Adam Fitri | Hari Kedua
Assalamualaikum w.b.t.. Kalau dulu, ada label 'Diari Nur Zara Faleesya'.. Memang banyak la kisah dan cerita Zara dalam label tu kan.. So sekarang bertambahlah satu label lagi iaitu 'Diari Adam Fitri'.. Mungkin bila Adam dah besar nanti, boleh la baca apa yang Papa tuliskan kat sini.. Macamana Adam dilahirkan, membesar dan lain-lain.. Salah satu ceritanya ialah nasib baik Adam tak dilahirkan di Penang.. Kalau tidak, memang akan ber'IC' Penang la, bukan Kelantan.. Al-kisahnya macam ni..
Pada 23 Mei tu, wife dapat email panggilan untuk interview satu jawatan baru yang boleh kata untuk kenaikan pangkat juga la kalau dapat.. Bukan senang nak dapat.. Kena hadir exam dulu.. Dalam beratus or maybe beribu yang hadir exam, hanya puluh-puluh je kot yang akan dipanggil.. Dan alhamdulillah, wife Eraz termasuk sekali.. So pada 23 Mei tu, baru dapat email dari Induk di Penang minta ke sana pada 26 Mei..
Alamak, beberapa hari je kot lagi.. Memang kena buat keputusan cepat.. Dalam la masa tu 37 weeks ++ hamilkan Adam.. Risau memang ada sebab runsing bersalin awal.. Tapi demi masa depan dan peluang ni datang mungkin sekali, dua kali je dalam hidup, so kami decide pergi drive dari Kelantan ke Penang dan bawa seorang adik ipar perempuan untuk bantu jaga Zara Faleesya..
Terpaksa bertolak sehari awal iaitu 25 Mei dan balik sehari selepas interview iaitu 27 Mei.. Dalam hati dan lepas solat memang berdoakan agar perjalanan semua ok, berjalan lancar dan bersalin lepas sampai Kelantan.. Alhamdulillah, kami selamat sampai sebelum Maghrib dan check in di Alora Hotel Penang.. Malam tu hanya keluar makan je sebab nak rehat..
So esok 26 Mei berlangsung interview dan lepas daripada itu bawa adik ipar dan Zara jalan-jalan kat shopping Mall.. Boleh la jalan-jalan dan beli barang sikit mana-mana yang perlu.. Tak duk lama pun kat Mall tu sebab dah malam sangat.. Wife yang pregnant lagi la penatkan nak berdiri or jalan lama-lama.. Janji perut telah diisi, itu alhamdulillah..
So esoknya, 27 Mei kami pagi-pagi dah keluar dari hotel, check-out dan semasa wife tengah bersiap, memang dia ada rasa sakit kontraksi sikit-sikit.. Tapi sikit je, kami terus keluar makan dulu kat Nasi Kandar Subaidah dekat USM Penang lepas tu ke Georgtown sebab nak visit Penang 3D Art Museum.. Alang-alang dah sampai, bawa la adik ipar ke sana.. Masih rasa kontraksi tapi terkawal lagi.. Then sempat lagi ke Komtar untuk beli sesuatu untuk family sebelum terus bertolak balik Kelantan dan plan Solat Zohor di dalam perjalanan..
Dijadikan cerita sebenarnya semasa di hotel pagi tadi tu memang dah kontraksi nak bersalin.. Cuma wife buat tak tahu je.. Dalam perjalanan balik lagi la rasa kontraksi tu.. Boleh rasa dalam 5 minit sekali.. Sib baik la kami dah bertolak balik dan tak sangka juga itu kontraksi nak bersalin yang betul-betul.. Ingat yang false punya.. So sampai kat Kelantan, malam tu tu rehat relax kat rumah dulu dan wife plan nak pergi..
Sekali bangun pagi tu, tak larat dia nak pergi kerja sebab sakit.. Tapi relaz dulu lagi.. Rehat-rehat.. Makan kasi kenyang dulu.. Sebab tak sesakit semasa dia nak lahirkan Zara dulu.. Dalam pukul 11 am, Eraz dari office balik ke rumah, bawa ke HUSM dan dalam kepala maybe boleh balik pula sebab dalam kepala, tak beranak lagi kot.. Sekali sampai sana, dah 5 cm.. Haha.. Sib baik sempat sampai Kelantan.. Wife pun memang bertahan macam biasa sebab bagi dia, sakit tu biasa je berbanding dengan sakit nak lahirkan Zara dulu..
Lepas semua dah ready, masuk labour room dan alhamdulillah dengan Eraz ada sekali bersama wife, 10.22 pm, Adam Fitri selamat dilahirkan.. Alhamdulillah.. Hero kami selamat dilahirkan.. Kami memang dah tahu dari awal akan dapat hero sebab scan awal-awal dulu, memang nampak boiboy.. Kira persiapan pakaian, memang beli khas untuk lelaki..
Itulah kisahnya Adam hampir-hampir dilahirkan di Penang.. Kalau tak, memang jadi anak mami la dia.. Haha.. Yang penting sekarang semua sihat walafiat.. Wife pun dah nak habis pantang.. Adam pun sihat.. Cuma cara menjaga anak lelaki dan perempuan ni memang berbeza.. Alhamdulillah Allah kurniakan kami rezeki untuk dapat sepasang.. Syukur..
Alhamdulillah rezeki daripada Allah..Allah permudahkan semuanya..
ReplyDeletesinggah ukhuwah
salam Ramadhan
#4372 done follow