Monday, 6 July 2015

Berpantang Selepas Bersalin (Dahulu & Sekarang)

Assalamualaikum w.b.t.. Mesti dah ada yang perasan dengan gambar-gambar ni di Facebook.. Sebenarnya bukan hari ni Eraz print screen, beberapa hari kot.. Tapi hari ni baru sempat nak buat entri.. Masa menulis dah tak macam dulu.. Sekarang ni memang sangat terhad walaupun idea tu ada.. Ini yang susah menjadi blogger part time ni.. Kalau full time, lain pula caranya kot.. Hehe..

Berpantang Selepas Bersalin.. Memang semua wanita perlu berpantang kalau dah bersalin kan.. Tapi caranya tu bergantung kepada wanita itu dan disokong oleh familynya atau tidak la kan.. Orang tua-tua kata, kalau dah berpantang dengan baik sekarang, tua-tua esok-esok, akan dapat lah kesannya.. Jadi tak salah kot mendengar kata orang tua, demi masa depan nanti.. 

Kalau nak ceritakan pengalaman, wife Eraz dah ada dua kali pengalaman berpantang.. Yang pernah keguguran dulu, berpantang juga, tapi sekejap je kot.. Tapi selepas melahirkan Zara Faleesya dan Adam Fitri, at least 40 hari la.. Jaga makan, minum, perbuatan dan lain-lain.. Keluar rumah pun tak kecuali terpaksa ke klinik untuk check anak kuning ke tak dan dapatkan suntikan sebulan.. Selain tu, memang tak keluar rumah..

Wife dijaga oleh mamanya yang memang ikut cara tu dari dulu.. Makan, pakai semua la.. Stoking pun pakai.. Berurut.. Pakai benda kat perut, dahi dan lain-lain la.. Kalau ikutkan memang 'terseksa' la dalam 40 hari tu.. Tapi apa mau buat, demi masa depan esok-esok kan..

Alhamdulillah, sekarang dah lepas waktu berpantang dan kami pun dah balik rumah kami sendiri.. Kalau sebelum ni duduk di rumah mertua.. Senang nak pantau.. So bila dah balik rumah sendiri, kalau dua bertiga, tapi sekarang dah berempat.. Lagi la meriah.. Alhamdulillah, kami boleh biasakan diri dan wife ada 2 minggu lagi kot untuk mula kerja semua dan Adam Fitri akan mula ke nursery macam kakak dia..

Ok! Jom tengok apa bezanya Berpantang Selepas Bersalin orang dahulu dan sekarang.. Kalau wife Eraz memang lebih pada yang dulu lah.. 









4 comments:

  1. bersama suami selepas 30 hari tu paling seram..hehee

    ReplyDelete
  2. PC belum ada pengalaman berpantang lagi..moga adalah rezeki nanti..ameen..pengalaman PC melihat ibu ibu saudara antara yang berpantang cara tradisional dengan moden...yes,,yang tradisional lebih berkesan..walaupun dah bercucu sekarang ni..alhamdulillah..mungkin sedikit cerewet penjagaannya..tapi manfaatnya berpanjangan..

    ReplyDelete
  3. hi hi hi, eraz selamat berpantang selama 100 hari tau...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.