus aman selamanya.. Pendapat peribadi sememangnya pelbagai.. Tetapi yang pasti, perkara ini memang tertulis dalam sejarah dan seharusnya semua orang perlu tahu bagaimana ia terjadi dan apa kesannya supaya ada perkara yang boleh dielakkan.. Bekerjasama untuk tidak berlaku perkara yang boleh memudaratkan nyawa sendiri, keluarga, rakan-rakan dan juga negara!
Read more ...

Wednesday, 2 September 2015

Cerita pasal Kulat Sisir la pulak !

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pernah dengar pasal kulat sisir ni? Ia bukan sejenis kulat ya.. Tapi bahan makanan.. Hidupan yang tumbuh di pokok yang dah mati.. Kalau tak pernah dengar, cuba google.. Memang dah ramai buat entri pasal kulat sisir ni.. Kulat sisir memang salah satu favourite Eraz dari kecik lagi.. Biasa la orang kampung.. Memang senang nak carik kan.. So mana-mana yang baru first time dengar pasal kulat sisir ni, boleh baca ni.. Ini gambarnya :

Kredit Gambar : Resepi Raidah

Kalau masa kecik dulu, Ma selalu masakkan kulat sisir gulai kuning dan goreng kunyit plus telur.. Tapi kalau ditanya antara dua tu mana satu menjadi pilihan, for sure goreng kunyit plus telur tu.. Mertua pernah buat goreng telur biasa tapi masukkan kulat sisir ni.. Pun sedap.. Kalau dulu masa kecik, Ma selalu ajak pergi kutip kulat sisir ni.. Senang je nak cari.. Cari pokok getah lama yang dah tumbang, mesti akan ada.. Itu dulu la.. Dah besar ni, dah kerja ni, Ma pun dah tua, dah tak larat dan tak de masa dah..

Baru-baru masa pergi pasar basah, terjumpa orang jual.. Sekopi tu dalam RM 3.. Mahal ke tak? Tak pasti, tapi memang rembat dua tin.. Beli banyak-banyak kang, membazir je.. Duduk 4 beranak je.. Yang makan hanya dua orang kan.. Belikan dan wife goreng! Memang marvelous.. Memang teringat sampai saat entri ni di tulis lah rasanya.. Melampau kan..

Eraz tak sure kalau di KL or bandar lain, kulat sisir ni korang familiar ke tak.. Kalau jarang jumpa, dan di takdirkan jumpa, beli la sikit.. Then google cara nak masak kulat sisir ni.. Try.. Memang tak menyesal.. Masak ikut citarasa korang.. Sesedap rasa.. Lidah masing-masing ni lain kan.. Insyaallah, korang akan cari lagi.. Di kedai makan, jarang sangat jumpa.. So, selamat mengenali kulat sisir!

Read more ...

Tuesday, 1 September 2015

Bila Zara Faleesya ke Pantai Irama, Bachok




Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, plan dengan wife untuk bawak anak jalan-jalan ke pantai, terlaksana.. Wife sampai apply cuti sebab cuti kami kan berbeza.. Mula-mula set nak pergi pada hari Merdeka, tapi terpaksa cancel sebab hari merdeka tu tukar plan balik Machang.. So awalkan sehari iaitu Ahad.. Mesti tak ramai orang sangat.. Plan lagi nak pergi pagi, tapi kesian pulak tengok anak-anak lena tidur.. So tunda ke waktu petang.. Dengan harapan, hari tu tak hujan sebab dah 3 hari tak hujan petang..

Bila tiba hari kejadian, memang wife siap masak sesuatu untuk berkelah dan nampak di langit, macam gelap.. Alahai.. Tapi sebab semua dah siap, kami pergi juga.. Paling best, tak decide awal pun nak pergi pantai mana-mana.. Hari tu baru decide ke Pantai Irama sebab nak elak jalan kiri kanan banyak pokok.. Masa bertolak ok lagi, masa sampai pun ok lagi.. Alhamdulillah, semua terkawal..

Zara yang tak biasa ke pantai, memang dia happy bila sampai.. Bawak ke tepi pantai.. Ok lagi.. Tapi bila suruh bukak selipar, terus tak nak pijak pasir.. Al-maklum la orang tak biasa kan.. Lama pujuk, dan lepas tengok Mama Papa pijak pasir, baru la dia ok.. Lepas tu takut air lak.. Tapi lepas Eraz bawak dia, lepas pada itu ok.. Tapi, bila dah ok tu, dia la paling excited.. Wife tak join sangat main tepi pantai sebab Adam ada sekali.. Kecik lagi kan.. 

Terus la melayan Zara main ke hulur ke hilir.. Biasa la budak kecik, bila dah syok, asyik la main.. Sampaikan nak ajak naik pun tak sampai hati.. Untuk pertama kali ni dan sebab langit dan gelap, memang tak bagi Zara duduk dalam air.. Mungkin next time, boleh la.. Dah lama tak pergi Pantai Irama ni.. Tapi memang dah banyak berubah..

Pantai memang bersih.. Kemudahan pun banyak.. Masjid dekat.. KFC tersergam di situ.. Gerai makan-makan pun banyak.. Dekat la juga dari kawasan ramai orang kan.. So memang sesuai la bawa anak jalan-jalan ke situ.. Insyaallah lepas ni, memang rancang dengan wife nak bawak anak-anak lagi.. Mungkin kali ni pergi lama sikit dan harapnya tak hujan..
Read more ...