Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Saat yang ditunggu-tunggu oleh semua orang yang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.. Konvokesyen.. Kira hari 'merdeka' selepas belajar.. Selepas bertungkus lumus selama setahun lapan 8 bulan bermula bulan September 2013 yang lepas, akhirnya tamat pada hujung bulan April 2015, Eraz berjaya tamatkan program MBA di Open University Malaysia.. Sangat mencabar untuk belajar secara online bermula pada selepas kelahiran Zara dan berakhir pada kelahiran Adam.. Macam sudah di atur..
Klik untuk besarkan gambar
Sangat mencabar untuk memberi komitmen kerana pada awalnya memang komitmen dalam bekerja sangat tinggi.. Setiap hujung minggu memang kerja.. Dengan mode pembelajaran sebagai Online Learner, memang sangat mencabar untuk siapkan tugasan dan study untuk peperiksaan akhir.. Memang kena akui, ada satu, dua semester tu memang down sebab banyak komitmen tapi alhamdulillah sempat cover..
Cabaran kedua sebab pada awal mendapat tawaran tu, Zara baru sahaja lahir.. Bermula saat pertama menjadi bapa, berjaga malam sampailah satu saat Zara dah besar dan Zara mula nak belajar sama masa Eraz mula buka laptop atau buku.. So kenalah belajar atau siapkan tugasan selepas Zara tidur.. Mungkin rezeki sambung belajar ini selari dengan rezeki lahirnya Zara.. Dalam masa yang lebih kurang 3, 4 bulan lepas itu, bapa mertua pula meninggal..
Kalau korang ingat, Eraz sendiri menjadi mangsa banjir pada bulan Disember 2014 yang lepas.. Masa tu memang Kelantan hebat dilanda banjir sana sini.. Sama juga dengan rumah family Eraz, mertua dan juga rumah sendiri.. Harta benda memang banyak rosak la.. Nasib baik buku sempat diselamatkan.. Dan alhamdulillah juga banjir tu menuju ke kawasan rumah Eraz di Kota Bharu selepas Eraz habis exam di Semester ke 4.. Syukur..
Satu lagi cabaran ialah masa duk belajar lagi, wife pregnantkan Adam.. Orang perempuan ni kalau masa mengandung memang lain dari biasa kan.. Cepat penat, kena banyak berehat.. Badan pun letih kan.. So Eraz banyak kena cover di rumah macam jaga Zara, handle hal di rumah apa semua.. Tapi alhamdulillah juga Allah bagi kekuatan untuk handle semua tu..
Apa-apa pun, semua tu memang cabaran dan dugaan.. Kalau fikirkan semua masalah tu, memang tak akan sambung belajar sampai bila-bila la.. So kalau mana-mana kawan yang nak sambung belajar sambil bekerja tu, teruskan ke niat korang, insyaallah Allah akan aturkan yang terbaik untuk kita.. Di Open University Malaysia sendiri, memang banyak program bermula dari Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master dan PhD.. Eraz ada hati nak sambung DBA, tapi relax dulu sebab bos mesti tak lepaskan terus.. Hehe..
So bulan September 2015 ini, kami sekeluarga akan ke PWTC KL untuk majlis Konvokesyen ke - 17 OUM.. Insyaallah semua akan pergi untuk meraikan dan mengharapkan semua akan berjalan lancar.. Tiada halangan dan sebagainya.. Dalam masa yang sama, boleh lah bawak anak berjalan-jalan.. Insyaallah.. Terima kasih semua pada yang memberi sokongan..
Eraz sila inform bila turun sini yer? Boleh jumpa zara faleesya, adam fitri dan fify....
ReplyDeleteOk, no problem.. :)
Deletecongrats:)
ReplyDeleteTerima kasih Amiizaa..
Deletetahniah...
ReplyDeleteTerima kasih Mas..
Deletecongrat yer.. perjalanan sebagai student masters berakhir, namun titik permulaan bagi peluang2 yang lain...thanks for being my inspiration as well..samb jugak
ReplyDeleteSambung MBA jugak ke? IPT mana?
Deletesama OUM, learning centre kat KL...jauh lg journey saya...baru abis exam sem 2..
Delete