Monday, 31 August 2015

Merdeka !

Assalamualaikum w.b.t.. Akhirnya tahun 2015 ni sampai ke tarikh 31 Ogos.. Dah ogos kot.. Sekejap nanti masuk la tahun 2016 pulak.. Umur makin hari makin meningkat.. Yang itu memang tak boleh di halang.. Jadi memang kadang-kadang kita rasa nak balik kepada masa lampau samada nak baiki sesuatu atau nak ke zaman happy kita.. Mana-mana lah.. Tapi tak boleh kan.. So mulai sekarang, kita cubalah buat yang terbaik untuk terus hidup yang sementara ni.. 
As usual, 31 Ogos memang dapat cuti la kecuali terlibat dengan pembarisan Hari Kebangsaan.. Betul tak? Masa mula-mula kerja dulu, memang terlibat.. Tapi sejak jatuhnya merdeka dalam bulan puasa, terus tak terlibat dengan perbarisan.. Tapi tahun ni nyaris-nyaris.. Haha.. Mungkin next year tak dapat elak dah kot.. Hehe.. Tunggu dan lihat..

So hari ni dapat la luang masa bersama family walaupun kami hanya berempat.. Jadi hari ni plannya nak balik kampung belah Eraz sebab jarang nak dapat cuti bersama kan.. Harapnya semua berjalan dengan lancar dan Eraz nak ucap Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua yang membaca.. Nak share satu gambar penuh makna.. Kalau rasa ianya bermakna, jom tinggalkan komen di situ.. Terjah entri INI.. Wassalam..

Sunday, 30 August 2015

Bila si kecil bergaya dan cepat belajar ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang ni dah pandai.. Cakap je nak ambil gambar, macam-maca dah pose.. Ini antaranya.. Tangan tu mesti nak 'peace' je.. Didikan mak-mak saudara la ni.. So berjangkit pada anak saudara.. Hehe.. Dan yang terbaru ialah selok tangan dalam poket seluar.. Aik! Mana belajar tu? Mama Zara kata itu ikut cara papa.. Eh!

Lagi sekarang yang membuat kami tak sabar nak hantar Zara ke nursery ialah bila tengok je apa-apa video, Zara dah mula boleh ikut cara mereka menari dan ayat-ayat yang disebut.. Sekarang suka sangat tengok video budak-budak kecik belajar alif ba ta dah youtube.. Dah boleh cara tangan, lenggok semua.. 

Sebab asyik nak tengok di Youtube je susah juga, terus kami download ke dalam handphoe dan tab.. Sebelum tidur, memang sajian sebelum tidur.. Siap melompat-lompat atas katil.. Video? Ada,  Eraz la jenis tak suka share video.. Tapi maybe suatu hari nanti..

Saturday, 29 August 2015

2006 - 2007 | Usaha Gigih Mencari Kerja !

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya dalam mengemas barang baru ni, terjumpa satu notepad zaman tahun 2006 hingga awal 2007.. Masa tu memang sangat gigih mencari kerja sampai ada satu blog khas ceritakan susah payah mencari kerja.. Tapi blog tu dah berkubur.. Memang laman web jobstreet sentiasa di buka untuk mencari kerja.. Dan akhbar Star pada hari Sabtu, wajib beli sebab dalam tu sangat banyak iklan jawatan kosong..

Tak kira jawatan tu ada di KL, atau berhampiran, memang minta je.. Pernah sangkut interview di KL, tapi semua tak dapat nak pergi sebab berada di Kelantan dan dapat call last minute.. Mana ada masa ke cari tiket bas dan ke sana kan.. Ada juga di interview melalui telefon.. Di sebab jarang ke interview melalui telefon, neves la wei.. English pulak tu.. Pernah cuba untuk mohon jawatan PTN di bawah SUK (Kelantan), alhamdulillah dapat ujian dan lulus.. Dapat ke assessment di INTAN Timur, tapi sangkut di situ sebab bersaing dengan orang yang banyak pengalaman.. Tiada rezeki..

Tapi melalui NST, tengok iklan Admin Executive di sebuah syarikat bas di KL.. Gaji ditawarkan ok tapi masa tu belum konvo lagi.. Apply je la.. Then dapat call untuk interview.. Terus pergi.. Alhamdulillah dapat.. Kerja tak lama.. Memang orang kata fresh graduate, cabarannya mencabar tambah-tambah di tempat baru.. Lepas resign, terus balik kampung, ambil lesen kereta dan motor then apply kerja sekarang ni dan alhamdulillah bermula Mac 2007 hingga sekarang, masih di tempat yang sama..


Bukan senang untuk mendapat kerja yang stabil dan di tempat kelahiran sendiri kan.. Tetapi rezeki tu di mana-mana.. Mungkin terpaksa merantau dulu then akhirnya balik ke tempat asal.. Maybe di tempat asal dulu then terpaksa merantau untuk updage jawatan.. Macam-macam.. So kepada yang masih belum kerja, usaha jangan putus.. Teruskan walaupun korang dah rasa give up.. Mana tahu, dengan hantar permohonan atau CV ke company di last minute, itu yang dipanggil.. Tiada yang mustahil..

Kalau korang boleh tengok note pad tu, memang penuh dengan senarai jawatan yang Eraz jumpa.. Kalau dah pos or email dokumen, terus potong dah tunggu respon.. Kalau senyap je, tak dapat la tu kan.. Jangan kita mengharapkan lepas graduate, terus mendapat kerja dengan kelulusan kita.. Tak salah bermula dari bawah dan mana tahu dalam masa bekerja tu ada kekosongan yang sesuai dengan jawatan..

Lagi satu, kalau la kita tak suka dengan kerja sekarang, jangan la berhenti terus tanpa mencari dan dapat kerja lain lagi.. Tak pasal jadi penganggur kan.. Then dalam memilih company untuk berhijrah, cariklah yang lebih baik dari sebelum.. Jangan kita lari dari kerja sekarang, dan melompat ke company yang mempunyai masalah.. Wassalam..

Friday, 28 August 2015

Cara senang buat Kopi Ais


Assalamualaikum w.b.t.. Cuba tengok gambar di atas tu.. Nampak sedap tak? Ada tak rasa terus nak pergi cari Kopi Ais? Haha.. Kan senang kalau memang dah ada ready stock macam tu.. Tinggal keluarkan dari peti ais, then campur susu.. Kasi susu yang sejuk, memang terus boleh minum ais tu.. Kepada penggemar kopi, boleh la try ni.. Senang, tak perlukan banyak masa untuk sediakan..

Dalam pada tengok gambar di atas tu, memang ada rasa nak gigit terus kopi yang beku tu.. Haha.. Kopi memang salah satu favourite Eraz.. Tambah-tambah kalau time mengantuk, memang kopi atau nescafe la yang dicari.. Memang sangat-sangat berkesan.. Masa dalam belajar MBA baru ni, memang malam tu dekat-dekat nak final exam, memang kopiko la menjadi pilihan.. Kalau tak, memang rasa nak pejam je la mata.. Kalau pejam, tak tahu nak jawab apa la dalam exam..

Sama juga di pejabat, kadang-kadang masa Zara atau Adam tidur lewat, serius mengantuk kat office.. Daripada kualiti kerja menurun, memang terus kacau nescafe atau kopiko secawan.. Itu dah cukup.. Dipraktikkan juga masa nak memandu jauh sikit atau masa tak cukup tidur.. Demi keselamatan kan.. Tapi kalau tak tahan juga, tidur je la kejap dalam kereta di masjid.. Senang.. 

Thursday, 27 August 2015

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2016 Dibuka !


Assalamualaikum w.b.t.. Ini khas kepada kawan-kawan yang bergelar guru dan dalam status merantau atau jalani hubungan suami isteri secara jarak jauh.. Permohonan Pertukaran Guru bagi sesi Januari 2016 akan dibuka mulai 01 September 2015 hingga 30 September 2015 melalui modul egtukar.. Jangan sampai terlepas pula.. Mana tahu tahun 2016 nanti menjadi tahun korang untuk bertukar sekolah dari jauh menjadi dekat kan.. Tak betul-betul dekat, maybe lebih dekat or tak perlu naik plane lagi kan.. Insyaallah..

Siapa yang tak nak bekerja di tempat sendiri kan ataupun berkerja di kawasan yang sama dengan suami atau isteri.. Tapi disebabkan permohonan sangat ramai berbanding tempat kekosongan, terpaksalah ramai memendam rasa dan perasaan bertahan di tempat lama sebelum tiba satu hari nanti mendapat berita permohonan diluluskan..

Kalau dulu-dulu, asal kahwin je, boleh dijadikan alasan untuk tukar ke kampung halaman atau kawasan yang berdekatan dengan pasangan.. Tapi sekarang tidak lagi.. Alasan tu memang tak boleh digunapakai.. Memang kena tunggu kekosongan.. Ada orang kata juga perlu ada 'kabel'.. Haaaa.. Itu no komen, kalau ada yang gunakan kabel bawah tanah ke apa ke, itu terpulang pada dia la.. Kalau betul berlaku, kadang-kadang kesian pada yang betul-betul perlu, tapi tak dapat..

Apa-apa pun, selamat mencuba pada semua guru dalam Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2016  ni.. Insyaallah mungkin tahun 2016 milik korang.. Amin..

Bila Pengawal Keselamatan Hospital Raja Perempuan Zainab II dipukul !


Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi melalui Whatsapp group, member-member ada hantar gambar dan video di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu yang mana nampak orang awam memukul pengawal keselamatan.. Kalau ditengokkan pengawal keselamatan tu lelaki.. Yang wanita nya tak diserang.. Melalui gambar dan video tu, memang macam-macam spekulasi la yang timbul.. Pengawal itu, pengawal ini.. Orang awam itu, orang awam ini.. Pelawat itu pelawat ini kan..

Petang ni nampaknya dah ada berita rasmi tentang perkara kat atas tu.. Katanya pengawal berkenaan menghalang anak kecil dari masuk melawat ke dalam wad ICU.. Itu kata pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II, kata yang memukul tu tak tahu la kan.. Apa-apa pun, semua yang berlaku tu ada sebab dan sebab itu munasabah atau tidak, bergatung la pada individu tu.. 

Mungkin dah sampai tahap berbincang dah habis, atau mungkin salah faham atau mungkin jugak sikap.. Semua tu bercampur dan salah satu nya akan menjadi penyebab.. Bersabarlah kita dalam semua hal.. Jalankan la tugas sebaik mungkin.. Bertoleransilah kita dengan peraturan.. Dan lain-lain lagi lah..

Kalau pengawal keselamatan tu wanita, apa akan jadi ek? Adakah akan juga dipukul atau harga marah? Jika betul pengawal hanya menjalankan tugas, kesian la dia.. Kalau pengawal yang ada sikap yang kurang baik, kena la baiki.. Tindakan siapa semua ni? Semuanya terlibat.. Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri..

Kerangupan Popia Seaweed


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni nak cerita Popia Seaweed.. Betul kan ejaan? Pertama sekali tahu akan kewujudan Popia Seaweed ni lepas tertengok program Ketuk-Ketuk Ramadhan, Sheila Rusli dengan Sherry Alhadad.. Masa tu, salah satu resipinya ialah Popia Seaweed.. Kebetulan Eraz cuti dan wife pun masih dalam cuti, so tengok satu-satu cara buat Popia Seaweed ni.. Senang je.. Simple giler.. Tapi persoalannya, ada rasa ke? Macam simple sangat je.. Ok lupakan!

Tapi ada satu hari, seorang staf ada bawa ke office Popia Seaweed ni.. Try la kan sebab sebelum ni tak rasa nak beli pun.. Eh! Boleh tahan.. Popia tu rangup dan ada pulak rasa seaweed tu.. Memang ada rasa yang best.. Siapa pernah makan sushi, memang boleh tahu rasa seaweed tu macamana.. Cara buat tu simple, tapi masa tu yang perlu dibayar..

Kami boleh je buat sendiri tapi bila kerja, ada anak pulak dua sekarang, memang Zara la kot yang busy buat kan Popia Seaweed ni berbanding kami.. Kecuali masa mereka tidur.. So untuk pertama kali, memang kami beli satu balang kecil.. Eraz memang suka.. Bagi wife try, pun dia suka.. Ok.. Boleh try bagi kat Zara ni, alhamdulillah, Zara pun suka.. Dalam kereta masa on the way ke nursery pagi tadi pun, dia asyik makan benda tu.. Sib baik tak minta nak bawa masuk ke nursery kan..

Kesedapan dan kerangupan Popia Seaweed ni bergantung kepada jenis popia dan cara goreng juga rasanya.. Sebabnya Eraz pernah jumpa popia yang keras dan berminyak.. So kalau nak beli, pilih la betul-betul.. Kang rugi lak jumpa yang tak best padahal sebenarnya sedap kan.. Sama juga dengan popia nestum.. Kalau jumpa yang best, memang boleh rasa manis, masin dan lemak berkrim tu.. Fuh!

Wednesday, 26 August 2015

Bila 'Bujang' Ber'BBQ' ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya plan nak ber'BBQ' ni memang dah lama.. Hujung tahun 2014 lagi kot.. Tapi bila dah plan baik punyer, Kelantan di landa banjir besar.. So terus plan tu dibawa bersama perasaan memikirkan hal yang berkaitan banjir itu.. Jadi selama berbulan-bulan lamanya, mereka telah memilih tarikh 25 Ogos 2015 dan sebelah malam untuk tunaikan plan tu.. Kebetulan la pulak dalam seminggu ni, masuk petang je, terus gelap macam malam.. Angin kuat dan hujan pun lebat..

Tapi alhamdulillah selama seminggu ni hujan memang berterusan pada waktu petang tapi semalam, tidak.. Sampai la ke malam.. Cuma masa nak masuk ke pukul 9.30 malam tu, memang angin kuat giler.. So masuk je pukul 10.00 terus je la kemas sebelum kami semua tak boleh balik ke rumah masing-masing sebab hujan lebat.. Tapi Allah memudahkan perjalanan pulang sebab malam semalam memang tak hujan langsung.. 

Memang satu family dijemput tapi disebabkan Adam Fitri masih kecil, kami decide wife dan Adam tak pergi.. Tapi plannya nak bawa Zara sekali.. Dijadikan cerita, dah siap mandi, pakai cantik-cantik, Zara pulak macam bad mood nak pergi.. Mungkin dia penat main kat nursery, so nak rehat-rehat kat rumah je.. Plan nak ber'sosial' dengan Zara kejap, tapi terus jadi orang 'bujang' masa ber'bbq' tu.. Haha.. 

Bila hati dah set nak pergi dengan anak dara, terus rasa bad mood nak join.. Sib baik mood tu ok semula lepas makan ayam.. Haha.. Tapi rasa macam tak best la jugak bila pergi sorang tanpa anak or keluarga kan.. Tapi bila fikirkan keselesaan mereka, no problem, ini bukan tempat yang sesuai.. Better mereka duduk selesa di rumah..

Yang penting selain sotong, ayam, ikan tu memang sedap, luangkan masa bersama lepas waktu pejabat tu best.. Sekali sekala sebab bila masuk office, memang kepala fikirkan hal kerja.. Kadang-kadang bangun pagi nak pergi kerja pun asyik fikir pasal apa yang perlu disiapkan untuk hari ini, esok dan seterusnya..




Tuesday, 25 August 2015

Malang tidak berbau di Stesen Minyak

Assalamualaikum w.b.t.. Ini orang kata malang tidak berbau tetapi memang minta dijauhkan berlaku.. Sebelum ini Eraz pernah tengok satu video berlaku di satu stesen minyak yang mana situasinya seorang staf berada dalam satu lubang di satu bahagian tetapi hanya paras pinggang je.. Mungkin sebab tak perasan akan staf itu, seorang pemandu wanita telah melanggar staf berkenaan.. Nasib staf itu, memang tak pasti.. Video tu boleh tengok di youtube..

Terbarunya semalam ialah berita yang dalam gambar di bawah ni.. Seorang lelaki warga emas berumur dalam 70 tahu rasanya.. Dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh wanita semasa sedang mengisi minyak.. Dikatakan kereta hilang kawalan.. Sangat-sangat kesian pada pakcik ini sebab patah paha kanan.. Ya allah.. Tak dapat bayangkan situasi tu macamana samada orang yang melihat, pakcik tu sendiri dan pemandu kereta tu.. Sama-sama doakan pakcik berkenaan cepat sembuh..


Itu yang kata malang tidak berbau.. Di mana saje boleh berlaku.. Tapi sentiasa doakan agar ianya tidak berlaku pada kita sendiri dan ahli keluarga kita.. Kes macam ni memang tidak berlaku di satu tempat saje, di mana-mana.. Kadang-kadang nasib baik tu pun sentiasa ada.. 

Pernah dulu masa dalam tempoh praktikal di TNB Tanah Merah Kelantan, Eraz dan rakan-rakan keluar lunch.. Sekali masa berjalan di tepi jalan raya dalam bandar, kereta datang dari belakang dan kawan Eraz katakan, kereta tu dekat sangat.. Nasib baik dia sempat tarik Eraz ke tepi.. Alhamdulillah masa tu ada kawan yang perasaan.. 

Apa-apa pun, insyaallah kita sama-sama berhati-hati terutama di jalan raya.. Di jalan raya, kalau mengantuk ke apa, terus la berhenti tepi jalan untuk berehat.. Rest kan sikit mata sebab kesannya kalau tertidur, bukan hanya kita sendiri, orang lain juga.. Ada kes tu sampai parah.. Sama-sama kita beringat.. Wassalam..

Monday, 24 August 2015

Umur yang sesuai hantar anak ke Tadika ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya isu nak hantar anak a.k.a Zara Faleesya ke tadika pada umur berapa ni memang dah kami bincang masa awal-awal dulu lagi.. Tapi ikut aturannya, awal-awal tu mesti la ke nursery kan.. Berbezanya nursery dan tadika ni adalah proses pembelajaran.. Dalam pada Zara membesar dari hari ke hari, wife la banyak survey tadika-tadika terbaik di Kota Bharu dan faktor dekat dengan office.. Dalam pada mencari, memang jumpa beberapa tadika yang mempunya testimoni yang OK..


Dalam banyak-banyak tadika tu, memang akan mula ambil pelajar yang berumur paling awal 4 tahun.. Ada satu dua tadika ambil kanak-kanak berumur 3 tahun.. Tapi tak semua la.. Dan ada juga yang membuat syarat bahawa kanak-kanak berkenaan tidak lagi menggunakan pampers.. Dalam banyak-banyak tadika setakat ni, memang dah jumpa satu yang terbaik.. Mereka mula ambil seawal umur 4 tahun.. Dan rasanya paling sesuai kot.. Zara tahun 2017 dah boleh masuk tadika sebab Januari 2017 dan cukup setahun..

Tempat, suasana, guru-guru dan pengisian memang perlu dititikberat demi tumbesaran anak-anak kan.. Kalau pengisi tak ok, better cari tempat lain.. Apa yang kami cari ialah pembelajaran biasa, bahasa inggeris dan pengajian islam termasuk mengaji.. Dan paling penting transit lepas sekolah.. Ya la, ibu bapa bekerja, lepas office hour baru boleh pergi ambil.. Tak kan nak bagi mereka duduk seorang di rumah..

Penghantaran anak ke tadika di bergantung kepada ibu bapa.. Ada sesetengah tu, 5 tahun baru hantar.. Tunggu 6 tahun pun ada.. Bagi Eraz, mungkin agak terlewat.. Kalau 4 tahun tu, pembelajaran yang tidak serius pun tak pe tapi pendedahan sedikit sebanyak macam mewarna ke, menyanyi ke atau perkara-perkara yang seumur dengan tu berjalan lancar, ok la kan.. Kalau dah masuk 5 atau 6 tahun memang perlu la mereka membuat persediaan untuk masuk ke sekolah rendah..

Fikir-fikir, kami ada masa setahun lebih je nak survey tadika untuk Zara.. Rasa macam cepat la pulak.. Masa memang cepat berlalu.. Serius.. Pejam celik pejam celik je.. Dah nak habis tahun 2015.. Tak lama lagi, Adam pulak kot boleh meniarap dan merangkak.. Lepas tu berjalan dan bercakap.. Umur kita pun makin tua.. Umur tak boleh diundur.. So memang la kena guna sebaik mungkin..

"Balut Beg Dengan Plastik Jika ke Perth"

Assalamualaikum w.b.t.. Eraz sendiri memang belum pernah lagi bercuti jauh-jauh ni.. Al-maklum la orang kampung.. So nak bercerita tentang apa yang berlaku di Perth seperti tajuk di atas tu dengan pengalaman sendiri, memang tak la.. Tapi dalam pada suka menulis dan membaca, tak salah kita berkongsi apa yang di baca.. Sesuai dengan tagline blog ni, menulis dan berkongsi apa yang dirasakan perlu.. Mungkin ianya berguna kepada mana-mana pembaca.. 

Sebenarnya sebelum ini, wife Eraz yang LIKE page Aliff Syukri Terlajak Laris ni.. Pernah wife cerita sikit-sikit tentang page Dato' Terlajak Laris ni.. Ada yang rasanya sesuai dikongsi dan ada yang mungkin sesuai untuk di baca.. Ada juga rasanya berguna untuk memotivasikan dari sendiri untuk berjaya macam dia.. So yang positif kita serapkan, yang mungkin rasa macam negatif, kita boleh ambilkan pengajaran.. 

Dan ada perkara ni rasa macam sesuai untuk dikongsikan dengan korang.. Tentang beg jika korang nak bercuti ke luar negara terutamanya ke Perth.. Dalam pada dia komen tentang tindakan pegawai Kastam kat sana, dia sendiri menyatakan apa yang dia buat salah.. Cuba baca ni : 


"kenangan terpahit di perth assue.. smpai je perth hujan lebat dengan kesejukan 13* turun2 je banyak slps ambik bagasi banyak pegawai security kastam yang menjaga dengan beberapa ekor anjing hitam smuanya utk cek beg bisanya di mana negara yg saya pergi mesin yg check kali ni terajak spcial.. negara aussie perth guna anjing hitam cek beg anda!!! bila sampai lah satu masa giliran saya sy dah mngelabah dan negeri beberapa ekor anjing yang sedang mnjalankan tugas mencium2 dan menjilat beg sy dangan lidah yg benjelir dan penuh air liur anjing itu berhenti dan bergairah dengan beg saya...dan juga saya nak cium!! terperanjat sy..."

"ini smua gara gara sebiji buah mangga, beg saya dijilat2 dan sangat jijik dan sy merayu kpd pegawai kastam"mis im muslim plz dont touch my beg" dia jawab bhasa org puteh ini polisi disini x kesah islam hindu atau kristian smua kn check dan cium jilat dengan anjing..nak menangis rasanya bila tengok beg kesukaan sy dijilat sebegitu rupa.. kesimpulanya memang salah saya bawa buh mangga dr malaysia dan saya nak pesan kat smua.. sesiapa yg nak pergi perth balutlah beg anda dengan plastik sblum dijilat anjing.."

Ada benar juga apa yang Dato' Aliff Syukri ni kongsi.. Kita sebagai orang islam memang perlu berhati-hati dengan perkara ni.. Mungkin untuk ambil langkah berhati-hati, kita boleh awal-awal balut beg tu dengan plastik.. Tapi ini mugkin di Perth, negara lain tak pasti pula kan.. Bagi yang ada banyak pengalaman travel, mungkin dah boleh agak atau tahu apa yang akan berlaku di airport masa ketibaan.. Bagi yang mungkin kali pertama, boleh ambil ini sebagai peringatan la..

Sunday, 23 August 2015

Awan 'Garis Badai' di Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni ramai yang viral kan maklumat palsu tentang banjir besar bakal melanda Kelantan pada tahun 2015 ni.. Tapi selepas itu, muncul tersebarnya gambar tentang gambar awan yang boleh menggerunkan mata-mata yang tengok.. Tapi itu bukan gambar palsu.. Memang betul terjadi di Kota Bharu.. Macam-macam spekulasi muncul lepas itu.. Tetapi semua terjawab bila pihak Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia memberi kenyataan..


Munculnya awan ribut seolah-olah macam ombak di langit Kota Bharu pada petang Jumaat lepas disebabkan fenomena biasa akibat taufan di utara Filipina.. Jauh juga datang kesannya.. Garisan awan yang dinamakan 'Garis Badai' memang menyebabkan angin kencang dan hujan lebat di sini.. Yang pasti, fenomena Garis Badai ni mungkin akan berlaku selama sehingga 24 Ogos 2015 ini.. Dan yang paling penting, kenyataan ini paling bagus untuk dibaca..

Orang ramai tidak perlu bimbang dan dinasihatkan tidak mudah membuat spekulasi yang bukan-bukan, sebaliknya merujuk laman web Meteorologi Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai perubahan cuaca.. Kan.. Jangan la mudah nak buat spekulasi dan berita-berita palsu yang tak berasas.. Tambah-tambah kalau melibatkan nyawa.. Ya la, kata banjir besar la, ribut kencang giler-giler la.. Macam-macam.. Yang lebih penting, sama-sama doa semoga semuanya ok belaka..

Eraz tak dapat menyaksikan dengan mata sendiri garisan awan Garis Badai ni sebab tak tahu pun.. Yang tahu hanya angin kuat dan hujan.. 

Saturday, 22 August 2015

22 Ogos - 31 Ogos 2015 | Bila Astro buka Channel secara percuma, tetapi ...

Assalamualaikum w.b.t.. Bila datang office pagi ni, ada staf beritahu yang Astro beli tontonan percuma selama beberapa hari untuk 150 Channel terpilih yang ada bermula hari ini, 22 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015.. Bila on facebook, memang ada yang up status juga tentang ni.. Banyak kali juga la Astro buat macam ni dan mesti ada alasannya.. Kali ni mungkin sebab nak sambut bulan Kemerdekaan dan katanya untuk penghargaan kepada rakyat Malaysia sebab menjadi Astro the top entertainment and media brand at Putra Brand Awards 2015..


Kalau ikutkan rakan-rakan dengan status di Facebook tu, ramai yang kata TV sudah dikuasai oleh anak masing-masing sebab tengok channel BabyTV.. Yang penting anak happy.. Tapi kalau ditanyakan Eraz sendiri, Zara memang jenis yang tak suka tengok kartun yang dia tak suka.. Tapi kalau dia suka dengan satu dua kartun tu, memang tak boleh nak kata apa la.. Tak perlu tunggu channel free.. Frozen dan Despicable Me setiap hari mesti on je.. Memang dia sendiri request..

Kalau dulu kat rumah Ma Abah, bila anak-anak saudara datang rumah, mereka la yang akan tengok kartun kat TV.. Tapi sekarang, anak sendiri yang akan kuasai TV masa mereka nak.. Kalau diaorang rasa tak nak tengok TV, memang buat tak tahu je.. Tapi alhamdulillah sebab boleh rekod awal-awal, so biarkan je la anak nak tengok apa pun..

Satu lagi, walaupun tak de channel percuma ni, seriusnya memang tak sempat pun nak tengok semua channel yang ada.. Banyak channel dilanggan berlalu macam tu je.. Kalau channel movie, memang tengok kat TV Guide dan rekod mana-mana yang berminat.. Variety pulak, sama juga, rekod mana-mana siri yang best.. Sport pun jarang-jarang.. Banyak yang jarang-jarang.. Tapi kalau tak langgan kang, masa nak tengok tu, rasa tak best lak kalau tak de.. So biarkan la..

Friday, 21 August 2015

Siapa Sophia Zulkifli, Jasbir Kaur dan Marcus Low ?

Assalamualaikum w.b.t.. Dalam ingat tak ingat, rasanya memang pernah tengok promo di Astro tentang audition untuk program Masterchef Asia Musim Pertama.. Tapi lepas tu, terus lupa.. Bila 'terserempak' tengok ulangan Aku Yang Masak Kau Yang Panas, dalam hati kata macam dah lama tak tengok program masakan macam Masterchef Malaysia samada selebriti atau tidak.. Rasa patutnya dah muncul kot musim seterusnya.. Tapi senyap je.. Tup tup! Terbaca entri dari seorang rakan blogger INI..


Masterchef Asia Musim Pertama : Siapa Wakili Malaysia?.. Tu diaaa.. Baru teringat balik akan promo Masterchef Asia Musim Pertama sebelum ni.. Dah ada peserta dan akan mula siaran tak lama lagi rupanya.. Tekun baca entri dari Nukilan Kenit tentang program ni dan siapa peserta yang akan mewakili Malaysia kan.. Mereka telah memperkenalkan Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli buat pertama kalinya.. Apa yang menariknya ialah berbilang kaum.. Seolah-olah menjadi wakil untuk tiga bangsa terbesar di Malaysia.. 

So good luck untuk mereka di Masterchef Asia Musim Pertama dan memang Eraz akan 'record series' awal-awal supaya tak ketinggalan.. Tayangan akan bermula pada 3 September.. Setiap Khamis pukul 9 malam di saluran Astro 709 (Lifetime).. Cool.. Siapa Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli? Jasbir Kaur merupakan seorang surirumah berumur 54 tahun manakala Marcus Low pula seorang pengurus bank berusia 24 tahun.. Sophia Zulkifli juga seorang suri rumah berusia 31 tahun.. Siapa kata seorang surirumah tak boleh nak berjaya..? Tidak mustahil untuk mereka jadi Juara Masterchef Asia Musim Pertama.. Lagi info penuh tentang Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli, boleh baca entri dari rakan blogger KBBA Eraz ni, Puan Hanim Hashim.. 

Sophia Zulkifli
Sophia Zulkifli

Jasbir Kaur
Jasbir Kaur

Marcus Low
Marcus Low

Sebenarnya kalau mana-mana kawan follow blog ni dulu, memang Eraz ada buat entri pasal Masterchef Malaysia Musim Pertama dan Kedua, juga Masterchef Selebriti Malaysia Musim Pertama dan Kedua.. Last ialah Masterchef Malaysia All Stars.. Kalau nak ikutkan memasak, memang tak berapa mahir la.. Dari kecik, Ma je masak.. Kacau kacau dalam kuali, boleh la kot.. Sekarang isteri pulak.. Tolong gitu-gitu je.. Pernah la try ketika rasa nak pegang kuali kan.. Tapi menonton program realiti Masterchef ni memang suka.. Tapi setakat ni tengok yang Malaysia je la.. So sekarang up Asia pulak.. Haha..

Thursday, 20 August 2015

Kelantan Banjir 2015 | Jangan takutkan kami !

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam hujan bermula dari Maghrib sampailah ke pukul 12 pagi lebih rasanya.. Sempat black-out sekali sebab guruh kuat sangat.. Dalam pada kami beristirehat dengan anak-anak, wife ada katakan ada orang jangkakan Kelantan akan banjir sekali lagi macam last year.. Dalam kepala jangan nak percaya sangat la.. Bukannya betul pun.. Kadang-kadang mereka ni saje nak hangat kan cerita.. Dalam pada menunggu nak masuk tidur, dapat satu gambar seperti dibawah melalui Whatsapp.. Boleh baca tak?


Apa motif nak takutkan kami yang ramai giler jadi mangsa banjir ni? Sedangkan masih ada mangsa banjir yang belum pulih atau balik asal seperti sediakala pun.. Tolong jangan percayakan berita-berita yang tak berasas yang mana boleh membuatkan orang yang trauma atau takut akan kedatangan banjir seperti hujung tahun lepas.. 

Pengalaman tahun lepas memang menakutkan.. Air memang naik depan mata semasa Eraz duduk kemas barang-barang penting.. Sekejap sahaja tak toleh depan rumah, air dah penuh.. Bayangkan.. Cuaca panas, tetapi air naik dengan lajunya.. Alhamdulillah sempat lari ke tempat selamat dan rumah ditinggalkan dengan doa agar dipelihara keselamatannya.. Itu kawasan Eraz yang alami banjir tapi tak seteruk kawasan kampung Ma Abah di Machang.. Belum Kuala Krai dan Gua Musang kan..

Kadang-kadang terfikir apa yang mereka akan dapat dengan menyebarkan berita palsu atau berita tak berasas.. Mungkin dia tidak berada di tempat yang mangsa banjir ada kot.. Kelantan lumpuh pada masa itu.. Stok barang makanan sangat sikit.. Nasib baik sempat beli pampers dan susu anak je.. Kalau tak, tak tahu la..

Dengan tersebarnya berita yang mungkin palsu, boleh tak bayangkan ianya dibaca atau diketahui oleh orang-orang tua.. Tak ke membuatkan mereka takut? Apa-apa pun, sama-samalah kita doakan semoga Kelantan pada tahun ini dijauh banjir sepertia tahun lepas.. Juga untuk negeri-negeri lain juga.. 

Kalau dulu, bila nak masuk ke hujung tahun, mesti happy sebab banjir dan nak main air.. Tapi sekarang? Tidak lagi.. Bile hujung tak berhenti, memang kepala akan teringatkan kisah itu.. Sebelum dan Selepas banjir, dua-dua sakit.. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat semua.. Janganlah suka sebarkan berita yang kurang pasti..

Wednesday, 19 August 2015

Salah ke Lelaki / Suami Buat Kerja Rumah ?

Assalamualaikum w.b.t.. Lelaki atau suami yang ringan tulang buat kerja rumah.. Satu isu atau tidak? Rasanya bergantung kepada pemikiran individu tu kan.. Ada yang beranggapan itu adalah tugas seorang wanita atau isteri.. Sebab tu ada yang pandang pelik kalau tengok lelaki macam sidai baju atau kerja-kerja yang sewaktu dengannya.. Bagi Eraz, tidak sama sekali.. Kenapa? Saje nak share lepas tengok satu gambar yang kawan upload di Facebook semalam.. Cuba baca ni :


Apa pendapat korang? Pada mula-mula nak sidai kain depan rumah dan pada masa tu jiran ada di luar, timbul juga perasaan malu.. Tapi buat apa nak malu kalau perbuatan kita tak salah kan.. Bagi Eraz, itu bagus sebab alhamdulillah dalam family Eraz ni memang selalu macam ni.. Memang didedahkan dari kecil sampailah sekarang..

Kalau nampak wife tak larat, penat atau tak sihat atau lain-lain yang sewaktunya, memang akan ringankan tulang ni.. Terutama bila wife pregnant anak sulung.. Ringan tulang ni dengan niat ingin bantu isteri.. Kalau dia penat, kita juga yang kesian kan.. Isteri kita juga.. Rumah pun terurus kan.. Hati pun sama-sama senang kan.. Mula-mula memang rasa lain macam je, tapi bila dah biasa, ok la kan..

Sebenarnya dari kecil lagi benda di dedahkan.. Dari Abah Eraz, memang dia selalu macam ni.. Bantu Ma buat kerja-kerja rumah selain membuat kerja yang memang orang lelaki je boleh buat.. Mungkin dari situ, Eraz sendiri tengok dan mula bantu Ma di dapur, sidai baju, basuh pinggan dan lain-lain.. Al-maklum la dulu masa kecil, Ma memang bangun awal pagi untuk siapkan kuih, nasi bungkus dalam membantu Abah mencari rezeki.. Masa tu Eraz kecil lagi.. Tapi sekarang dah stop sebab anak-anak dah besar dan boleh bantu Ma Abah..

Dan ianya berterusan sampai la dah kahwin.. Bukan buat semua tu kerana di suruh, tetapi memang rela hati.. Dengan niat tak salah menolong tambah-tambah lagi jika lihat isteri memang penat sangat dengan kerja nya hari tu.. Jadi hargailah isteri anda, atau ibu anda, atau family wanita anda dan hargailah juga suami yang ringan tulang itu.. Hehe.. Wassalam..

Tuesday, 18 August 2015

Penggila Jagung Bakar !

Assalamualaikum w.b.t.. Sejak dua menjak ni, memang jadi pelanggan setia kedai makcik dan pakcik jagung ni.. Nak tanam sendiri tu, tak kan la sebab kawasan rumah Eraz ni tak de space.. Tapi kat kampung Ma dengan Abah dulu memang pernah tanam jagung.. Dan itu pun zaman Eraz bujang lagi la.. Kegilaan ni muncul lagi lepas selalu lalu depan gerai jagung masa on the way balik kerja.. Pandai gerai tu menarik perhatian..

Sekali beli bukan banyak pun.. Kalau yang bakar, at least 3 batang.. 2 batang jagung sempat dihabiskan dalam kereta.. Sambil-sambil drive tu.. Tapi kalau berhenti kat traffice light, stop jap makan.. Malu orang sebelah tengok.. Haha.. Boleh jugak macam tu.. Jagung ni boleh dijadikan pelawas untuk diri Eraz.. So ok la kan..

Kenapa tak beli banyak? Sebab tak nak membazir.. Wife tak suka sangat lagi pun baru lepas pantang.. Tak boleh makan banyak-banyak kot.. Zara pulak suka tapi masalah juga kalau bagi banyak.. So satu, kami boleh share 3.. Tengok jimat kan.. Akhirnya tak membazir.. Itu yang penting.. Hati pun suka sebab tak de istilah rasa tak cukup juga.. 

Harga tu rasanye bergantung pada tempat kot.. Tempat yang Eraz beli tu, kalau yang bakar dalam satu batang, RM 2.. Kalau yang rebus, RM 5, dapat 3 batang.. Kalau nak jimat, beli je yang mentah.. Tapi kang membazir lak kalau tak habis.. Tak kan nak makan hari-hari dan tiap-tiap hari kena rebus or bakar.. Tak sempat kot sebab balik kerja dah petang.. Nak urus anak lagi..

Lebih prefer jagung bakar sebab ada ketika tu boleh rasa lemaknya jagung, manis sikit dan masin sikit.. Kalau nak best lagi, masa panas-panas tu, cuba korang add salut dengan susu pekat! Sangat marvelous!! Ini semua gara-gara setiap hari lalu depan gerai jagung bakar dan rebus..

Pernah up dalam facebook satu status.. Masa tu baru perasan akan gerai jagung tu.. Kali pertama terlepas.. So memang malas nak pusing la.. Hari kedua terlepas lagi sebab laju sangat drivenye.. So sanggup u-turn kali ni! Dan kali ni dah buat tanda kedai, kalau nak sampai, nampak benda sekian-sekian.. So lepas pada tu, dah tak terlajak dah.. Tapi lepas tu bukan hari-hari la.. Time lalu situ dan time hati berbuak2 nak je.. Haha..

#hari ni takde jagung, tapi nak belasah rambutan!!

Monday, 17 August 2015

IT-201 4 In 1 Infrared Thermometer | Baru beli, tapi ..

Assalamualaikum w.b.t.. Termometer merupakan salah satu alat yang penting berada di rumah atau dibawakan ke nursery untuk monitor anak atau baby kita samada demam atau tidak.. Suhu badan anak ni kadang-kadang tak menentu.. Kadang-kadang tu memang cepat naik.. Kalau kita orang dewasa senang, boleh bercakap beritahu.. Tapi kalau baby? Tambah-tambah waktu malam ketika mereka dan kita sendiri nyenyak tidur.. Sama-sama kita berwaspada kerana kesan demam yang kuat kepada anak kecil atau baby adalah sangat bahaya..

Masa Zara di lahirkan dulu, kami terus beli termometer yang jenis masukkan dalam mulut.. Tapi lepas guna sekali, memang susah dan terus lepas tu kami ke farmasi terdekat dan tengok termometer yang jenis gunakan infrared.. Senang, lalukan atas dahi je kan.. Tapi harga memang 'alamak' la sikit sebab first survey dan nak belikan.. Tapi demi anak yang masih kecil dan untuk keyakinan kita menjaga anak semasa demam, belikan juga.. Memang dari tahun 2013 sehingga sekarang, termometer tu memang masih ok.. Guna di rumah dan juga bawa ke nursery ketika Zara demam..

Bila munculnya Adam, kami masih gunakan termometer yang sama.. Alhmadulillah berfungsi dengan baik.. Tapi pernah terfikir macamana kalau dua-dua demam ketika berada di nursery.. Walaupun mereka berada di tempat nursery yang sama, tetapi di aras yang berlainan.. Baby yang masih kecil diasingkan ke tingkat dua sebab tak mahu kanak-kanak yang besar ni mengganggu kan.. Bahaya pun bahaya kalau campur atau diletakkan di tempat yang boleh mereka pergi kan.. Budak-budak, faham je la kan..

So Eraz sendiri terus cuba selongkar info untuk beli satu lagi termometer untuk Adam Fitri di Lazada.. Dalam survey-survey termometer jenis yang sama iaitu guna infrared, memang tak jumpa jenis yang sama macam kami belikan dulu.. Tapi jumpa satu jenama ni.. Infrared Thermometer Model : IT-201.. Harga asal boleh tahan dan Lazada pun tengah buat sale ni.. Ok murah la jugak.. So order je la terus.. Mana tahu lepas ni harga naik lagi kan.. Baiklah! Order terus then 3, 4 hari lepas tu, sampai.. Ini dia barangnya :



Ok, try guna dulu sehari dua ni sebab kebetulan masa tu Zara demam.. 3, 4 hari juga kot Zara demam.. Semasa dapat termometer ni, memang bateri nya di asingkan dan kami menjangkakan hayatnya panjang la.. Tapi lepas guna 2 atau 3 hari, terus dapat warning bateri dah low.. Bila dah low, memang dah tak boleh guna terus la.. Berbeza dengan termometer Zara tu.. Ok, positif, mungkin sebab lama tak guna kot.. Beli je la bateri.. Bukan mahal pun.. Lingkungan RM 6.50 ke RM 8.00 atau RM 9.00 mengikut jenama pun.. Kang terdesak nak guna kan.. Tengok spek bateri, terus beli lepas balik kerja..


Try cari yang Energizer tapi tak de stok la pulak lagipun bateri bulat ni banyak jenis.. Silap belikan rugi.. So kena cari yang 3VCR2032 je.. Bateri ni sama dengan bateri untuk termometer satu lagi.. Alhamdulillah jumpa brand Panasonic.. Terus ambil dan bawa balik rumah dengan rasa excited sebab nak guna semula termometer baru ni.. Hehe..


Bila pasang, hasilnya tetap terpapar tanda LOW.. Eh! Kenapa? Dah rosak ke? Tak kan la kot.. Bateri lama ke? Alahai.. Takpe, try cabut bateri, on balik.. Try beberapa kali, tetap sama.. Masukkan bateri tu dalam termometer lama, ok je.. Errrmmmmmm.. Masalah baru muncul yang tak disangka-sangka.. Ini yang tak best ni.. Dah excited nak guna, sekali jadi macam ni la pulak!! Sakit hati..


Try lagi malamnya, tetap sama.. Try esok la pulak.. Tetap sama.. Dah rosak la agaknya.. Tak kan tak detect bateri kot.. Adoi.. Nasib badan la beli barang yang cepat rosak.. So sampai hari ni, memang tak dapat guna lagi.. Baru 15 hari order.. Warranty pula tak de.. Haha.. Sebab first time beli barang camni online dan terkena so lepas ni kalau nak beli barang-barang seumpama dengannya lagi, no more online la kot.. Lain la pakaian ke, atau barang-barang lain yang bukan ke arah elektronik sangat.. 

Eraz memang jenis yang suka beli barang online.. Selalu tak de la kena macam ni kan.. Mungkin pemilihan barang, brand yang yang tak kena.. Better beli yang harga yang 'mengejutkan' dan ianya dapat bertahan lama berbanding harga yang mungkin best tengok lepas less tapi guna tak sampai 4 hari.. Membazir namanya kan.. Kalau istilah meniaga, tak balik modal langsung.. 

Siapa ada beli brand ni? Macamana dengan korang? Ok tak? Dah lama guna? Bateri macamana? Bila tukar bateri, ok tak? #Persoalan

Sunday, 16 August 2015

Pesawat Trigana Air IL 267 Hilang


Pesawat Trigana Air IL 267 Hilang | Assalamualaikum w.b.t.. Petang ni terbaca satu lagi berita tentang pesawat hilang.. Walaupun bukan dari negara kita, tapi negara jiran, sedikit sebanyak info sampai ke sini dengan cepat.. Pesawat Trigana Air IL 267 dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.. Lebih kurang sama kes dengan MH370 yang masih belum jumpe bangkai sepenuhnya..

Pesawat Trigana Air IL 267 itu dikatakan hilang ketika berada di ruang udara Papua selepas berlepas dari Sentani-Jayapura ke Oksibil. Yang pasti, dalam membawa 49 penumpang itu, ianya termasuk dua bayi..

Sama-sama kita doakan semoga tiada yang buruk berlaku kepada Pesawat Trigana Air IL 267 ni.. Sangat merisaukan pengalaman MH370 berulang.. Juga kita doakan semoga misteri kehilangan MH370 terjawab.. Tak dapat bayangkan apa perasaan keluarga mereka yang menunggu berita sahih dan tepat..

Minggu Akhir | Syurga Nur Episod Akhir

Assalamualaikum w.b.t.. Sejujurnya tak de niat nak tengok drama Akasia | Syurga Nur ni dari mula sampai habis.. Tambah-tambah masa mula-mula tayang tu, dalam bulan puasa.. Tapi sejak dua menjak ni macam melekat pula depan tv.. Kalau tak sempat nak tengok LIVE, memang rekod awal-awal.. Tengah malam atau ada masa free, baru la sempat tengok.. Dari segi pelakon, memang boleh kata kenal la tapi tak semua la.. Trend drama Akasia TV3 sekarang ni memang ambil muka baru.. Tapi heroin drama Syurga Nur ni memang pernah tengok kat TV cuma watak berbeza..

Minggu Akhir | Syurga Nur Episod Akhir

Sebenarnya dalam tak sedar, rupanya minggu ni dah masuk ke minggu akhir dan dengan kata lain, episod akhir la.. Cuma tinggi dua episod iaitu Episod 25 dan Episod 26.. Drama ni memang selalu tunjuk sedutan episod seterusnya.. Kalau Khamis lepas, dia papar bagaimana dengan secara tidak sengaja Kamil telah tertolak isterinya, Siti sampai jatuh ke lantai dan saat-saat Nur dan makciknya kemalangan jalan raya.. Selamat ke tak Nur tu? Selamat ke tak Siti tu, memang kena tunggu drama tayang la..

Yang pasti, ikut yang apa Eraz baca, Nur akan pulang ke Malaysia dari Australia sebab passport dia hilang.. Tapi balik senyap-senyap je la.. Cuma malang tak berbau, berlaku la perkara-perkara yang tidak diingini.. Yang pasti, Nur rasanya akan kahwin dengan Haris dalam drama ni.. Tak kan nak dikahwinkan dengan Kamil lagi kan.. Perjalanan drama ni memang cepat.. Tak perlu tunggu berepisod-episod untuk masuk ke kisah baru.. Hehe..

Apa-apa pun, untuk dua episod terakhir ni memang dah direkodkan awal-awal.. Back up in case ada hal kan.. Tambah-tambah masa tu dalam lingkungan Solat Maghrib.. Jadi selamat menonton pada semua di Minggu Akhir Syurga Nur.. 

Saturday, 15 August 2015

Father's is Every Daughter's First Love

Assalamualaikum w.b.t.. Bila baca ayat tu, rasa macam tertusuk terus ke hati.. Hehe.. Bila fikir-fikir, betul jugak tu.. Lelaki mana yang anak kita yang baru lahir sayang terlebih dahulu kalau bukan ayahnya sendiri.. Dari dalam perut, teman bercakap.. Dah keluar, mungkin wajah ayahnya dulu yang akan dia tengok.. Masa jaga ibu dalam pantang dan lepas tu pun, muka ayahnya juga.. Tidur pun dengan ayahnya.. Mandi.. Kira lelaki yang selalu dan membesar dengan dia adalah ayahnya..

Sebagai orang ayah, itulah satu nikmat yang diberikan oleh Allah kepada seorang ayah dalam membesarkan anak tak kira anak lelaki atau anak perempuan.. Perasaan bila berjauhan itu sangat sakit tambah-tambah di saat anak itu sedang membesar dan mula pandai memanggil papa, abah atau ayah.. Dalam kesusahan membesarkan mereka, ayah tetap memberikan susu, makan, beli pampers dan benda wajib yang lain lagi.. 

Seletih mana pun ayah di pejabat atau ditempat kerja, memang akan layan anak kalau mereka nak bermain atau dengan rela hati ajak anak itu bermain.. Masa kecil, kita tak fikir akan semua ini.. Bila dah jadi ayah, baru lah faham apa yang ayah kita rasakan.. Dan terfikir bahawa betapa hebatnya ayah membesarkan kita sehingga kita pula bergelar ayah.. Tambahan lagi kalau kita berasal dari keluarga yang susah atau sederhana..

Alhamdulillah, berkat jasa ayah dan ibu juga, kita semua membesar dengan jayanya dan kita sebagai anak-anak, sama-samalah bertanya khabar mereka disaat mungkin mereka sedang menunggu kepulangan dan kehadiran kita.. Bagi yang telah berpisah dengan ayahnya dengan izin Allah, sedekahkanlah Al-Fatihah.. Insyaallah..



Friday, 14 August 2015

Kenangan Dengan Telefon Awam

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau dulu, telefon awam ni memang jadi pilihan ramai untuk berhubung dengan kawan-kawan dan family.. Juga urusan rasmi kot.. Bayangkan korang berada di zaman handphone tidak ada atau masih mahal sebab baru keluar.. Eraz memang sempat berada di zaman tu.. Tambah-tambah membesar di kampung kan.. Telefon rumah memang ada.. Tapi bila nak balik rumah, atau berada di luar rumah, telefon awam la kena guna.. Dan lagi kalau nak bergayut dengan siapa-siapa yang jauh kan.. Haha.. 

Telefon awam mana yang sempat korang guna?

Masa tak de transport sendiri dulu, pergi ke bandar dengan bas.. Ini zaman sekolah rendah dan awal menengah rendah.. Zaman abah belum bagi belajar motosikal.. So kalau ke bandar, memang kena naik bas.. Laluan bas pula tak lalu betul-betul depan rumah.. so bila diberhentikan di simpang mana-mana, kena la guna telefon awam ni untuk call siapa-siapa suruh datang ambil kan.. Bayangkan telefon awam tu rosak.. Dah la ada satu.. Terpaksa la menapak jalan kaki sejauh 2 ke 3 kilometer.. Fuh! Kenangan..

Lagi pengalaman masa belajar matrikulasi.. Masa zaman Eraz masuk Kolej Matrikulasi Melaka KPM Ambilan Mac 2001 tu, handphone diharamkan bawa masuk atau digunakan.. Nampak tak telefon mana jadi bestfriend setiap hari? Dah la sebelum ni tak pernah duduk asrama.. First time kena, jauh giler dari Kelantan.. Hujung minggu memang Ma Abah tak boleh datang la.. Kelantan - Melaka kot.. So setiap hari la guna telefon awam untuk call family.. Tapi nasib baik banyak.. Kalau nak privacy sikit, pergi kat dewan utama.. Orang jarang lepak situ.. Hehe..

Tapi selepas beberapa bulan, memang tak tahan.. Disebabkan ramai kawan-kawan seludup handphone, so berpakat dengan abang, beli la satu.. Haha.. Memang sorok-sorok.. Handphone masa tu memang mahal.. Nokia 3310 a.k.a handphone batu bata memang femes.. Dan zaman tu juga zaman harga sim card sangat mahal.. Eraz ingat lagi tahun 2001 tu, masa pergi beli sim card di bandar Melaka, Hotlink harga RM 199.. Bayangkan.. Masa tu prepaid je.. Jauh benar bezanya dengan sekarang..

Lagi satu masa duk guna telefon awam, memang cabaran nak kumpulkan duit syiling.. Gigih! Haha.. Kad memang ada, tapi semua kena block sebabnya ramai yang genius.. Pandai cari jalan nak curik line.. So disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga la kan.. Haha.. Kad tu pun special.. Lepas setiap kali call, mesti akan ada titik di belakang yang menandakan berapa RM dah guna.. 

Ini semua zaman tahun pertengahan 90-an dan awal 2000.. Kalau nak compare dengan sekarang, memang jauh sangat berbeza la.. Budak-budak pun dah ada handphone.. Kalau tak satu, dua kan.. No. tel prepaid pun murah.. Bila-bila masa pun boleh tukar.. Bil pun ada yang jenis murah dah sekarang.. Syukur la korang membesar di zaman yang canggih..

Tapi disebabkan zaman susah payah tu la juga membantu Eraz berada di tempat sekarang.. Memang belajar betul-betul di zaman Matrix dan target nak masuk U.. IPTS masa tu tak de lagi.. Kalau ada pun, tak banyak.. Satu dua je kot.. Kalau masuk U masa tu, boleh bilang dengan jari untuk seluruh kampung.. Demi banggakan Ma Abah, memang betul-betul pulun sehingga dapat offer sambung buat degree di USM.. Alhamdulillah.. Sekarang selepas 10 tahun graduate untuk degree, tiba masa untuk master.. 

Thursday, 13 August 2015

Zara Faleesya @ BB World KB Mall

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang apply cuti sehari sebab gantikan kerja hujung minggu.. As usual.. Dalam masa yang sama ada appiontment di klinik untuk Zara Faleesya.. Medical Checkup.. Disebabkan Mamanya kerja, so Adam terpaksa dihantar ke nursery sekejap.. Ya la, Adam kejap lagi kan, susah nak bawak dua-dua ke klinik kan.. Kecuali Mama dia ada.. Tak sampai half-day pun Adam ke nursery semalam.. 

Lepas je jumpa doktor apa semua, tengok jam macam ada masa sikit.. Jadi fikirkan nak bagi Zara happy sikit, terus drive ke KB Mall.. Sebenarnya dah lama nak bawak Zara pergi main kat BB World KB Mall tu.. Tapi masa pergi sebelum-sebelum ni, tak sempat nak masuk.. Ada je halangan.. So kali ni, sebab ada masa sikit, terus je la ke sana.. Kebetulan masa tu pagi lagi.. Pukul 11 pagi kalau tak silap.. Memang orang tengah tak ramai la.. So kami je la berlegar dalam tu..


Sebab first time pergi, memang tak tahu kena pakai stoking.. So Zara dan Papa dua-dua kena beli stokin.. 30 minit pertama dalam RM 5 dan setengah jam, setengah jam seterusnya pula RM 4 rasanya.. Lupa nak snap.. Di sebab kan tak de orang sangat, memang Zara suka-suka dia je la nak ke mana.. Tapi dalam banyak tu, memang ada satu dua mainan yang jadi favourite dia.. Kerap main dan ke situ..

Ada juga yang dia tak suka.. Contohnya macam masuk dalam bola-bola kecik.. Tak best agaknya.. Main gelonsor dia suka, tapi Eraz kena pegang la.. Rasa tak selamat nak bagi dia turun sorang macam tu.. Naik tangga memang dah selalu.. Tapi setiap tu jugalah Eraz pegang.. Kalau nak ikutkan Zara, memang dia tak nak bagi dipegang pun.. Tapi hati nurani papa kan, demi keselamatan.. Layan je la apa-apa pun..

BB World KB Mall ni memang tak luas sangat.. Mainan pun maybe terhad.. Tapi ok la untuk luangkan sedikit masa di sana dengan harga yang berpatutan.. Dua staf yang bertugas pagi tu pun nampak ok je melayan kami yang kali pertama sampai ni.. Faktor keselamatan pun ada.. Alhamdulillah.. Paip sink untuk basuk tangan pun ada.. Insyaallah, lepas ni boleh singgah lagi.. 

Wednesday, 12 August 2015

Koleksi Kasut New Balance 2015

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba hari ni nak bercakap tentang kasut.. Sebabnya dah lama tak ‘renew’ beli kasut baru terutama untuk aktiviti sukan dan kasual.. Kasut untuk kerja alhamdulillah baru ‘renew’.. Last beli masa sukan dan kasual masa nak pergi Team Building di Sungkai Perak sebelum ni.. Dalam pada duk google dan search kasut-kasut menarik ni, terjumpa gambar di bawah.. Cool giler kot.. Rupanya kasut New Balance.. Banyak juga yang best-best ni.. 


Kenapa Eraz kata banyak yang best-best? Sebabnya Eraz memang salah seorang yang sukakan kasut untuk sukan dan dalam masa yang sama boleh digunakan untuk kasual.. Kualiti mesti baik la kan.. Semestinya juga mesti la stylish kan untuk dipadankan dengan koleksi baju dan seluar.. Jadi pemilihan jenis dan corak serta warna perlu tepat ni..

Bila bercakap tentang jenama New Balance ni, rasanya semua orang pasti sudah tahu bahawa ianya sangat dikenali sebagai antara pembuat barangan sukan yang terbesar di dunia dengan penghasilan produk kasut sukan yang menarik dan bergaya kan.. Jenama ini mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam industri sukan dan dinamakan sebagai antara pakar sukan yang menyediakan keperluan untuk lelaki dan wanita.. Produk kasut New Balance boleh didapati di seluruh dunia di pelbagai cawangan New Balance store mahupun secara online.. Senang giler.. 

New Balance Malaysia menawarkan seleksi kasut sukan yang cukup berkualiti dan boleh didapati dengan pelbagai pilihan rekaan hebat dengan pelbagai fungsi.. Jika korang mencari sepasang kasut yang berkualiti maka ini adalah jenama yang pasti korang mahukan.. Dengan penggunaan teknologi yang serba moden dalam proses pembuatan mereka, New Balance telah memulakan langkah yang cukup bijak dengan penghasilan koleksi kasut New Balance generasi baru yang lebih fashionable dengan corak dan rekaan yang cukup stylish! 


Kasut New Balance terkini cukup menarik daripada segi rekaan dan ianya boleh digayakan untuk apa sahaja keperluan dan bukan hanya untuk aktiviti sukan! Tiada siapa yang pernah menduga sebelum ini bahawa kasut sukan boleh menjadi begitu stylish sehingga boleh dipakai walau kemana jua secara kasual.. Anda boleh lihat di bawah ini cara menggayakan kasut New Balance terkini dengan memadankan kasut anda dengan persalinan kegemaran bagi menghasilkan penampilan yang lebih bergaya..


Mahu kelihatan kemas bergaya namun dalam masa yang sama mahu kelihatan lebih sporty? Padankan kasut New Balance dengan persalinan kegemaran anda untuk mendapatkan gaya penampilan yang anda mahu..


Never step out of your house without a pair of shoes from New Balance to keep looking fresh and stylish! Ok tak kata-kata tu? Tak salah kita bergaya kerana daripada situ juga akan timbul satu keyakinan diri untuk diri kita sendiri.. Jika keyakinan diri tu dah berada dalam diri kita setiap hari, maka hari-hari yang diharungi dan mendatang akan menjadi hari-hari yang baik.. Jom dapatkan kasut New Balance untuk jadikan salah satu koleksi korang..

Roti Canai Warna Warni dan Berperisa ?

Assalamualaikum w.b.t.. Beberapa hari lepas, Eraz dah cerita tentang cara orang Kelantan pekena roti canai dengan cara mereka tersendiri.. Manis dan Kelantanese memang tak boleh lari kan.. Dalam masa yang sama, samada di blog atau media sosial, memang ramai orang Kelantan atau orang yang ada kaitan dengan Kelantanese memang setuju dengan apa yang Eraz katakan.. Haha.. Tapi berwaspada dengan makanan manis ya.. 

Masa duk merayau di Facebook tadi tiba-tiba nampak macam gambar roti canai.. Tapi warna warni.. Errmmmmm.. Try baca memang betul.. Adunan yang dalam bekas warna warni tu nampak macam kuih.. Tapi bila dan goreng atas kuali roti canai tu, macam dah nampak pelik je.. Lain macam je.. Roti canai ke kuih apa tu kan.. Jujurnya Eraz belum pernah jumpa lagi di kedai, jauh sekali la merasa kan.. Cuba tengok ni.. Siap ada perisa lagi kot.. Vanila, Pandan, Pisang mengikut warna yang sesuai ke? Bitu Hijau Kuning.. Hehe..




First memang bagus dari segi kreativiti.. Orang belum buat kan.. So maybe boleh tarik lebih ramai pelanggan.. Tapi sesetengah orang mungkin tidak.. Bile tengok lain ari yang lain, kang budak-budak pun takut nak baca.. Tengok tengok pun lain macam.. Masih ada rasa macam roti canai biasa ke? Hehe.. Apa-apa pun, belum cuba belum tahu kan.. Siapa yang dah cuba mesti ada pendapatnya.. Eraz, belum pernah jumpa la..

Sama juga dengan isu jubah lelaki sekarang.. Banyak jumpa design yang terbaru.. Ada yang masih mengekalkan ciri-ciri jubah yang dulu-dulu.. Ada yang dah lari jauh.. Sekadar main warna, ok kot.. Tapi tak keterlaluan la.. Tapi bila dah berubah design lebih fashion, mana letaknya keisitimewaan jubah tu? Errrrmmmmm.. Sekadar berkongsi..

Tuesday, 11 August 2015

Kit Kat & M&M dan Kek Batik untuk Majlis Aidilfitri 2015

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdullilah selepas lama merancang untuk mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2015 untuk kakitangan pejabat, akhirnya terlaksana semalam.. Bermula dari pagi mengadakan persediaan dengan masing-masing dengan juadah masing-masing.. Tepat pukul 11.00 pagi, majlis dirasmikan oleh Dato' Pengarah dan berlangsung sehingga pukul 3.00 petang..

Sepatutnya majlis tu dihadiri juga wife, Zara dan Adam tetapi wife dan kawannya sahaja yang datang.. Kami memang sengaja tak ambil Zara dan Adam di nursery kerana tak nak mengganggu waktu rehat dan tidur Zara.. Lagipun Zara baru ok dari demam selama beberapa malam.. Kalau tahun lepas, majlis dimeriahkan oleh anak-anak kecil, tapi tahun ni kurang sikit..



Untuk tahun ni, Eraz bawakan Kit Kat & M&M dan Kek Batik.. Bukan buat sendiri pun.. Mana la sempat.. Tempah lagi senang.. Book awal dan minta hantar secara delivery ke office.. Dah lama berkenang nak try Kit Kat & M&M tu.. Akhirnya terlaksanan juga dan boleh juga bagi kawan-kawan rasa.. Mungkin lepas ni boleh tempah lagi tapi request jenis kek di dalam yang lain.. Baru ada kelainan kan..

Kek Batik memang sentiasa marvelous.. Sedap.. Wife dah belajar dan tahu sikit-sikit cara dan tips, so lepas ni mungkin boleh buat sendiri.. Sebelum ni buat, ada je yang tak kena.. Lembek la, itu la ini la.. Yang kami order ni memang biskut dia masih keras dan coklat pun best.. Lebih sedap kalau makan lepas lama di keluarkan dalam peti ais jika simpan lama..

Monday, 10 August 2015

Abang Sado ke Adik Sado?

Assalamualaikum w.b.t.. Ini lah body terbaru anak teruna Eraz, Adam Fitri.. Sangat sado sekarang.. Alhamdulillah, disamping sado tu, Allah kurniakan kesihatan yang baik pada dia.. Setakat ni belum ada demam-demam lagi.. Dengan doa mengharapkan Adam akan membesar dengan sihat dan walafiat.. Sekarang ni dah masuk 2 bulan lebih tapi kalau orang tak tahu, ingatkan nak beberapa bulan ke depan.. Memang berbeza dari Zara dulu.. Mungkin salah satunya sebab baby boy kot..


Perkembangan pembesaran dan tingkahlaku pun cepat nampaknya.. Belum masuk 2 bulan dah panggil nak orang layan bercakap.. Kalau panggil nama, memang cepat di cari.. Dah pandai angkat punggung.. Tidur pun buas.. Memang tak lekat di bantal.. Dalam percubaan nak terbalikkan badan.. Memang tak sabar nak tunggu Adam besar untuk lihat dia main dengan Kakak Zara..

Macam entri sebelum ni, memang jagaan antara Adam dan Zara sangat berbeza.. Takpe, yang pasti Papa dan Mama boleh handle.. Suara Adam ni boleh tahan.. Kalau dia menangis nak susu, memang jenis tak sabar.. Terus menangis kuat.. Sama juga jarak menyusu.. Kadang-kadang tak sangka dalam sejam tu, dia leh repeat menyusu dengan banyak.. Kadang-kadang jauh juga jaraknya.. 

Insyaallah kami dalam perancangan nak buat saya family trip ke mana-mana sebab selama ni duk fikir sibuk kerja, fikir cuti tak sama.. Selagi tak try untuk plan, benda tu tak kan jadi kan.. Masa anak kecil ni la nak bina kenangan banyak kan.. Bila anak dah besar dan buat hal masing-masing, masa tu memang boleh, tapi mungkin tak sama kan.. Insyaallah yang pertama ni bulan September berikutan Eraz ada hal kat sana.. Hal ape? Rujuk SINI.. Insyaallah..