Monday 29 June 2015

Tamat Pengajian MBA di OUM


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, bulan Januari lepas, Eraz register untuk Semester ke-5 program MBA ni dan April merupakan final exam.. Result semester akhir itu hanya di publish pada hujung bulan 5.. Mula2 di publish, ada subjek lagi yang pending.. Lagi la bertambah berdebar kan.. Alhamdullillah pada hujung Mei 2015 tu, semua subjek release.. Alhamdulillah.. Masa tu baru sahaja pulang dari Penang dan sehari sebelum Adam dilahirkan..

Tak sangka dapat sempurnakan program MBA tu dalam 5 semester bersamaan dengan Setahun Lapan Bulan.. Register selepas 2 bulan lebih Zara dilahirkan.. Struggle untuk study dan buat assginment.. Tamat pengajian dengan result rasmi diumumkan di saat sehari sebelum Adam lahir.. Pada mulanya ingat senang je.. Ya la, background first degree Eraz bukan business tapi CS.. Tapi lompat ke business sebab dah berkecimpung lama dalam bidang ni serta untuk masa depan..

Akhirnya berjaya juga harungi killer subjek macam Managerial Finance, Accounting For Business Decision Making, Manegerial Economic dan lain-lain.. Bersengkang mata menyiapkan tugasan dan study untuk final exam dan alhamdulillah sekarang dah lepas.. Cabaran lain ialah pembelajaran secara part time dan secara online.. Kena belajar sendiri tu.. Tak masuk kelas.. Fuh! Memang kenangan untuk perasaan-perasaan masa tu..

Jika tidak aral melintang, insyaallah Eraz akan hadir untuk Majlis Konvokesyen ke-17 Open Universiry Malaysia di PWTC Kuala Lumpur.. Kalau tak silap, fakulti kami Sidang ke-3..  Plan seterusnya? Ada plan untuk sambung DBA / Doctor of Business Administration.. Peringkat doctorate atau PhD ni memang mencabar.. Rasa tak sanggup nak register PhD yang fully research.. Sebab tu cuba untuk yakinkan diri untuk register program Doctorate yang setaraf dengan PhD tu.. Mungkin di OUM juga.. Tapi persoalannya bila? Tunggu reda2 dulu kot.. Bukan sekarang.. Maybe sebelum umur 40.. 

#Alhamdulillah,.

4 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah eraz, semoga terus berjaya dan berjaya lagi di masa akan datang...

    ReplyDelete
  2. Wah, tahniah. SR sekarang ni Diploma in Business Administration. Bila baca entry ni rasa bersemangat nak sambung degree. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum... eraz,

    tahniah yer.. dah habis master...

    mselim3

    pls: moga eraz sukses selalu... bersama keluarga,.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.