Assalamualaikum w.b.t.. Bila baca ayat tu, rasa macam tertusuk terus ke hati.. Hehe.. Bila fikir-fikir, betul jugak tu.. Lelaki mana yang anak kita yang baru lahir sayang terlebih dahulu kalau bukan ayahnya sendiri.. Dari dalam perut, teman bercakap.. Dah keluar, mungkin wajah ayahnya dulu yang akan dia tengok.. Masa jaga ibu dalam pantang dan lepas tu pun, muka ayahnya juga.. Tidur pun dengan ayahnya.. Mandi.. Kira lelaki yang selalu dan membesar dengan dia adalah ayahnya..
Sebagai orang ayah, itulah satu nikmat yang diberikan oleh Allah kepada seorang ayah dalam membesarkan anak tak kira anak lelaki atau anak perempuan.. Perasaan bila berjauhan itu sangat sakit tambah-tambah di saat anak itu sedang membesar dan mula pandai memanggil papa, abah atau ayah.. Dalam kesusahan membesarkan mereka, ayah tetap memberikan susu, makan, beli pampers dan benda wajib yang lain lagi..
Seletih mana pun ayah di pejabat atau ditempat kerja, memang akan layan anak kalau mereka nak bermain atau dengan rela hati ajak anak itu bermain.. Masa kecil, kita tak fikir akan semua ini.. Bila dah jadi ayah, baru lah faham apa yang ayah kita rasakan.. Dan terfikir bahawa betapa hebatnya ayah membesarkan kita sehingga kita pula bergelar ayah.. Tambahan lagi kalau kita berasal dari keluarga yang susah atau sederhana..
Alhamdulillah, berkat jasa ayah dan ibu juga, kita semua membesar dengan jayanya dan kita sebagai anak-anak, sama-samalah bertanya khabar mereka disaat mungkin mereka sedang menunggu kepulangan dan kehadiran kita.. Bagi yang telah berpisah dengan ayahnya dengan izin Allah, sedekahkanlah Al-Fatihah.. Insyaallah..
Moga Allah sentiasa merahmati ibu ayah kita sentiasa..
ReplyDeleteAmin.. Semoga Allah sentiasa merahmati mereka..
Deleteibu dan ayah adalah anugerah yang tak ternilai dan sangat terindah buat si anak.. ^_^
ReplyDeleteSangat sangat setuju.. :)
Delete