Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba
hari buat entri tentang Beg Tangan Wanita.. Pelik? Tak perlu pelik pun sebab
walaupun lelaki, kami akan turut sama terlibat kalau ikut kawan wanita ke,
girlfriend ke, isteri ke, adik, kakak atau mungkin ibu semasa shopping beg
tangan kan.. Eraz sendiri, pernah belikan untuk ibu dan wife sebagai hadiah..
Jadi jom baca entri ni sebagai ilmu orang kata.. Cool..
Sebenarnya terdapat pelbagai koleksi dan
rekaan beg tangan wanita yang kini boleh korang temui di pasaran.. Majoriti wanita
berpendapat bahawa beg tangan merupakan aksesori yang terpenting dah harus dimiliki
oleh semua wanita.. Seperti yang korang ketahui juga, terdapat beraneka koleksi beg tangan online
yang boleh korang temui di pasaran dan direka untuk menepati citarasa korang.. Jenis-jenis
beg tangan yang paling digemari selalunya jenis tote bag, shoulder bag, sling
bag dan juga clutch..
Beg Tangan wania ni semua sama ke?
Fungsi dan zahirnya mungkin sama, tapi.. Apakah yang membezakan ke semua beg
tangan ni? Ok! Yang pertama sekali semestinya rekaan bagi setiap satu beg..
Setiap satu beg direka berdasarkan rekaan yang tersendiri dan faktor kedua adalah
saiz bagi kesemua beg tersebut.. Dan tahukah anda bahawa korang haruslah membeli
beg tangan berdasarkan saiz dan potongan badan korang..
Untuk korang yang mempunyai tubuh badan
yang petite, elakkan untuk membeli beg tangan yang bersaiz terlalu besar..
Tetapi, anda boleh bergaya dengan koleksi tote bag, shoulder bag atau lain-lain
beg yang bersaiz kecil atau sederhana.. Beg yang terlalu besar akan menenggelamkan
penampilan korang dan menjadikan tubuh badan korang kelihatan lebih kecil!
Bagi korang yang mempunyai saiz badan
yang sederhana.. Ok! Berita baik adalah
korang boleh menggayakan apa jua jenis beg yang anda gemari.. Kecil atau
besar!
Akhir sekali, untuk korang yang
mempunyai potongan badan yang sedikit berisi, jangan gayakan beg tangan yang
bersaiz terlalu kecil.. Dapatkan beg tangan yang bersaiz sederhana atau besar untuk
mengelakkan potongan badan anda kelihatan lebih besar.. Jadi tidak timbul isu
yang wanita yang berbadan sedikit berisi tidak dapat bergaya kan.. Jadi jangan
stress!
Diharapkan entri ini dapat membantu
korang untuk mendapatkan koleksi beg tangan online yang korang rasa cantik dan
sesuai dengan korang! Selamat membeli belah!
tip yang menarik
ReplyDeleteHarap bantu membantu.. Hehe..
Deletegood sharing..:)
ReplyDeleteSama sama buat panduan.. Hehe..
Deletecutenya entry nie:):)
ReplyDeletekak mieja suka pakai hnadbag yg boleh masuk semua brg...especially kalau travel benda paling penting passport wajib masuk hbag utk kami 5 beranak....
Thanx Kak Mieja..
DeleteAlamak tips untuk orang tinggi dan kurus takde ke Eraz hehe :)
ReplyDeleteYang itu, nanti saya carikkan.. Hehe..
DeleteGOOD INFO
ReplyDeleteSama-sama share.. :)
Deletesaya pun selalu rujuk husband kalau nak beli handbag.. biasanya citarasa dia kena dengan beg yg saya minat..
ReplyDeleteCitarasa kaum adam ni tinggi sebenarnya.. Hehe..
Deletetapi klau saya, suka beg yang besar sebab boleh sumbat semua barang..
ReplyDeleteSama la macam wife tapi tak de la besar sgt.. Hehe..
Deleteterus bookmark tips ni eraz...he he he...thanks tau sharing...
ReplyDeleteTerima kasih Farah.. Terbaek!
Delete