Wednesday, 12 August 2015

Roti Canai Warna Warni dan Berperisa ?

Assalamualaikum w.b.t.. Beberapa hari lepas, Eraz dah cerita tentang cara orang Kelantan pekena roti canai dengan cara mereka tersendiri.. Manis dan Kelantanese memang tak boleh lari kan.. Dalam masa yang sama, samada di blog atau media sosial, memang ramai orang Kelantan atau orang yang ada kaitan dengan Kelantanese memang setuju dengan apa yang Eraz katakan.. Haha.. Tapi berwaspada dengan makanan manis ya.. 

Masa duk merayau di Facebook tadi tiba-tiba nampak macam gambar roti canai.. Tapi warna warni.. Errmmmmm.. Try baca memang betul.. Adunan yang dalam bekas warna warni tu nampak macam kuih.. Tapi bila dan goreng atas kuali roti canai tu, macam dah nampak pelik je.. Lain macam je.. Roti canai ke kuih apa tu kan.. Jujurnya Eraz belum pernah jumpa lagi di kedai, jauh sekali la merasa kan.. Cuba tengok ni.. Siap ada perisa lagi kot.. Vanila, Pandan, Pisang mengikut warna yang sesuai ke? Bitu Hijau Kuning.. Hehe..




First memang bagus dari segi kreativiti.. Orang belum buat kan.. So maybe boleh tarik lebih ramai pelanggan.. Tapi sesetengah orang mungkin tidak.. Bile tengok lain ari yang lain, kang budak-budak pun takut nak baca.. Tengok tengok pun lain macam.. Masih ada rasa macam roti canai biasa ke? Hehe.. Apa-apa pun, belum cuba belum tahu kan.. Siapa yang dah cuba mesti ada pendapatnya.. Eraz, belum pernah jumpa la..

Sama juga dengan isu jubah lelaki sekarang.. Banyak jumpa design yang terbaru.. Ada yang masih mengekalkan ciri-ciri jubah yang dulu-dulu.. Ada yang dah lari jauh.. Sekadar main warna, ok kot.. Tapi tak keterlaluan la.. Tapi bila dah berubah design lebih fashion, mana letaknya keisitimewaan jubah tu? Errrrmmmmm.. Sekadar berkongsi..

2 comments:

  1. Assalammualaikum... eraz,

    baru tgk roti canai berwarna-warni nie...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.. Itu la, first time tengok ni..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.