Friday, 14 August 2015

Kenangan Dengan Telefon Awam

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau dulu, telefon awam ni memang jadi pilihan ramai untuk berhubung dengan kawan-kawan dan family.. Juga urusan rasmi kot.. Bayangkan korang berada di zaman handphone tidak ada atau masih mahal sebab baru keluar.. Eraz memang sempat berada di zaman tu.. Tambah-tambah membesar di kampung kan.. Telefon rumah memang ada.. Tapi bila nak balik rumah, atau berada di luar rumah, telefon awam la kena guna.. Dan lagi kalau nak bergayut dengan siapa-siapa yang jauh kan.. Haha.. 

Telefon awam mana yang sempat korang guna?

Masa tak de transport sendiri dulu, pergi ke bandar dengan bas.. Ini zaman sekolah rendah dan awal menengah rendah.. Zaman abah belum bagi belajar motosikal.. So kalau ke bandar, memang kena naik bas.. Laluan bas pula tak lalu betul-betul depan rumah.. so bila diberhentikan di simpang mana-mana, kena la guna telefon awam ni untuk call siapa-siapa suruh datang ambil kan.. Bayangkan telefon awam tu rosak.. Dah la ada satu.. Terpaksa la menapak jalan kaki sejauh 2 ke 3 kilometer.. Fuh! Kenangan..

Lagi pengalaman masa belajar matrikulasi.. Masa zaman Eraz masuk Kolej Matrikulasi Melaka KPM Ambilan Mac 2001 tu, handphone diharamkan bawa masuk atau digunakan.. Nampak tak telefon mana jadi bestfriend setiap hari? Dah la sebelum ni tak pernah duduk asrama.. First time kena, jauh giler dari Kelantan.. Hujung minggu memang Ma Abah tak boleh datang la.. Kelantan - Melaka kot.. So setiap hari la guna telefon awam untuk call family.. Tapi nasib baik banyak.. Kalau nak privacy sikit, pergi kat dewan utama.. Orang jarang lepak situ.. Hehe..

Tapi selepas beberapa bulan, memang tak tahan.. Disebabkan ramai kawan-kawan seludup handphone, so berpakat dengan abang, beli la satu.. Haha.. Memang sorok-sorok.. Handphone masa tu memang mahal.. Nokia 3310 a.k.a handphone batu bata memang femes.. Dan zaman tu juga zaman harga sim card sangat mahal.. Eraz ingat lagi tahun 2001 tu, masa pergi beli sim card di bandar Melaka, Hotlink harga RM 199.. Bayangkan.. Masa tu prepaid je.. Jauh benar bezanya dengan sekarang..

Lagi satu masa duk guna telefon awam, memang cabaran nak kumpulkan duit syiling.. Gigih! Haha.. Kad memang ada, tapi semua kena block sebabnya ramai yang genius.. Pandai cari jalan nak curik line.. So disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga la kan.. Haha.. Kad tu pun special.. Lepas setiap kali call, mesti akan ada titik di belakang yang menandakan berapa RM dah guna.. 

Ini semua zaman tahun pertengahan 90-an dan awal 2000.. Kalau nak compare dengan sekarang, memang jauh sangat berbeza la.. Budak-budak pun dah ada handphone.. Kalau tak satu, dua kan.. No. tel prepaid pun murah.. Bila-bila masa pun boleh tukar.. Bil pun ada yang jenis murah dah sekarang.. Syukur la korang membesar di zaman yang canggih..

Tapi disebabkan zaman susah payah tu la juga membantu Eraz berada di tempat sekarang.. Memang belajar betul-betul di zaman Matrix dan target nak masuk U.. IPTS masa tu tak de lagi.. Kalau ada pun, tak banyak.. Satu dua je kot.. Kalau masuk U masa tu, boleh bilang dengan jari untuk seluruh kampung.. Demi banggakan Ma Abah, memang betul-betul pulun sehingga dapat offer sambung buat degree di USM.. Alhamdulillah.. Sekarang selepas 10 tahun graduate untuk degree, tiba masa untuk master.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.