Monday, 13 July 2015

Kenali Perkembangan Pertuturan Normal

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau ada anak yang sedang membesar, mesti kita akan mengambil berat tentang semua hal yang bakal berlaku dan telah berlaku.. Terutama untuk anak sulung.. Kita semestinya mengharapkan sesuatu yang normal berlaku pada mereka dan membesar dengan sihat dan walafiat.. 

Hari ini Eraz nak share apa yang Eraz baca di Utusan Malaysia baru ni.. Kebetulan pada ketika ini, anak Eraz, Zara Faleesya hampir beberapa hari lagi nak masuk ke 2 tahun dan mengikuti perkembangan pertuturan dia.. Memang nak tahu juga setakat umur dia pada masa itu, tahap mana pertuturan dia kan.. Normal atau tidak.. Jadi ini hasil yang Eraz jumpa baru ni..


0-6 Bulan : Mengeluarkan suara sebagai respon pada interaksi, memberi perhatian kepada pertuturan dan muzik.

6-12 Bulan : Menghasilkan bunyi bebelan seperti papa, nana dan sebagainya. Memahami perkataan harian yang mudah dan meniru bunyi pertuturan.

1-2 Tahun : Memahami arahan dan soalan mudah. Mula menggunakan pertuturan. Boleh membina ayat mudah seperti "nak air" pada usia dua tahun.

2-3 Tahun : Menggunakan 2-3 perkataan dalam satu ayat. Pertuturan difahami oleh ahli keluarga.

Alhamdulillah Zara mengikut apa yang normal di usianya.. Semakin hari semakin banyak perkataan yang dia sebut dan cuba untuk menyambung perkataan-perkataan yang dia pandai sebut menjadi ayat dua perkataan.. Ok la kan pada tahap umur dia.. So apa kawan-kawan yang lain, boleh baca perkembangan di atas dan compare dengan perkembangan anak.. Kalau tidak mengikut apa yang normal, mungkin perlu buat sesuatu demi masa depan anak-anak..

Tak perlu risau akan sesuatu yang buruk berlaku kerana di masa sekarang, sudah ada cara untuk memulihkan keadaan jika ianya belum terlewat.. Jadi sama-sama kita mengambil berat dan cuba untuk membentuk anak kita menjadi insan yang lebih baik.. Insyaallah..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.