Assalamualaikum w.b.t.. Ini orang kata malang tidak berbau tetapi memang minta dijauhkan berlaku.. Sebelum ini Eraz pernah tengok satu video berlaku di satu stesen minyak yang mana situasinya seorang staf berada dalam satu lubang di satu bahagian tetapi hanya paras pinggang je.. Mungkin sebab tak perasan akan staf itu, seorang pemandu wanita telah melanggar staf berkenaan.. Nasib staf itu, memang tak pasti.. Video tu boleh tengok di youtube..
Terbarunya semalam ialah berita yang dalam gambar di bawah ni.. Seorang lelaki warga emas berumur dalam 70 tahu rasanya.. Dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh wanita semasa sedang mengisi minyak.. Dikatakan kereta hilang kawalan.. Sangat-sangat kesian pada pakcik ini sebab patah paha kanan.. Ya allah.. Tak dapat bayangkan situasi tu macamana samada orang yang melihat, pakcik tu sendiri dan pemandu kereta tu.. Sama-sama doakan pakcik berkenaan cepat sembuh..
Itu yang kata malang tidak berbau.. Di mana saje boleh berlaku.. Tapi sentiasa doakan agar ianya tidak berlaku pada kita sendiri dan ahli keluarga kita.. Kes macam ni memang tidak berlaku di satu tempat saje, di mana-mana.. Kadang-kadang nasib baik tu pun sentiasa ada..
Pernah dulu masa dalam tempoh praktikal di TNB Tanah Merah Kelantan, Eraz dan rakan-rakan keluar lunch.. Sekali masa berjalan di tepi jalan raya dalam bandar, kereta datang dari belakang dan kawan Eraz katakan, kereta tu dekat sangat.. Nasib baik dia sempat tarik Eraz ke tepi.. Alhamdulillah masa tu ada kawan yang perasaan..
Apa-apa pun, insyaallah kita sama-sama berhati-hati terutama di jalan raya.. Di jalan raya, kalau mengantuk ke apa, terus la berhenti tepi jalan untuk berehat.. Rest kan sikit mata sebab kesannya kalau tertidur, bukan hanya kita sendiri, orang lain juga.. Ada kes tu sampai parah.. Sama-sama kita beringat.. Wassalam..
masa kena 2 mmg xrasa lg
ReplyDeleteHarap semua dijauhkan berlaku perkara macam ni..
Deletetu la..dekat mana-mana bahaya tu mesti ada
ReplyDeleteSama-samalah kita beringat..
Delete