Thursday, 9 July 2015

Family Dulu & Sekarang

Assalamualaikum w.b.t.. Bila kita sebut 'Dahulu dan Sekarang', memang akan jelas boleh nampak apa yang berbeza dalam semua aspek.. Dalam satu lukisan nukilan sahabat blogger Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Syed Alwi., ini salah satu situasi yang berlaku sekarang ni.. Tak perlu explain tentang gambar tu sebab memang terang dah jelas maksudnya..



Rasanya apa sebab semua ni berlaku? For sure sebab peredaran zaman kan.. Di zaman yang maju, gajet-gajet canggih muncul, yang boleh kata telah 'makan' semua yang berlaku dulu.. Jadi siapa yang perlu bertanggungjawab untuk memulihkan keadaan?

Kalau kata nak pulihkan keadaan untuk semua orang, memang payah la kan.. Tapi untuk pulihkan keadaan dalam family kita sendiri, itu tidak mustahil.. Sebagai ketua keluarga, mesti ada jalannya.. Dibantu pula dengan permaisuri hidup, lagi la akan berkesan..

Salah satu caranya, janganlah kita sendiri terjebak dalam kencah habiskan masa dengan gajet-gajet canggih ni.. So anak-anak pun tak terikut la kan.. Ini tidak, kita sendiri yang mulakan, anak for sure la terikut..

Dalam facebook semalam, Eraz ada ternampak seorang kawan postkan satu gambar tiga beranak makan di sebuah kedai.. Ada ayah, ibu dan anak perempuan rasanya.. Si ayah main handphone, di ibu pun sama main handphone.. Si anak pula duduk di meja makan, merenung perbuatan kedua ibu bapa mereka.. Dari situ la dia belajar..

So? Bergantung pada diri kita sendiri la.. 

3 comments:

  1. Kita mampu mengubahnya..yang penting kesungguhan untuk mengubah..

    ReplyDelete
  2. memang inilah yang berlaku di realitinya sekarang nih...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.