Saturday, 29 August 2015

2006 - 2007 | Usaha Gigih Mencari Kerja !

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya dalam mengemas barang baru ni, terjumpa satu notepad zaman tahun 2006 hingga awal 2007.. Masa tu memang sangat gigih mencari kerja sampai ada satu blog khas ceritakan susah payah mencari kerja.. Tapi blog tu dah berkubur.. Memang laman web jobstreet sentiasa di buka untuk mencari kerja.. Dan akhbar Star pada hari Sabtu, wajib beli sebab dalam tu sangat banyak iklan jawatan kosong..

Tak kira jawatan tu ada di KL, atau berhampiran, memang minta je.. Pernah sangkut interview di KL, tapi semua tak dapat nak pergi sebab berada di Kelantan dan dapat call last minute.. Mana ada masa ke cari tiket bas dan ke sana kan.. Ada juga di interview melalui telefon.. Di sebab jarang ke interview melalui telefon, neves la wei.. English pulak tu.. Pernah cuba untuk mohon jawatan PTN di bawah SUK (Kelantan), alhamdulillah dapat ujian dan lulus.. Dapat ke assessment di INTAN Timur, tapi sangkut di situ sebab bersaing dengan orang yang banyak pengalaman.. Tiada rezeki..

Tapi melalui NST, tengok iklan Admin Executive di sebuah syarikat bas di KL.. Gaji ditawarkan ok tapi masa tu belum konvo lagi.. Apply je la.. Then dapat call untuk interview.. Terus pergi.. Alhamdulillah dapat.. Kerja tak lama.. Memang orang kata fresh graduate, cabarannya mencabar tambah-tambah di tempat baru.. Lepas resign, terus balik kampung, ambil lesen kereta dan motor then apply kerja sekarang ni dan alhamdulillah bermula Mac 2007 hingga sekarang, masih di tempat yang sama..


Bukan senang untuk mendapat kerja yang stabil dan di tempat kelahiran sendiri kan.. Tetapi rezeki tu di mana-mana.. Mungkin terpaksa merantau dulu then akhirnya balik ke tempat asal.. Maybe di tempat asal dulu then terpaksa merantau untuk updage jawatan.. Macam-macam.. So kepada yang masih belum kerja, usaha jangan putus.. Teruskan walaupun korang dah rasa give up.. Mana tahu, dengan hantar permohonan atau CV ke company di last minute, itu yang dipanggil.. Tiada yang mustahil..

Kalau korang boleh tengok note pad tu, memang penuh dengan senarai jawatan yang Eraz jumpa.. Kalau dah pos or email dokumen, terus potong dah tunggu respon.. Kalau senyap je, tak dapat la tu kan.. Jangan kita mengharapkan lepas graduate, terus mendapat kerja dengan kelulusan kita.. Tak salah bermula dari bawah dan mana tahu dalam masa bekerja tu ada kekosongan yang sesuai dengan jawatan..

Lagi satu, kalau la kita tak suka dengan kerja sekarang, jangan la berhenti terus tanpa mencari dan dapat kerja lain lagi.. Tak pasal jadi penganggur kan.. Then dalam memilih company untuk berhijrah, cariklah yang lebih baik dari sebelum.. Jangan kita lari dari kerja sekarang, dan melompat ke company yang mempunyai masalah.. Wassalam..

14 comments:

  1. salam...
    yup.btul..mcm keadaan yaya skrng..tgh proses mcari koje len..huhu
    hope dpt lbh baik dr yg skrng ni..amin..
    heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Hope Yaya dapat kerja yang lbh baik.. :)

      Delete
  2. salam abg eraz, buat masa sekarang susah nak cari kerja, apa yang ada kerja buat yang terbaik sementara nak mencari yang lebih sesuai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, itu pun rezeki kan.. Mn tahu lps ni, lg murah rezekinya..

      Delete
  3. Waaaa hebatnyaa (Y). Sy skrg ni pun sdg mencari kerja. Hee.

    ReplyDelete
  4. mmg susah nak cari kerja sekarang ni. Saya pun dah sambung blajar baru kna panggil kerja yang dia interview tahun lepas.. -_-"

    ReplyDelete
  5. yup betoi tu......kite pon tgh merasa bende yg same sekarang nie :0

    ReplyDelete
  6. setiap orang ada pengalaman pahit manis permulaan mencari kerja. Macam akak, alhamdulillah.. Tuhan permudahkan.. Tapi terpaksa cuti panjang sebelum pencen.. hehehe.. rezeki setakat itu kat situ..

    ReplyDelete
  7. yang penting usaha doa dan tawaqal insyalllah ,ALLAH tlg

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.