Sunday, 12 July 2015

Hero kami yang makin hari, makin membesar ..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, sekarang ni Adam Fitri dah lepas 44 hari dan semakin hari, semakin membesar dengan 'pesat'.. Hehe.. Berbeza dengan Zara Faleesya dulu.. Memang Zara pun makin hari makin membesar, tapi tak secepat Adam.. Maybe itulah antara perbezaan antara anak lelaki dan anak perempuan..

Sebenarnya ada banyak perbezaan antara membesarkan anak lelaki dan anak perempuan.. Cata mereka membesar pun lain.. Antaranya dari segi penyusuan.. Adam memang jenis kuat menyusu.. Kalau dia rasa lapar sikit je, mesti akan 'mengamuk'.. Di sebabkan wife memang nak menyusu ibu secara
eksklusif kali ni, memang kena sabar la melayan.. Dalam masa yang sama, kena simpan stok untuk ke nursery nanti..

Adam juga kalau dah mula menyusu, nampak macam tak nak lepas je.. Kalau boleh nak menyusu sampai ke titisan akhir.. Memang tak mustahil memang sekarang Adam lebih tumbesaran berbanding Zara dulu.. Masa pergi suntik umur sebulan baru ni, dah nak ke 4.4 kg.. Sekarang ni rasanya mesti dah bertambah lagi..

Lepas ni memang Papa tak payah workout bahagian dada dan lengan dah kot sebab dah ada anak yang boleh didukung.. Seorang 4 kilo lebih, seorang lagi 9 kilo lebih.. Hehe.. Apa-apa pun, hari ni cuti dan mas untuk mereka.. Apa kata bawak keluar jalan-jalan.. Hmmm.. 

2 comments:

  1. Alhamdulillah adam fitri semakin bambam..seronok nak cubit pipi..

    ReplyDelete
  2. Hahhaha lepas ni dah tough la asyik exercise dukung baby. :D

    Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.