Tuesday, 7 July 2015

Dialog Popular di Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t.. Ini di antara dialog yang sangat popular di hari raya atau mana-mana tempat berkumpul dan ada majlis ramai-ramai.. Eraz jumpa ini di Facebook juga ni.. Tapi kalau tak jumpa kat facebook pun, memang soalan popular dari zaman dulu lagi kot.. Eraz dah lalui dari zaman lepas belajar di USM lagi.. Dan soalan macam ni tak kan stop punya.. 


  • Bila nak kahwin
  • Bila nak mengandung
  • Kau Bila lagi (mengandung / kahwin)
  • Tunggu apa lagi? (mengandung / kahwin)
  • Adik kau dah anak 2, kau sorang pun belum


Itu diantara yang tertulis dalam gambar di atas.. Cuba bayangkan kalau soalan tu di tanya pada orang yang nak berkahwin sebenarnya tapi tak de jodoh lagi.. Lain la kalau dia memang tak nak kahwin.. Mesti dia tak kisah kan.. Dan bayangkan juga kalau soalan tu di tanya pada pasangan suami isteri yang memang nakkan anak tpai belum ada rezeki.. Lain la kalau mereka memang merancang..

Luluh hati kot.. Nak bagi reaksi sedih, tak elok.. Terpaksa berlakon la kan.. Tapi kalau soalan itu tidak ditanya, semuanya tak jadi kan.. Eraz salah seorang yang takut soalan macam tu.. Samada untuk di tanya dan menanya.. Eraz pun kahwin di umur 28 tahun.. Bayangkan banyak mana soalan tu diterima.. Cakap tak de girlfriend, cakap tak percaya la.. Cakap memilih la, apa la.. 

Sama juga dengan anak.. Eraz berkahwin dan bukan terus dapat Zara Faleesya.. Wife pernah keguguran dan cabarannya tetap ada.. Tapi kami redha dan pasrah la.. Usaha lagi la kan.. Apa-apa pun, masing-masing dengan cara masing-masing untuk tangani.. Jawablah dengan baik dan seelok-eloknya jangan la mulakan soalan tu.. Habis cerita.. 

Kalau betul-betul nak tahu pun, cubalah la risik yang kawan dia ke, jangan la direct.. Betul tak? So bersedialah dengan terdengarnya soalan-soalan macam tu nanti.. Terutama masa jumpa kawan-kawan dan sanak saudara yang dah lain tak berkumpul.. Wassalam.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.