Tuesday, 11 August 2015

Kit Kat & M&M dan Kek Batik untuk Majlis Aidilfitri 2015

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdullilah selepas lama merancang untuk mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2015 untuk kakitangan pejabat, akhirnya terlaksana semalam.. Bermula dari pagi mengadakan persediaan dengan masing-masing dengan juadah masing-masing.. Tepat pukul 11.00 pagi, majlis dirasmikan oleh Dato' Pengarah dan berlangsung sehingga pukul 3.00 petang..

Sepatutnya majlis tu dihadiri juga wife, Zara dan Adam tetapi wife dan kawannya sahaja yang datang.. Kami memang sengaja tak ambil Zara dan Adam di nursery kerana tak nak mengganggu waktu rehat dan tidur Zara.. Lagipun Zara baru ok dari demam selama beberapa malam.. Kalau tahun lepas, majlis dimeriahkan oleh anak-anak kecil, tapi tahun ni kurang sikit..



Untuk tahun ni, Eraz bawakan Kit Kat & M&M dan Kek Batik.. Bukan buat sendiri pun.. Mana la sempat.. Tempah lagi senang.. Book awal dan minta hantar secara delivery ke office.. Dah lama berkenang nak try Kit Kat & M&M tu.. Akhirnya terlaksanan juga dan boleh juga bagi kawan-kawan rasa.. Mungkin lepas ni boleh tempah lagi tapi request jenis kek di dalam yang lain.. Baru ada kelainan kan..

Kek Batik memang sentiasa marvelous.. Sedap.. Wife dah belajar dan tahu sikit-sikit cara dan tips, so lepas ni mungkin boleh buat sendiri.. Sebelum ni buat, ada je yang tak kena.. Lembek la, itu la ini la.. Yang kami order ni memang biskut dia masih keras dan coklat pun best.. Lebih sedap kalau makan lepas lama di keluarkan dalam peti ais jika simpan lama..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.