Tuesday, 21 July 2015

Hanya klik #PakcikMisteri TM untuk Menderma Syiling

Assalamualaikum w.b.t.. Mesti korang dah pernah tengok iklan #PakcikMisteri dari TM ni di TV kan.. Semuanya sempena Raya Aidilfitri 2015 ni.. Menyenutuh hati tak? Ke tak pernah tengok full lagi? Haaaa.. Melalui link ini : https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/ korang boleh tengok full macamana terjadinya pertemuan seorang gadis dengan #PakcikMisteri dan bagaimana mereka boleh bersama-sama menyambut hari raya Aidilfitri.. Video yang sangat-sangat menarik..

Selain daripada menonton, dalam masa yang sama korang sebenarnya telah menderma ke badan-badan terpilih tanpa korang sedar.. Senang kan.. Tak keluarkan wang ringgit pun, hanya luangkan sedikit masa je.. Dan ianya boleh diulang-ulang.. Kelebihan menderma sangat mulia tambah-tambah di bulan mulia ini.. Apa yang korang perlu buat, hanya klik https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/ sampai habis dan berapa syiling untuk derma dikumpulkan akan dipaparkan selepas tamat video.. Sangat menarik! 

Jom klik iklan di bawah untuk mula menderma :


Nak maklumat lebih detail lagi tentang cara menderma ini? Sangat-sangat mudah dan senang.. Tidak perlu keluarkan duit raya atau duit gaji pun.. Adik-adik di sekolah pun boleh menderma.. Alhamdulillah.. So cuba korang baca dan ikut arahan ini :

1. Korang cuma perlu menonton video https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/ dan klik sebanyak mungkin. Klik anda akan meningkatkan jumlah sumbangan yang TM akan menderma kepada Pertubuhan Wanita & Kesihatan (WAKE), Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah Pendang, Kedah dan Sabah Earthquake Relief Fund (Project Komuniti Digital TM)

2. Selepas korang klik, share kepada rakan-rakan korang dan keluarga korang melalui laman sosial korang untuk membantu mengelik!

3. Jangan lupa hashtag #TMRaya2015 #OrangMemberi #KitaMerasa #PakcikMisteri #AgakAgakBerapa pada pos korang!

Klik korang boleh memberi impak yang besar kepada kehidupan seseorang individu.. Bantuan korang amat dihargai.. Jom ramai-ramai sokong program ini untuk membantu rakan-rakan yang memerlukan.. Mungkin hari ini hari mereka, hari kita, kita tak tahu kan..


Terima kasih kepada semua yang mula menderma selepas membaca entri ini.. Insyaallah semoga kita semua diberkati.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.