Tuesday, 9 June 2015

Syawal & Fiqa Pelamin Fantasia

Syawal & Fiqa Pelamin Fantasia | Assalamualaikum w.b.t.. Entri ni terlambat sebenarnya.. Sebabnya kat TV dan annouce berapa hari dah pemenang, hari ni baru nak up kat blog kan.. Hehe.. Itu tak penting.. Bukan nak kejar trafik atau entri SEO.. Tapi hanya nak berkongsi apa yang diri ni rasa.. Eraz salah seorang yang tengok program Pelamin Fantasia ni.. Tapi bukan 100% tengok dan follow.. Tapi sempat rakam dan tengok bila ada masa..

Pertengahan program, dalam hati ni memang dah set kalau boleh, biarlah ada rezeki pasangan Syawal dan Fiqa ni menang.. Kenapa? Sebabnya mereka di antara pasangan yang Eraz tengok serasi.. Tambahan pulak gandingan tunangan ini antara seorang lelaki normal yang bekerja sebagai penternak dan dengan seorang wanita OKU pekak dan bisu.. Kalau tengok si Syawal ni, memang tahap kesabaran dia sangat tinggi.. 

Dalam banyak-banyak episod, episod yang paling menyentuh hati orang kata semasa episod semua peserta nak buat pre-wedding punya video.. Syawal dan Fiqa mendapat tempat ke dua masa tu.. Kalau Eraz yang jadi juri, memang pilih mereka jadi pemenang.. Tapi pasti juri ada kriteria mereka yang tersendiri kan..

Apa-apa pun, penamatnya, mereka selamat menjadi juara untuk program Pelamin Fantasia musim pertama.. Pasangan istimewa ini berjaya mengalahkan 9 pasangan yang lain dan dikatakan berjaya menitiskan air mata ramai yang menonton.. 


1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.