Tuesday 4 August 2015

Cabaran Papa menjaga Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. Seperti biasa, kalau memang hari cuti dan wife bekerja, Eraz tak kan hantar anak-anak ke nursery.. Tak sanggup.. Rela korbankan hal lain demi menjaga anak sendiri.. Memang dari Zara Faleesya dulu pun.. Habis je wife pantang, tiba masa Eraz cuti je, memang tak hantar nursery.. Kedua-duanya senang nak handle cuma yang berbezanya ialah satu.. Penyediaan susu untuk mereka..

Masa Zara dulu, memang mulanya menyusu badan.. Tapi lepas wife demam satu ketika sebelum masuk kerja, air susu memang drop habis sampaikan kering.. So Zara masa nak pergi nursery dan berada di rumah pun terpaksa menggunakan susu tepung.. Sempat la dua tiga tukar brand susu sebab ada ketika sampai umur tertentu, terpaksa tukar susu sebab Zara akan sakit perut kalau teruskan.. Berbeza dengan Adam Fitri..

Wife memang nak bagi susu ibu secara eksklusif.. Plan asal sehingga 6 bulan tapi kalau penghasilan susu masih ok lepas tu, akan diteruskan maybe sampai dua tahun.. Ok.. Siapa yang tiada pengalaman penyediaan susu ibu ni, memang kurang tahu kot.. Kalau susu tepung, anak menangis nak susu je, terus boleh buatkan kan.. Tapi susu ibu pulak sangat sensitif..


Dari malam, kami akan turunkan dalam empat ke lima beg dari peti ais beku kepada yang biasa untuk cairkan ais.. So esoknya, bila sampai masa minum, boleh la bagi kat Adam kan.. Sebelum pergi kerja, memang wife dah bekalkan susu yang terus dari badan wife.. Next susu, memang kena ambil dari peti la.. Caranya keluarkan dari peti, rendamkan dalam air suam sampai tak sejuk, then baru bagi kepada baby.. Tapi bukan sekejap nak tunggu.. Dalam 10 - 15 minit jugak la..

Bayangkan kalau anak kita jenis kalau nak susu, terus menangis bagai nak rak! Camne nak kasi panaskan sampai 10 ke 15 minit kan.. Gelabah.. Kalau nak boleh agak, ok la.. Tapi jenis Adam, memang kalau dah nak susu, memang masa tu jugak la dia mengharapkan kita suapkan susu.. Mana sempat panas kan.. Terpaksa la pujuk jangan bagi menangis dulu sampai susu panas.. Kalau susu tepung, senang je la..

Itu la salah satu cabaran menjaga Adam masa cuti tanpa wife.. Kalau wife jaga, time Adam tak sabar, senang je, terus bagi yang direct kan.. Fuh! Eraz anggap ia satu pengalaman.. Dah besar sikit nanti, tak pe la kan.. Kadang-kadang ada juga rasa masa lebih kepada Adam.. Kesian pulak bila fikirkan Zara.. Adam kan masih kecik.. Zara dah pandai buat hal sendiri.. Bila hari siang rasa macama kurang perhatian kepada Zara, malamnya memang Eraz akan habiskan masa malayan Zara main mainan dia atau hiburkan hati dia..

Tak nak bagi dia tersisih kan.. Cabaran juga menjaga dua anak ni.. Ini baru dua kan.. Tapi bila dah besar, ok la.. Selalunya bila dah besar, kita sebagai ibu bapa mesti rindukan saat mereka kecil kan.. Sekarang ni, ada masa datang peluk kita tanpa di suruh.. Panggil Papa Mama selalu.. Semua la dekat dengan kita.. So sama-sama lah kita hargai masa kecil mereka.. Sebab tu la Eraz jaga mereka masa cuti walaupun masa mula-mula fikir tu susah.. Tapi pasti boleh dan sekarang, dah OK!

8 comments:

  1. ha ha ha, papa nak bagi susu direct tak boleh makanya adam fitri kenalah bersabar tunggu susu tu cair dari pembekuan dan jadi suam-suam kuku yer....

    ReplyDelete
  2. anak saya pun sama..kalau daddy dia jaga kt rumah...tercari-cari mummy. Nk susu mummy lah tu. Ada baiknya daddy cuti anta juga ke rumah pengasuh.

    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. klu ada mama, sng, cakap baby nk susu.. hehe.. tp tetap nk jaga sendiri.. hehe..

      Delete
  3. tanggungjawab kan..takpe..jd papa yg sweet..hehee..

    ReplyDelete
  4. sekali sekala kan...hahahaha...baru dapat feeling camne mak-mak jaga :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Baru leh faham camne mak ayah jaga kita kan..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.