Wednesday, 26 August 2015

Bila 'Bujang' Ber'BBQ' ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya plan nak ber'BBQ' ni memang dah lama.. Hujung tahun 2014 lagi kot.. Tapi bila dah plan baik punyer, Kelantan di landa banjir besar.. So terus plan tu dibawa bersama perasaan memikirkan hal yang berkaitan banjir itu.. Jadi selama berbulan-bulan lamanya, mereka telah memilih tarikh 25 Ogos 2015 dan sebelah malam untuk tunaikan plan tu.. Kebetulan la pulak dalam seminggu ni, masuk petang je, terus gelap macam malam.. Angin kuat dan hujan pun lebat..

Tapi alhamdulillah selama seminggu ni hujan memang berterusan pada waktu petang tapi semalam, tidak.. Sampai la ke malam.. Cuma masa nak masuk ke pukul 9.30 malam tu, memang angin kuat giler.. So masuk je pukul 10.00 terus je la kemas sebelum kami semua tak boleh balik ke rumah masing-masing sebab hujan lebat.. Tapi Allah memudahkan perjalanan pulang sebab malam semalam memang tak hujan langsung.. 

Memang satu family dijemput tapi disebabkan Adam Fitri masih kecil, kami decide wife dan Adam tak pergi.. Tapi plannya nak bawa Zara sekali.. Dijadikan cerita, dah siap mandi, pakai cantik-cantik, Zara pulak macam bad mood nak pergi.. Mungkin dia penat main kat nursery, so nak rehat-rehat kat rumah je.. Plan nak ber'sosial' dengan Zara kejap, tapi terus jadi orang 'bujang' masa ber'bbq' tu.. Haha.. 

Bila hati dah set nak pergi dengan anak dara, terus rasa bad mood nak join.. Sib baik mood tu ok semula lepas makan ayam.. Haha.. Tapi rasa macam tak best la jugak bila pergi sorang tanpa anak or keluarga kan.. Tapi bila fikirkan keselesaan mereka, no problem, ini bukan tempat yang sesuai.. Better mereka duduk selesa di rumah..

Yang penting selain sotong, ayam, ikan tu memang sedap, luangkan masa bersama lepas waktu pejabat tu best.. Sekali sekala sebab bila masuk office, memang kepala fikirkan hal kerja.. Kadang-kadang bangun pagi nak pergi kerja pun asyik fikir pasal apa yang perlu disiapkan untuk hari ini, esok dan seterusnya..




6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.