Sunday, 23 August 2015

Awan 'Garis Badai' di Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni ramai yang viral kan maklumat palsu tentang banjir besar bakal melanda Kelantan pada tahun 2015 ni.. Tapi selepas itu, muncul tersebarnya gambar tentang gambar awan yang boleh menggerunkan mata-mata yang tengok.. Tapi itu bukan gambar palsu.. Memang betul terjadi di Kota Bharu.. Macam-macam spekulasi muncul lepas itu.. Tetapi semua terjawab bila pihak Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia memberi kenyataan..


Munculnya awan ribut seolah-olah macam ombak di langit Kota Bharu pada petang Jumaat lepas disebabkan fenomena biasa akibat taufan di utara Filipina.. Jauh juga datang kesannya.. Garisan awan yang dinamakan 'Garis Badai' memang menyebabkan angin kencang dan hujan lebat di sini.. Yang pasti, fenomena Garis Badai ni mungkin akan berlaku selama sehingga 24 Ogos 2015 ini.. Dan yang paling penting, kenyataan ini paling bagus untuk dibaca..

Orang ramai tidak perlu bimbang dan dinasihatkan tidak mudah membuat spekulasi yang bukan-bukan, sebaliknya merujuk laman web Meteorologi Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai perubahan cuaca.. Kan.. Jangan la mudah nak buat spekulasi dan berita-berita palsu yang tak berasas.. Tambah-tambah kalau melibatkan nyawa.. Ya la, kata banjir besar la, ribut kencang giler-giler la.. Macam-macam.. Yang lebih penting, sama-sama doa semoga semuanya ok belaka..

Eraz tak dapat menyaksikan dengan mata sendiri garisan awan Garis Badai ni sebab tak tahu pun.. Yang tahu hanya angin kuat dan hujan.. 

4 comments:

  1. Kita sama sama berdoa moga Allah jauhkan perkara yang tidak elok berlaku..

    ReplyDelete
  2. doakan malaysia selamat dari bala bencana...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.