Monday, 24 August 2015

Umur yang sesuai hantar anak ke Tadika ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya isu nak hantar anak a.k.a Zara Faleesya ke tadika pada umur berapa ni memang dah kami bincang masa awal-awal dulu lagi.. Tapi ikut aturannya, awal-awal tu mesti la ke nursery kan.. Berbezanya nursery dan tadika ni adalah proses pembelajaran.. Dalam pada Zara membesar dari hari ke hari, wife la banyak survey tadika-tadika terbaik di Kota Bharu dan faktor dekat dengan office.. Dalam pada mencari, memang jumpa beberapa tadika yang mempunya testimoni yang OK..


Dalam banyak-banyak tadika tu, memang akan mula ambil pelajar yang berumur paling awal 4 tahun.. Ada satu dua tadika ambil kanak-kanak berumur 3 tahun.. Tapi tak semua la.. Dan ada juga yang membuat syarat bahawa kanak-kanak berkenaan tidak lagi menggunakan pampers.. Dalam banyak-banyak tadika setakat ni, memang dah jumpa satu yang terbaik.. Mereka mula ambil seawal umur 4 tahun.. Dan rasanya paling sesuai kot.. Zara tahun 2017 dah boleh masuk tadika sebab Januari 2017 dan cukup setahun..

Tempat, suasana, guru-guru dan pengisian memang perlu dititikberat demi tumbesaran anak-anak kan.. Kalau pengisi tak ok, better cari tempat lain.. Apa yang kami cari ialah pembelajaran biasa, bahasa inggeris dan pengajian islam termasuk mengaji.. Dan paling penting transit lepas sekolah.. Ya la, ibu bapa bekerja, lepas office hour baru boleh pergi ambil.. Tak kan nak bagi mereka duduk seorang di rumah..

Penghantaran anak ke tadika di bergantung kepada ibu bapa.. Ada sesetengah tu, 5 tahun baru hantar.. Tunggu 6 tahun pun ada.. Bagi Eraz, mungkin agak terlewat.. Kalau 4 tahun tu, pembelajaran yang tidak serius pun tak pe tapi pendedahan sedikit sebanyak macam mewarna ke, menyanyi ke atau perkara-perkara yang seumur dengan tu berjalan lancar, ok la kan.. Kalau dah masuk 5 atau 6 tahun memang perlu la mereka membuat persediaan untuk masuk ke sekolah rendah..

Fikir-fikir, kami ada masa setahun lebih je nak survey tadika untuk Zara.. Rasa macam cepat la pulak.. Masa memang cepat berlalu.. Serius.. Pejam celik pejam celik je.. Dah nak habis tahun 2015.. Tak lama lagi, Adam pulak kot boleh meniarap dan merangkak.. Lepas tu berjalan dan bercakap.. Umur kita pun makin tua.. Umur tak boleh diundur.. So memang la kena guna sebaik mungkin..

6 comments:

  1. ok la tu..ikut mana la..ida thun depan antr ank je yayasan dh 5thun..

    ReplyDelete
  2. Umur 5 tahun sedang elok lah nak hantar... tak cepat dan tak lambat...

    ReplyDelete
  3. Umur 5 tahun sedang elok lah nak hantar... tak cepat dan tak lambat...

    ReplyDelete
  4. Umur 5 tahun sedang elok lah nak hantar... tak cepat dan tak lambat...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.