Thursday, 20 August 2015

Kelantan Banjir 2015 | Jangan takutkan kami !

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam hujan bermula dari Maghrib sampailah ke pukul 12 pagi lebih rasanya.. Sempat black-out sekali sebab guruh kuat sangat.. Dalam pada kami beristirehat dengan anak-anak, wife ada katakan ada orang jangkakan Kelantan akan banjir sekali lagi macam last year.. Dalam kepala jangan nak percaya sangat la.. Bukannya betul pun.. Kadang-kadang mereka ni saje nak hangat kan cerita.. Dalam pada menunggu nak masuk tidur, dapat satu gambar seperti dibawah melalui Whatsapp.. Boleh baca tak?


Apa motif nak takutkan kami yang ramai giler jadi mangsa banjir ni? Sedangkan masih ada mangsa banjir yang belum pulih atau balik asal seperti sediakala pun.. Tolong jangan percayakan berita-berita yang tak berasas yang mana boleh membuatkan orang yang trauma atau takut akan kedatangan banjir seperti hujung tahun lepas.. 

Pengalaman tahun lepas memang menakutkan.. Air memang naik depan mata semasa Eraz duduk kemas barang-barang penting.. Sekejap sahaja tak toleh depan rumah, air dah penuh.. Bayangkan.. Cuaca panas, tetapi air naik dengan lajunya.. Alhamdulillah sempat lari ke tempat selamat dan rumah ditinggalkan dengan doa agar dipelihara keselamatannya.. Itu kawasan Eraz yang alami banjir tapi tak seteruk kawasan kampung Ma Abah di Machang.. Belum Kuala Krai dan Gua Musang kan..

Kadang-kadang terfikir apa yang mereka akan dapat dengan menyebarkan berita palsu atau berita tak berasas.. Mungkin dia tidak berada di tempat yang mangsa banjir ada kot.. Kelantan lumpuh pada masa itu.. Stok barang makanan sangat sikit.. Nasib baik sempat beli pampers dan susu anak je.. Kalau tak, tak tahu la..

Dengan tersebarnya berita yang mungkin palsu, boleh tak bayangkan ianya dibaca atau diketahui oleh orang-orang tua.. Tak ke membuatkan mereka takut? Apa-apa pun, sama-samalah kita doakan semoga Kelantan pada tahun ini dijauh banjir sepertia tahun lepas.. Juga untuk negeri-negeri lain juga.. 

Kalau dulu, bila nak masuk ke hujung tahun, mesti happy sebab banjir dan nak main air.. Tapi sekarang? Tidak lagi.. Bile hujung tak berhenti, memang kepala akan teringatkan kisah itu.. Sebelum dan Selepas banjir, dua-dua sakit.. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat semua.. Janganlah suka sebarkan berita yang kurang pasti..

8 comments:

  1. JM dengar khabar macam tu juga...
    sekadar ramalan...
    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Ramalan yang boleh menakutkan orang..

      Delete
  2. gerun jgk bila bc...mana dgn nak beli makan, pakai,...

    ReplyDelete
  3. mmm....teringat waktu pergi sukarelawan banjir awal tahun hari tu

    hai...assalamualaikum...blogwalking...done to follow here...harap sudi sudi yaya :) www.yayacendana.com

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.