Tuesday, 14 July 2015

Zakat Fitrah

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah semalam selamat menunaikan Zakat Fitrah di salah sebuah masjid di kawasan Kota Bharu ni.. Tahun lepas pun Eraz tunaikan di sana juga cuma bezanya ialah tahun lepas untuk 3 orang tapi tahun ni untuk 4 orang.. Memang ada plan ada buat seawal yang mungkin, bila ada kekangan kerja dan hal personal, memang terlepas..

Di Kelantan tak macam di KL sebab katanya siap ada ala-ala drive thru lagi kan.. Kaunter pun mungkin banyak.. Tapi kat Kelantan memang terhad sikit benda-benda macam tu.. Kalau ada pun mungkin tak diwar-warkan sangat dan Eraz sendiri pun tak keluar sangat untuk ke Mall ke atau lain-lain.. 

Pernah terserempak kaunter Zakat Fitrah di Mydin Kubang Kerian.. Tapi 3 tahun yang lepas kot.. Kebelakangan ni masa pergi tu macam tak de.. Tapi itu bukan alasan.. Mesti ada tempatnya kan.. Pandai-pandai la cari.. Tempat paling senang ialah di masjid.. Sibuk-sibuk sangat pun, pergi Solat Zohor berjemaah  dan pastinya akan ada tok imam akan bukak peluang untuk siapa-siapa nak bayar Zakat Fitrah.. 

So siapa yang belum tunaikan Zakat Fitrah tu, boleh dah kot tunaikan sebab Syawal nak sampai dah ni.. Perkara wajib.. Sama-sama kita ingat-mengingati..

2 comments:

  1. biasa aku bayar pagi raya.tapi tahun ni bayar awal sebab alang-alang terserempak kat Tesco

    ReplyDelete
  2. tahun ni tuk pertama kali keluarkan tuk diri sendiri

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.