Thursday, 27 August 2015

Kerangupan Popia Seaweed


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni nak cerita Popia Seaweed.. Betul kan ejaan? Pertama sekali tahu akan kewujudan Popia Seaweed ni lepas tertengok program Ketuk-Ketuk Ramadhan, Sheila Rusli dengan Sherry Alhadad.. Masa tu, salah satu resipinya ialah Popia Seaweed.. Kebetulan Eraz cuti dan wife pun masih dalam cuti, so tengok satu-satu cara buat Popia Seaweed ni.. Senang je.. Simple giler.. Tapi persoalannya, ada rasa ke? Macam simple sangat je.. Ok lupakan!

Tapi ada satu hari, seorang staf ada bawa ke office Popia Seaweed ni.. Try la kan sebab sebelum ni tak rasa nak beli pun.. Eh! Boleh tahan.. Popia tu rangup dan ada pulak rasa seaweed tu.. Memang ada rasa yang best.. Siapa pernah makan sushi, memang boleh tahu rasa seaweed tu macamana.. Cara buat tu simple, tapi masa tu yang perlu dibayar..

Kami boleh je buat sendiri tapi bila kerja, ada anak pulak dua sekarang, memang Zara la kot yang busy buat kan Popia Seaweed ni berbanding kami.. Kecuali masa mereka tidur.. So untuk pertama kali, memang kami beli satu balang kecil.. Eraz memang suka.. Bagi wife try, pun dia suka.. Ok.. Boleh try bagi kat Zara ni, alhamdulillah, Zara pun suka.. Dalam kereta masa on the way ke nursery pagi tadi pun, dia asyik makan benda tu.. Sib baik tak minta nak bawa masuk ke nursery kan..

Kesedapan dan kerangupan Popia Seaweed ni bergantung kepada jenis popia dan cara goreng juga rasanya.. Sebabnya Eraz pernah jumpa popia yang keras dan berminyak.. So kalau nak beli, pilih la betul-betul.. Kang rugi lak jumpa yang tak best padahal sebenarnya sedap kan.. Sama juga dengan popia nestum.. Kalau jumpa yang best, memang boleh rasa manis, masin dan lemak berkrim tu.. Fuh!

10 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.