Assalamualaikum w.b.t.. Ini lah body terbaru anak teruna Eraz, Adam Fitri.. Sangat sado sekarang.. Alhamdulillah, disamping sado tu, Allah kurniakan kesihatan yang baik pada dia.. Setakat ni belum ada demam-demam lagi.. Dengan doa mengharapkan Adam akan membesar dengan sihat dan walafiat.. Sekarang ni dah masuk 2 bulan lebih tapi kalau orang tak tahu, ingatkan nak beberapa bulan ke depan.. Memang berbeza dari Zara dulu.. Mungkin salah satunya sebab baby boy kot..
Perkembangan pembesaran dan tingkahlaku pun cepat nampaknya.. Belum masuk 2 bulan dah panggil nak orang layan bercakap.. Kalau panggil nama, memang cepat di cari.. Dah pandai angkat punggung.. Tidur pun buas.. Memang tak lekat di bantal.. Dalam percubaan nak terbalikkan badan.. Memang tak sabar nak tunggu Adam besar untuk lihat dia main dengan Kakak Zara..
Macam entri sebelum ni, memang jagaan antara Adam dan Zara sangat berbeza.. Takpe, yang pasti Papa dan Mama boleh handle.. Suara Adam ni boleh tahan.. Kalau dia menangis nak susu, memang jenis tak sabar.. Terus menangis kuat.. Sama juga jarak menyusu.. Kadang-kadang tak sangka dalam sejam tu, dia leh repeat menyusu dengan banyak.. Kadang-kadang jauh juga jaraknya..
Insyaallah kami dalam perancangan nak buat saya family trip ke mana-mana sebab selama ni duk fikir sibuk kerja, fikir cuti tak sama.. Selagi tak try untuk plan, benda tu tak kan jadi kan.. Masa anak kecil ni la nak bina kenangan banyak kan.. Bila anak dah besar dan buat hal masing-masing, masa tu memang boleh, tapi mungkin tak sama kan.. Insyaallah yang pertama ni bulan September berikutan Eraz ada hal kat sana.. Hal ape? Rujuk SINI.. Insyaallah..
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.