Friday, 26 June 2015

Raya Aidilfitri Tanpa 'Dia'


"Tanggal 24 April 2015 lepas, di pagi Jumaat dan di bulan Rejab, kakak sulung Eraz telah kembali kepada penciptanya yang maha Esa.. Beliau pergi selepas hanya beberapa bulan disahkan mengidap penyakit kanser.. Masa dapat detect mengidap kanser, ianya dah bertahap 4..

Allah lebih sayangkan dia dan dia mampu bertahan selama beberapa bulan disamping family yang menyokong.. Sepanjang hayatnya, selain Ma Abah, Eraz memang membesar dengan dia.. Masih terdengar lagi suara dia masa dia sakit tetapi masih boleh bercakap.. Dia call beritahu apa yang dia nak cerita dan luahkan serta ayat yang takkan dia lupa ulang, perkataan sayang..

Dari kecik hidup bersama sehingga dia bekeluarga dan masih ada sentiasa dekat, kehilangan dia memang terasa.. Apa-apa pun, Allah masih sayangkan dia.. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada dia dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Wassalam.."

Assalamualaikum w.b.t.. Inilah entri yang Eraz tulis pada 28 April yang lepas.. Setelah lebih 2 bulan pemergian kakak sulung tersulung, dalam hati ni, dalam perasaan ni seolah-olah dia masih ada lagi.. Eraz yang kehilangan kakak tak sehebat perasaan ibu bapa yang kehilangan anak atau suami kehilangan isteri dan anak kehilangan ibu.. Jika adik ni yang rasa macam ni, tak tahu la apa lagi perasaan mereka..

Kalau tiba hari raya, kakak sulung Eraz ni la yang paling dulu menelefon adik-adik untuk bertanya bila nak balik kampung dan akan atur satu tarikh untuk berkumpul beramai-ramai sekeluarga.. Dialah yang pertama membuat 'makan-makan' untuk mengumpulkan family.. Perginya dia, memang rasa kehilangan di hari raya ni..

Ahad lepas sempat borak dengan Ma.. Tanya pasal hari raya.. Ma sendiri rasa hilang mood sikit nak beraya.. Ya la, first time raya tanpa dia.. Tapi apa kan daya.. Kami sebagai anak-anak ni akan cuba naikkan semua mood demi ma abah tetapi memori kakak sulung akan tetap bersama kami.. Dia pergi dengan cepat sehinggakan kami rasa baru sahaja dengar dia ketawa kerana dia sangat ceria orangnya..

Masa last berjumpa dengan dia, sempat dia pegang tangan tanpa boleh berkata apa-apa.. Dengan wife, dia pegang perut wife yang masa tu pregnantkan Adam, gosok perut seolah macam ingin mengucapkan selamat tinggal kepada baby dalam perut.. Masih ingat dia camne dia jaga Eraz dari kecik sampai la dia sendiri beranak pinak.. Tetap tak lupa kan adik ni.. 

Dalam pada kanser menyerang saraf otaknya, tak putus dia call dan memberitahu dia sangat sayangkan adiknya dan suara itu masih lagi bermain dalam fikiran ni sampai bila-bila.. (Noktah)

#Tak mampu menaip dengan lebih panjang

#Al-Fatihah

6 comments:

  1. alfatihah eraz.. Harap bersabar k.. Allah swt lebih sayangkan beliau. Doakan beliau arwah diredhai dan dirahmati Allah swt. Salam takziah dan selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  2. sebak saya. takziah eraz. alfatihah untuk kakak..

    ReplyDelete
  3. tabah la ye abg eraz...relakan dia pergi...Sally masa arwah papa pergi pun rasa lost sekejap...tapi alhamdulillah...semangat dia sentiasa ada dgn sally...

    Salam takziah lagi sekali buat abg sekeluarga :')

    ReplyDelete
  4. HYEEE...AKHIRNYA ! DAPAT JUGA BLOGWALKING..SYIRALOKMAN CUTI SEM :D JOM KE BLOG ..BANYAK GIVEAWAY AND CERITA NAK KONGSI :D

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah untuk arwah kakak. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.