Tuesday, 9 June 2015

Tenggelam Timbul


Assalamualaikum w.b.t.. Errrrmmmmmm.. Nampaknya dalam 2, 3 bulan ni, memang entri blog erazfadlidotcom ni tenggelam timbul.. Idea-idea entri yang sepatutnya terhasil telah tenggelam dengan kesibukan blogger Eraz Fadli sebagai seorang staf makan gaji, pelajar dan keluarganya.. Dalam tenggelamnya 2, 3 bulan ni, memang banyak benda telah berlaku.. 

Antaranya persediaan mental dan fizikal untuk Semester 5 Program MBA, pemergiaan Kakak Sulung tersayang, pemergian nenek wife di Terengganu, kerja yang semakin hari semakin banyak, urusan ke penang sebab bawa wife urusan kerja, persediaan untuk menerima putera sulung dan lahirnya putera sulung kami, Adam Fitri..

Dalam pada berbincang dengan rakan seperjuangan blogger, memang dah ada niat nak aktif sebelum sebelum lahirnya Adam Fitri, tapi masih lagi tenggelam.. Nasib baik belum karam lagi ni.. Kalau tak, memang akan jadi macam Titanic la..

So! Insyaallah bermula minggu ini atau minggu depan selepas balik dari KL untuk urusan kerja, blog erazfadlidotcom ini akan kembali normal.. Mungkin tak seghairah dlu tapi slow slow akan kembali normal.. Insyaallah.. Kalau boleh nak mulakan minggu ini juga!! Chaiyok!

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.