Thursday, 2 July 2015

Gajet Punca Anak Lambat Bercakap


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni tak sempat nak muncul dengan entri awal pagi sebab datang je office, terus dapat panggilan untuk meeting ala-ala tergempar gitu.. Bincang apa step seterusnya untuk majukan lagi organisasi.. Hehe.. Sempat upload gambar je, isi tak de.. So sekarang boleh karang semula perkara ni dan mungkin berguna untuk korang semula atau mungkin boleh bagi satu idea untuk satu-satu perkara..

Eraz nak share apa pendapat Eraz tentang hal ini : Gajet Punca Anak Lambat Bercakap.. Fikir-fikir macam hmmmmmmmm.. Tapi lepas kita amati betul-betul, memang perkara ni betul.. Siapa setuju? Ini realiti kanak-kanak sekarang.. Mereka lebih suka berkawan dengan gajet-gajet canggih ni berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka.. Bila mereka banyak masa bersama gajet-gajet canggih ni, komunikasi memang tidak akan berlaku.. 

Kanak-kanak memang perlukan komunikasi dua hala dan ianya membolehkan rangsangan untuk galakkan mereka bercakap.. Betul kan.. Kalau hanya dengan gajet, dengan siapa dia nak bercakap.. Sebab tu la ibu bapa memang kena pantau hal ini supaya ianya tak melarat menjadi satu perkara yang sangat serius..

Eraz sendiri memang tak bagi sangat Zara main phone atau tab yang boleh melalaikan mereka.. Bukan tak bagi, bagi juga tapi tengok masa dan keadaan.. Jangka masa main benda tu tu perlu dititik berat.. Sebab tu la, ibu bapa perlu belikan bahan lain yang boleh membuatkan mereka cuba berkomunikasi dengan kita macam main mainan atau beli buku mewarna dan main sama-sama.. Itu mungkin salah satu caranya la kan..

Dengan hantarnya ke nursery juga salah satu untuk halang mereka berdampingan dengan gajet best ni.. Ya la, pergi nursery, memang tak akan benarkan bawak benda gajet-gajet ni.. Kalau bawak jugak, kalau tak merebut dengan kawan-kawan, mungkin boleh terus hilang.. Betul tak? Pendedahan memang perlu untuk mereka sebab nanti jadi ketinggalan zaman pula, tapi kawalan juga sangat penting..

Rasa bahagia giler masa pertama kami anak kita dapat memanggil 'Papa' or 'Mama'.. Tambah-tambah kalau anak sulung kan.. Perasaan tu memang tak boleh huraikan.. So maybe artikel seperti Gajet Punca Anak Lambat Bercakap mungkin tidak rugi dibaca dan maybe boleh kongsikan dengan rakan lain juga..

#Sekadar berkongsi

1 comment:

  1. salam, samala anak buah lmbt bercakap sbb suka habiskan masa dgn tab :p :D

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.