Thursday, 16 July 2015

“Safe Mode Kids” | Maxis Memperkenalkan Suara Kanak-Kanak Untuk Navigasi Waze

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.. “Safe Mode Kids” | Maxis Memperkenalkan Suara Kanak-Kanak Untuk Navigasi Waze.. Sebagai pengguna setia Maxis dari tahun 2001 lagi, memang teruja dengar kempen terbaru ni.. Alhamdulillah, hari ni merupakan hari terakhir kita berpuasa di bulan Ramadhan dan esok merupakan Hari Raya Aidilfitri 2015.. Mesti ada dikalangan kita yang telah memandu pulang ke kampung dan mungkin ada yang akan memulakan perjalanan hari ini.. Ada juga yang mula balik kampong lepas raya.. Ucapan yang biasa kita ucapkan ialah "Pandulah Dengan Selamat".. Betul kan.. Haaaa.. Ini entri istimewa yang boleh dikaitkan dengan balik kampung ni.. Selain balik kampung, pemandu ke tempat kerja atau tempat lain pun boleh dipakai..

“Safe Mode Kids” | Maxis Memperkenalkan Suara Kanak-Kanak Untuk Navigasi Waze
“Safe Mode Kids” | Maxis Memperkenalkan Suara Kanak-Kanak Untuk Navigasi Waze

Kempen Safe Mode Kids.. Pada yang baru pertama kali dengar, hari ni Eraz nak kongsi apa itu Safe Mode Kids.. Safe Mode Kids adalah hasil pertama kalinya kerjasama antara Google­owned Waze dan Maxis.. Ianya telah diilhamkan selepas satu kajian dibuat.. Kajian berkenaan telah mendapati 97% daripada ibu bapa di Malaysia yang menyatakan bahawa mereka akan memandu dengan lebih berhati-hati apabila anak-anak ada bersama mereka didalam kenderaan tersebut.. Menarik kan.. 

Oleh sebab itu, Safe Mode Kids juga boleh dikatakan satu projek mengumpulkan suara kanak-kanak di Malaysia dalam lingkungan umur 3 hingga 12 tahun untuk membina satu cara yang inovatif untuk mengingatkan para ibu bapa supaya memandu dengan lebih berhati-hati. Ianya sangat berbeza dengan Waze yang biasa kerana biasanya satu suara akan kedengaran tapi dengan Maxis 'Safe Mode Kids' telah menjemput kanak-kanak berbeza yang sanggup ‘menderma’kan suara mereka yang comel untuk memberi arah dan peringatan supaya memandu dengan lebih berhati-hati..

Kalau Waze yang biasa, mesti korang dah biasa dengan ‘All set. Don’t forget your seatbelt’, ‘Re­routing. Eyes on the Road!’ dan “Accident reported ahead. Please be careful, ok?” dengan satu suara yang biasa.. Tapi bayangkan tiba-tiba suara berkenaan bertukar kepada suara kanak-kanak yang seakan-akan suara anak-anak kita.. Menarik! 

Sangat bertepatan dengan musim perayaan sekarang, Kempen Safe Mode Kids sememangnya boleh membantu para ibu bapa lebih fokus pada pemanduan untuk menjamin keselamatan keluarga sehingga sampai ke destinasi dan kembali semula ke destinasi asal..

Kempen Safe Mode Kids ini telah memulakan pencarian 100 kanak-kanak dan telah disenaraipendekkan kepada 20 kanak-kanak sahaja..



Nak tengok aksi comel mereka semasa merakamkan suara? Boleh tengok video Youtube di bawah :


Ok, Eraz pasti ramai yang akan teruja untuk gunakan Safe Mode Kids ni.. So ini serba sedikit cara yang untuk dapatkannya :

1) Download / Buka Waze
2) Pilih Settings
3) Klik Sound
4) Pergi ke Voice Language
5) Pilih “English (US) – Safe Mode with Kids” (powered by Maxis)

(Klik pada gambar untuk besarkan)

Senang bukan?

Bagi Eraz sendiri, memang terasa nak explore kreativiti ini sebab apa matlamat akhir kita semua ialah untuk memastikan sepanjang perjalanan selamat demi keluarga terutama anak-anak yang menaruh kepercayaan kepada kita sebagai ibu bapa yang memandu.. Jika tidak keberatan, boleh la kongsikan entri ini kepada kawan-kawan yang lain juga supaya ianya dapat membantu kawan-kawan kita juga..
Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh layari laman web Maxis ini : http://www.maxis.com.my/safemode 

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.