Tuesday, 30 June 2015

Pesawat Hercules C-30 Terhempas di Medan

Pesawat Hercules C-30 Terhempas di Medan | Assalamualaikum w.b.t.. Lepas je keluar dari meeting tadi, terbaru satu berita tentang Pesawat Harcules C-30 Terhempas di Medan.. Nampak dari gambar memang dahsyat juga.. Menghempap rumah-rumah di kawasan sekeliling.. Berita penuh dan rasmi nampak macam belum dikeluarkan.. Berapa mangsa, siapa dan lain-lain.. Ini antara berita yang Eraz jumpa yang boleh dikongsikan..

MEDAN: Sebuah pesawat Hercules milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah jatuh terhempas di perkampungan di Simalingkar, Medan, Sumatera Utara pada Selasa.

Tempat pesawat itu jatuh terhempas tidak jauh daripada Pangkalan Udara Soewondo atau dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Polonia Medan, lapor portal berita negara itu.

Pesawat itu berangkat pada jam 12.08 tengah hari waktu tempatan dari pangkalan udara berkenaan dan terhempas dua minit kemudian selepas melalui jarak lima kilometer.

“Pesawat berkenaan digunakan dalam urusan logistik TNI. Belum dipastikan berapakah jumlah mangsa. Selain juruterbang, pesawat itu turut membawa kru lain,” kata jurucakap tentera Fuad Basya.

Setakat ini  gambar mengenai kemalangan itu banyak disebarkan ke media sosial, termasuk yang menunjukkan fiuslaj pesawat yang masih terbakar dan menyelubungi kawasan sekitar dengan asap hitam. Beberapa bangunan di kawasan nahas juga musnah.

Pihak berkuasa belum dapat mengetahui punca pesawat itu hilang kawalan lalu terhempas mahupun jumlah korban, namun usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan. 

Seorang saksi di tempat kejadian juga memberitahu dia melihat sendiri bagaimana pesawat itu jatuh menjunam lalu memusnahkan beberapa buah rumah di kampung tersebut.

Berita-berita macam pesawat terhempas ni memang betul-betul menggerunkan sebab kalau masa kejadian tu manusia berada diawangan dan memang tak de tempat dah boleh tuju.. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan supaya kejadian seperti ini tidak lagi berlaku.. Amin..

Pesawat Harcules C-30 Terhempas di Medan

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.