Sunday, 14 June 2015

Rela dalam terpaksa !

Assalamualaikum w.b.t.. Live Update dari Airport Kota Bharu.. Selalu memang tak ramai orang masa ni tapi hari ni sebaliknya.. Rasanye sebab hari ni last cuti sekolah untuk negeri-negeri luar dari Kelantan kot.. Nampak semua golongan ada.. Aku join sekali? Oooo tidak.. Ikut hati memang tak nak pergi KL ni.. Tapi sebab sebelum ni dah tak pergi, so kali ni terpaksa..

Bukan bercuti makan angin, tapi ada training.. Kali ni rasanya paling berat nak pergi.. Kenapa? Perasaan ingatkan anak tu tebal.. Takde Papa, kena minta tolong Tok Ma or mak saudara Zara la hantar.. Mama tak boleh jalankan tugas lagi sebab berpantang pun belum habis lagi.. Harapnya Zara akan cool dan tak nangis..

Baby Adam? Ok la sikit sebab Adam still duduk dengan Mama di rumah kan.. Itu yang kali ni rasa nak habiskan secepat mungkin training ni dan balik terus! Keluar pagar je dah pelik rasanya.. Hehe.. Hati dalam taman betul..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.